PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080707

PM janji pastikan negara aman

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berjanji akan memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan selamat walaupun negara kini dipengaruhi oleh persepsi yang tidak baik kepada negara dan kerajaan.

“Kerajaan mahu memastikan suatu suasana di mana rakyat tidak perlu bimbang atau takut dan mereka berupaya memberikan tumpuan kepada isu utama bagi memastikan mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan syarikat atau organisasi yang mereka wakili,” kata Perdana Menteri.

Ketika mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan oleh sesetengah pihak serta perkembangan politik terkini, Abdullah memberitahu Bernama di sini bahawa beliau tidak senang hati dengan apa yang berlaku sekarang.

“Tetapi saya sedar dan memahami keadaan masa ini,” tegas beliau.

“Saya juga tahu rakyat kian muak dengan permainan politik yang berlaku masa ini. Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa keutamaan beliau dalam menghadapi situasi sekarang adalah untuk memberi perhatian kepada perkara atau isu utama seperti menangani kenaikan harga minyak dan barangan serta pembangunan untuk rakyat.

“Pilihan raya telah pun selesai. Rakyat telah pun menentukan amanah yang diberikan kepada parti-parti politik pilihan mereka. Rakyat telah pun memilih Barisan Nasional untuk terus memerintah.

“Dengan itu, saya tidak nampak apa kewajarannya lagi berdemonstrasi, atau bermain politik yang hanya untuk menimbulkan ketidakstabilan yang boleh mengancam keselamatan rakyat. Ia juga bertujuan untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat,” kata beliau.

“Saya berharap rakyat akan bersama saya untuk beri perhatian kepada usaha-usaha mengatasi segala masalah dan cabaran yang dihadapi hari ini agar kita dapat menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” kata Abdullah.

– Bernama

No comments: