PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090630

The Kota Samarahan Stone Quarry Is Threatening The Nearby Health !!!

The Kota Stone Quarry
The daily dust emitted from the nearby Quarry
The thick dust on the nearby housing window panes


Nobody bother to take a look or a peek at the grievance of the nearby housing occupants which is situated just few hundred metres from the Kota Samarahan Stone Quarry. Thick dust from the Quarry is a daily chores. Its not only creating DIRTINESS but as well THREATENING the health of the housing occupants. Imagine how life during the dry hot season?
What puzzling is that, why the certain authority concern are not taking note of the happening?? The Quarry management take no careful attention on the nearby house owner which is only few hundreds metres. What more puzzling, the management take no seriousness in covering the stone grinding machine that emit hazardous dust spreading over the nearby houses??
Does the management or authority concerned cares only the money? Guess the open exposed quarry should had not blind the concerned parties. Is it action be only taken when disease emerge from the threat only then precaution are taken.




Woman loses RM19,000 to cyber lover - Beware of offer over in your email!

A 28-year-old woman who fell in love with a “cyber Casanova” lost RM19,000 after being duped into parting with her savings to help him start a business.

The woman had never met the stranger, purportedly from Ireland, and only corresponded with him via e-mail.

She had believed that the cyber love affair was genuine after he asked for her hand in marriage and pressed her to part with a sum amounting to thousands of ringgit, said to be for capital to set-up a textile business in Malaysia.

State commercial crime chief Supt Azmi Adam said the man had told the woman that he planned to have the business in the country to secure her future after they got married.

“The woman received an e-mail from the man on June 23 asking her to deposit the money into a bank account,” he said yesterday, adding the money was said to be for Customs clearance to enable textile materials to be brought into Malaysia.

Later, the man asked for more money, claiming that he had to pay a penalty of an equivalent of £7,000 (RM40,869) to the Irish authorities due to flaws in export documentation.

“The woman continued to deposit more money into the bank account, believing that the man really loved her and the business deal was genuine,” Supt Azmi said.

However, when the man keep pressing for more money, she realised it was a scam and lodged a police report at Jertih in Besut yesterday.

Supt Azmi said police traced the e-mail address and discovered that it originated from Nigeria. The woman had deposited the money into a local bank account.

20090629

A world still under his spell - A Tribute to Micheal Jackson


The music and magic that Michael Jackson weaved for this generation will be cherished for a long time to come.

Michael Jackson must surely be the icon of our generation. The undisputed King of Pop of our times.

No one, not even Mick Jagger, Elton John, Bono or Rod Stewart – the giants of the 80s – can get anywhere near his status. He was simply larger than life.
Those of us born in the 60s will remember MJ for his moonwalk, crotch grabbing and thrusting and jerky body movements.

He also made music different for MTV, the music cable channel, with his plots and storylines, instead of mere lip-synching videos.
But we will remember MJ the most for his many inspirational songs themed on tearing down the racial divide.
But he has enriched us a lot, like in these lines from Man in the Mirror:

I’m starting with the man in the mirror,
I’m asking him to change his ways.
No message could have been clearer,
If you wanna make the world a better place.
Take a look at yourself and make a change.

MJ has taught us about love and unity, much more than politicians can. For this, his music will live on.

The 80s, when many of us were teenagers, were the years of MTV, with British pop bands ruling the music wave.

RM150mil to upgrade Sibu airport terminal

Visitors arriving at the Sibu Airport two years from now will enjoy a bigger, fully airconditioned new terminal building and better facilties.

Sarawak Minister of Environment and Public Health Datuk Sri Wong Soon Koh told reporters here Monday that the building and its facilities would be upgraded at a cost of RM150mil under the second economic stimulus package announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently.

The federal government was in the final stage of calling for tenders for the works.
The terminal would have, among others, three aerobridges so that passengers need not walk for long distances to and from the aircraft, he said.

Wong said the runway, which was extended to 2,745m from the original 1,981m under the Seventh Malaysian Plan, could now accommodate the Airbus aircraft.
According to Malaysian Airports Berhad, the terminal building when upgraded would be bigger than those at the Bintulu and Miri Airports.

- Bernama

20090625

Sagu makanan tradisi Melanau

Ada di kalangan masyarakat Melanau menamakan makanan ini sebagai 'sagu' dan ada juga yang menyebutnya sebagai 'bulu'.
Apa yang pasti dua istilah itu merujuk kepada benda yang sama, iaitu sejenis makanan tradisional suku kaum Melanau di Sarawak.
Dahulu makanan berbentuk bebola dan sebesar saiz kacang itu merupakan makanan ruji komuniti tersebut.
Difahamkan ketika Jepun menakluk Sarawak dalam awal tahun 1940-an, ia merupakan antara makanan ruji penduduk di kawasan Mukah, dekat sini.
Mungkin disebabkan bahan untuk menghasilkan sagu mudah diperoleh di Mukah, Dalat dan Oya, ia menjadi makanan ruji ketika itu.
Bahagian Mukah yang terletak di wilayah tengah Sarawak merupakan kawasan penanaman terbesar pokok sagu.
Seorang pembuat sagu, Cicie Ilul, 56, berkata, proses menghasilkan sagu sebenarnya bukan mudah.
Ia diproses di rumah khas yang dipanggil rumah belanga oleh penduduk tempatan.
''Sebagai pembuat sagu kami perlu menahan panas kerana rumah belanga sengaja dibina tanpa ruang pengudaraan yang elok.
''Ini membolehkan suhu di dalam rumah belanga sentiasa panas bagi memastikan biji sagu yang dipanggang cepat masak," katanya ketika ditemui di Dalat, dekat sini baru-baru ini.
Lazimnya, dia menyewa rumah belanga kerana tidak semua pengusaha makanan itu mampu membinanya.
''Sewa belanga dikira melalui jumlah sagu yang dihasilkan. Misalnya kita menghasilkan sagu sebanyak 10 kilogram, maka sewa adalah RM2," katanya.
Ini bermakna sewa bagi setiap sekilogram sagu ialah 20 sen.
Sagu yang dihasilkan biasanya untuk keperluan harian Cicie sekeluarga dan lebihan makanan itu akan dijual pada harga RM8 sekilogram.
''Saya tidak menjual dalam jumlah yang banyak kerana saya membuat sagu secara sampingan.
''Memang ada di kalangan pembuat sagu di sini yang sudah menceburi bidang ini secara komersial," katanya.
Sementara itu, Ibong Ilul, 45, berkata, tepung lemantak, habuk padi dan kelapa parut merupakan ramuan yang diperlukan untuk menghasilkan sagu.
Menurutnya, tepung lemantak diperoleh daripada isi pokok rumbia yang banyak ditanam di sekitar daerah Dalat dan Mukah.
Campuran bahan-bahan itu akan diayak di dalam rawa khas.
Setelah diayak beberapa ketika, tepung itu akan berbentuk bulat menjadi sagu.
''Campuran bahan-bahan dibentuk menjadi bebola kecil dan ia perlu dipanggang menggunakan api yang kuat dan stabil. Sagu itu akan masak dalam masa setengah jam," katanya.
Tempat memanggang itu dikenali sebagai belanga dan diperbuat daripada tanah liat.
Ibong berkata, kerja membuat sagu memerlukan sekurang-kurangnya dua orang kerana mengayak bahan-bahan tersebut bukannya mudah.
Setiap daripada mereka akan memegang bucu rawa yang digunakan untuk mengayak bahan-bahan.
''Kadang-kadang ketika menunggu sagu untuk masak, ada yang diperlukan untuk menjaga api dan menggaul bebola sagu," katanya.

Sagu produk industri desa 'Sarawak Best'

Kerajaan giat membangunkan industri desa dengan harapan ia dapat menambah pendapatan di kalangan penduduk kampung.Di Sarawak antara produk desa yang mampu dikomersialkan ialah sagu. Ia merupakan makanan tradisional yang unik di kalangan masyarakat Melanau.

Meskipun pernah menjadi makanan ruji masyarakat Melanau satu ketika dahulu, ia kini merupakan makanan ringan yang enak dimakan dengan ikan bilis serta kacang goreng.

Melihat potensi sagu dalam bidang komersial, kerajaan negeri turut menyenaraikan produk industri desa itu dalam barisan produk 'Sarawak Best'.

'Sarawak Best' yang wujud sejak September 2006 merupakan program untuk meningkatkan mutu produk industri desa.

Menerusi program itu kerajaan berharap industri desa dapat meningkatkan kualiti serta mempunyai potensi untuk dipasarkan secara besar-besaran.

Laman web 'Sarawak Best' menyenaraikan 34 produk di bawah penjenamaan 'Sarawak Best' yang merangkumi makanan ringan, kraf tangan dan cenderamata.

Bagaimanapun, tidak semua pengusaha pembuat sagu memperoleh pengiktirafan 'Sarawak Best'.

Pada masa ini, jenama Sagu Medong merupakan satu-satunya produk sagu yang mencapai tahap kualiti, sekali gus layak menerima pengiktirafan 'Sarawak Best'.

Produk berkenaan diusahakan oleh Masinah Paris dari Kampung Medong, Dalat.

Peluang untuk meningkatkan populariti makanan tradisional itu sudah pasti digunakan sebaik mungkin oleh pengusaha makanan sagu menerusi Karnival Balau Dalat 2009.

Karnival yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Julai ini antara lain diadakan dengan tujuan mempamerkan produk yang diperbuat daripada pokok rumbia.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, karnival berkenaan dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pengunjung.

''Karnival ini diadakan untuk mengukuhkan industri berasaskan sagu. Ini juga peluang kepada pengusaha industri desa berasaskan sagu untuk mempamerkan produk seperti bebola sagu kepada orang luar," katanya baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Jenal Abidin yang berada di Dalat baru-baru ini turut berkesempatan menikmati bebola sagu.

Menurut Jenal, 30, keenakan sagu terletak pada rasa lemaknya dan jika dipromosikan dengan cara yang betul sagu dapat diketengahkan di pasaran luar.

20090624

Sarawak : Maklumat tak tepat di blog boleh pesong fikiran rakyat

Kebelakangan ini semakin banyak maklumat tidak tepat mengenai negeri dan negara ini disiarkan dalam blog di laman web, sekali gus memberikan gambaran negatif terhadap pembangunan Malaysia sekarang, tanpa membandingkan pencapaian yang dikecapi rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan sejak merdeka.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana maklumat seumpama itu boleh memesongkan pemikiran rakyat negara ini, sekali gus menyebabkan mereka mudah lupa kemewahan yang dinikmati sehingga kini.

Kebanyakan blog di internet ketika ini cenderung mensensasikan maklumat termasuk memperbesarkan kesilapan kecil kepemimpinan negara untuk menarik perhatian pembaca.

Kebanyakan bahan yang disiarkan dalam blog Malaysia memberikan gambaran negatif terhadap apa juga bentuk usaha kerajaan dalam mewujudkan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

Penulis blog terbabit langsung tidak melihat atau mengambil kira usaha berterusan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat membangunkan negara ini sejak lebih 50 tahun lalu. Maklumat tidak tepat itu banyak dilihat disebarkan internet sekarang.

Satelit Malaysia terokai angkasa

TEPAT pukul 5.50 pagi Isnin, 22 June 2009, waktu Malaysia, roket Zenit-3SLB dengan kargo yang penting kepada pembangunan masa depan industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Malaysia selamat dilancarkan ke angkasa lepas.

Kenderaan pelancar yang laju membelah ruang angkasa di pusat pelancaran satelit Baikonur Cosmodrome itu membawa bersama satelit kelima negara dan keempat milik Measat Satellite System Sdn. Bhd. - MEASAT3-a.

Satelit komunikasi Measat itu dan antara tercanggih daripada segi teknologi, menyertai MEASAT-1, MEASAT-2 dan MEASAT-3 yang terlebih dahulu dilancarkan ke orbit sebelum ini.
MEASAT-3a yang mempunyai jangka hayat selama 15 tahun dibina oleh Orbital Sciences Corporation of Dulles yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat.

Satelit seberat 2.417 tan itu akan bertindak sebagai pelengkap kemampuan MEASAT-3 yang mempunyai 48 transponder dengan capaian liputan kepada lebih 100 negara yang mewakili lebih 70 peratus penduduk dunia.

MEASAT-3a direka bentuk dengan 12 transponder C-band berkuasa tinggi dan 12 transponder Ku-Band berkuasa tinggi untuk menyokong peningkatan perniagaan terus ke rumah (DTH), penyiaran dan telekomunikasi Measat.

Dengan liputan Ku-Band di Malaysia dan Indonesia serta pancaran C-Band yang meliputi lebih 110 negara mewakili 70 peratus penduduk dunia, satelit berkenaan akan menyokong pertumbuhan syarikat dalam bidang perniagaan penyiaran dan telekomunikasi.

Justeru pelancaran MEASAT-3a Isnin lalu pastinya akan meningkatkan lagi keupayaan sistem satelit Malaysia untuk menyokong keperluan telekomunikasi dan media. Ini kerana keupayaan satelit yang terdapat di slot orbit utama 91.5 Longitud Timur itu akan ditambah kira-kira 50 peratus.

Pelancaran MEASAT-3a dilakukan mengikut jadual pada pukul 3.50 pagi (5.50 pagi waktu Malaysia) dalam cuaca yang cukup sempurna.

Sebaik saja kenderaan pelancar Zenit-3SLB meluncur ke angkasa, anggota delegasi Malaysia yang disertai Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, bersorak gembira.

Walaupun berada dalam kedudukan empat kilometer dari lokasi roket itu dilancarkan di ruang terbuka, rombongan Malaysia dapat melihat dengan jelas kerana faktor cuaca yang baik ketika pelancarannya.

Dan seperti dijangka, perjalanan roket sejauh hampir 36,000 kilometer dari bumi itu mengambil masa enam jam dan 25 minit sebelum ia memasuki orbit pada pukul 12.15 tengah hari (2.15 petang waktu Malaysia).

"Segala-galanya mengikut jadual dan Measat berbangga misi ini akhirnya berjaya," kata Paul Brown-Kenyon, Ketua Pegawai Operasinya ketika menerima ucapan tahniah daripada rombongan Malaysia.

Pelancaran satelit terbaru milik Measat Satellite System Sdn. Bhd. ke dalam lokasi orbitnya telah menjadikan ia apparatus penting bagi pertumbuhan ICT Malaysia pada masa depan.
Sudah tentu syarikat telekomunikasi dan media penyiaran akan memperoleh manfaat besar daripada pelancaran satelit ini yang meningkatkan keupayaan tambahan satelit milik Measat yang dilancarkan sebelum ini.

Satelit yang berkuasa tinggi dan berteknologi lebih canggih sebenarnya menjadi infrastruktur penting rancangan besar pelbagai syarikat berkaitan untuk melebarkan perkhidmatan masing-masing.

Sesungguhnya kejayaan pelancaran MEASAT-3a ke orbit bukan sahaja bermakna kepada sektor industri tetapi juga kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Seperti kata Rais yang turut menyaksikan pelancaran tersebut, adanya satelit yang berkemampuan tinggi itu akan menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pembangunan ICT Malaysia ke tahap yang lebih dikagumi.

Malah katanya, dengan peranan berterusan, Measat telah berjaya menjadi antara daya penggerak utama kepada kemajuan Malaysia dalam pembangunan ICT sehingga dikagumi kebanyakan negara membangun lain.

"Satelit terbaru ini juga melonjakkan nama negara setaraf dengan negara-negara maju selain manfaat besar untuk sektor komunikasi negara pada masa depan," katanya.

Pertumbuhan ini sebenarnya bermula pada 1996 dengan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2, yang banyak mempengaruhi transformasi senario ICT negara.

Pada awal 80-an, siaran televisyen di negara ini hanya terhad kepada saluran milik kerajaan. Namun hari ini rakyat Malaysia sudah boleh menonton siaran menerusi banyak saluran televisyen dari seluruh dunia.

Ini hanya dapat dilakukan selepas pelancaran teknologi DTH digital di Malaysia, membolehkan kita mendahului beberapa syarikat media paling inovatif di dunia.

Penggunaan satelit MEASAT oleh Astro untuk penyiaran DTH digital pada 1996 membolehkan pengguna menerima saluransaluran televisyen terus dari satelit melalui antena ceper kecil yang diletakkan di rumah mereka.

Dengan penggunaan satelit MEASAT dan keupayaan untuk memberikan liputan 100 peratus ke seluruh negara, kawasan-kawasan terpencil yang dahulunya tidak boleh dihubungi kini dapat dihubungkan ke seluruh Malaysia.

Sementara bagi syarikat Measat sendiri, pelancaran MEASAT-3a akan membawa satu lagi lonjakan besar kepada mereka hingga mampu menjadikan syarikat itu sebagai pemain utama di rantau ini.
Brown-Kenyon dalam sidang akhbar dengan media Malaysia memaklumkan mereka menjangka perolehan yang lebih tinggi iaitu sebanyak AS$100 juta (RM350 juta) setahun dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang berbanding AS$60 juta (RM210 juta) tahun lepas.

Menurut beliau, syarikat itu juga sudah memiliki perolehan dalam tangan sebanyak AS$600 juta (RM2.1 bilion) hasil daripada kontrak yang membabitkan tiga tahun, lima tahun dan 15 tahun.
Justeru soal bagaimana mahu membuat keuntungan bukan lagi menjadi persoalan utama bagi syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu.


Cuma ia memerlukan sedikit masa iaitu kira-kira setahun atau selewat-lewatnya 18 bulan sebelum ia boleh memberikan pendapatan kepada syarikat.
Ternyata kebergantungan dunia masa kini kepada satelit amat tinggi berikutan perkembangan pantas dalam bidang komunikasi.

Ini boleh dilihat apabila MEASAT-3 yang dilancarkan penghujung tahun 2006 telah mempunyai kapasiti hampir penuh daripada segi pengambilan.

Sementara Astro sudah menempah separuh daripada transponder pada MEASAT-3a yang bermakna penambahan perkhidmatan baru, saluran baru serta kandungan yang dipertingkatkan.

Pelancaran MEASAT-3a ini ternyata membanggakan rakyat Malaysia keseluruhannya kerana kemampuan Measat yang rata-ratanya ditunjangi oleh anak tempatan termasuk di bahagian kejuruteraannya.

Ia bukan suatu tugas mudah. Justeru pelancaran satelit komunikasi ini yang juga kelima dari Malaysia adalah satu lagi detik bersejarah dalam perkembangan teknologi dan sains negara.
Dan yang paling bertuah pastinya lima pelajar cemerlang yang dibawa khas oleh Measat bagi menyaksikan pelancaran satelit ini.

Bagi Ahmad Ruiz Mohd. Asri (Kuala Lumpur) K. Chandra Sekhar (Johor Bahru); Cliff Asher R. Ongil (Beaufort), Lina Na'ilah Abdul Talip (Kajang) dan Edmund Lau (Kuching) ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup.

20090622

Equip the young with good morality

The country’s future generations should not only possess good academic results but also be equipped with good qualities of character and leadership to face challenges as the future leaders of the country, they should be equipped with three elements — civility and morality, appreciation for diversity in society, and critical thinking and good judgement — in order to succeed in the modern world.



Civility and morality (which is the fifth principle of the Rukun Negara) define who we are. They govern our relationships. They entail the exercise of discipline for the sake of living as a community.

20090619

Empat lagi kes baru disahkan positif

Malaysia mencatatkan empat lagi kes baru yang disahkan positif influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di negara ini ialah 27.
Semua empat kes itu adalah kes import, kata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata semua 20 kontak kepada kes penularan tempatan pertama pandemik influenza A (H1N1) telah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin rumah.

Kes penularan tempatan itu melibatkan seorang pelajar kolej swasta tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit kes ke-12, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata daripada 27 kes yang dilaporkan, 12 pesakit telah sembuh sepenuhnya manakala 15 kes yang terakhir masih dirawat dan kini beransur pulih serta memberi respon baik kepada rawatan antiviral yang diberikan.
Lima belas pesakit itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (enam orang), Hospital Kuala Lumpur (dua orang) dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (tiga orang) dan masing-masing seorang pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Beliau berkata daripada 27 kes yang dilaporkan, 16 kes melibatkan rakyat Malaysia, seorang penduduk tetap Malaysia dan 10 rakyat asing, manakala 26 daripada kes yang dilaporkan adalah kes import.

Pada masa ini, seramai 160 orang kontak rapat dengan mereka yang disahkan H1N1 sedang menjalani kuarantin dan kesemua mereka dalam keadaan stabil tanpa simptom jangkitan influenza.

Sehingga kini, wabak itu telah menjangkiti 39,803 orang di 88 negara serta mengakibatkan 167 kematian.

Minggu lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan H1N1 pada tahap pandemik, yang bermaksud penularan telah meluas.

Sehingga kini, penularan tempatan telah dilaporkan di 22 negara dan lapan daripadanya melaporkan penularan yang berterusan.

- BERNAMA


Kerajaan sedia tutup sekolah

Kerajaan akan mempertimbangkan langkah menutup sekolah dan membatalkan perhimpunan awam sekiranya virus influenza A (H1N1) merebak di kalangan 20 orang yang pernah berinteraksi dengan pesakit kes penularan tempatan pertama.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun berkata, keputusan untuk mengadakan penjara sosial itu hanya akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara selepas H1N1 didapati merebak.

Beliau juga meminta orang ramai tidak panik kerana langkah penjara sosial hanya akan melibatkan komuniti kecil iaitu di sekolah atau kawasan perumahan yang terjejas.
''Kita sedang memerhati 20 orang yang pernah berinteraksi dengan pesakit ke-19 yang juga merupakan kes tempatan pertama yang disahkan.

''Kalau di kalangan mereka terdapat kes jangkitan baru, maka ia bermakna H1N1 telah menular di dalam negara kita," katanya selepas menerima kunjungan hormat wakil dari Skuad Bantuan Bencana MCA dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan kes penularan tempatan membabitkan seorang pelajar 17 tahun yang menetap di Petaling Jaya.

Tiong Lai berkata, masyarakat tempatan termasuk kanak-kanak perlu mengamalkan tabiat memakai penutup mulut sekiranya mereka mengalami selesema.

''Pada masa ini saya dapati kanak-kanak yang mengalami demam masih pergi ke sekolah seperti biasa dan menyebarkan virus kepada orang lain.

''Orang yang sakit sepatutnya mengamalkan budaya memakai penutup mulut, ia penting untuk mencegah penularan H1N1," katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas pesakit H1N1 yang tidak memberi maklumat tepat mengenai sejarah perjalanan mereka.

''Akta Kawalan Penyakit 1988 memperuntukkan kita kuasa untuk mendakwa mana-mana pesakit H1N1 yang tidak memberi maklumat yang tepat dan jelas.

''Pesalah boleh dikenakan penjara dua tahun, didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,'' katanya.



H1N1 tempatan: Jangan panik

Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kes pertama jangkitan tempatan wabak influenza A (H1N1) kerana kerajaan sudah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi wabak itu daripada terus menular.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka yang tidak sihat juga dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan duduk di rumah.

''Kementerian Kesihatan akan menyiarkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh orang ramai jika mereka berasa tidak sihat di laman web kementerian. Apa yang penting tidak perlulah berasa panik," katanya kepada pemberita.

Tiong Lai berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A H1N1 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, beliau menerima pujian daripada beberapa duta asing mengenai tindakan pantas Malaysia mengawal H1N1 dan rasa panik masyarakat.

''Duta-duta berkenaan memaklumkan yang Malaysia sangat pantas dalam menangani wabak tersebut.

''Namun, kita perlu sentiasa berwaspada dengan gelombang kedua yang dijangka lebih teruk," katanya.

Mengulas mengenai jangkitan tempatan wabak tersebut baru-baru ini, Ismail berkata, 20 orang sudah dikenalpasti berhubung dengan mangsa berkenaan dan kesemuanya dikenakan tahanan rumah sekarang.

Semalam, Malaysia mencatatkan jangkitan tempatan H1N1 yang pertama apabila seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun mendapat jangkitan daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin.

Majukan Tanah Adat Bumiputera

Masyarakat Dayak terutamanya kaum Iban di kawasan Batang Air perlu mencari jalan untuk membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Kaum Iban tidak seharusnya membiarkan tanah NCR milik mereka terbengkalai sedangkan ia mampu mengeluarkan hasil sekiranya diusahakan dengan cara yang betul.


(Malcom Mussen Lamoh calon BN dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) wakil parlimen Bt. Ai, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi pada pilihan raya kecil itu. Pada pilihan raya berkenaan, Mussen memperoleh 3,907 undi manakala Jawah mendapat 2,053 undi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang dari BN, Datuk Dublin Unting Ingkot setelah koma sembilan bulan akibat diserang angin ahmar.)

20090618

Syor tindakan tegas warga asing biadab

KEBANJIRAN pendatang asing yang mendatangkan pelbagai masalah sosial termasuk mengganggu wanita tempatan mendapat perhatian Ahli Parlimen, semalam.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, kehadiran begitu ramai warga asing menyebabkan beberapa tempat seperti Balakong tidak lagi menjadi lokasi penduduk tempatan sehingga namanya dikenali sebagai 'Banglakong', manakala pasar minggu tidak lagi menjadi tumpuan warga tempatan sebaliknya dipenuhi warga asing.

"Begitu juga di Chow Kit, Johor Bahru, Batu Pahat, kawasan ini memperlihatkan negara ini tidak lagi menjadi tempat selamat kepada penduduk tempatan berikutan kebanjiran tiga juta rakyat asing bekerja di negara ini.

"Masyarakat tempatan juga ketakutan apabila pekerja asing bersikap kurang ajar tanpa fikir anak dara atau isteri orang. Kenapa tidak dibuat undang-undang seperti negara lain sehingga rakyat luar tidak berani mengangkat muka.

"Tidak ada undang-undang yang boleh mengawal mereka, cuba buat undang-undang macam Speaker lakukan kepada wakil rakyat pembangkang apabila orang biadab dalam Dewan, mereka disuruh keluar," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Abu Seman berkata, kelakuan tidak senonoh seperti mengganggu wanita, mabuk dan membuat bising lebih bersifat kesalahan kecil.

Bagaimanapun, kesalahan lebih berat seperti mencabul kehormatan, peras ugut, merusuh, mendatangkan kecederaan tidak akan terlepas daripada siasatan polis. Terdahulu menjawab soalan asal, Abu Seman berkata, tidak dinafikan masyarakat tempatan berasa kurang senang serta resah dengan tingkah laku segelintir warga asing terdiri daripada pekerja dan pelajar yang berkelakuan keterlaluan dan tidak senonoh.

Beliau berkata, ia mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi tidak banyak aktiviti tidak senonoh dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen.

Pelajar aliran agama sains boleh ambil 11 subjek SPM

Calon lain hanya dibenar maksimum 10 mata pelajaran

Hanya calon aliran agama sains dibenarkan mengambil maksimum 11 mata pelajaran termasuk empat subjek teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan. Calon lain hanya boleh mengambil maksimum 10 subjek dengan lima hingga enam mata pelajaran teras mengikut aliran pendidikan masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mempersetujui rayuan pentadbir sekolah menengah agama yang tidak dapat melaksanakan perubahan serta-merta dan memohon agar calon aliran agama sains dibenarkan mengambil maksimum 11 subjek yang menjadi amalan selama ini.

Katanya, berikutan keputusan itu, mereka mempunyai waktu untuk membuat pengubahsuaian bermula dengan pelajar Tingkatan Empat sebelum kumpulan calon aliran agama sains yang seterusnya diwajibkan mengambil maksimum 10 subjek saja mulai 2011.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, enam subjek teras sedia ada tetap dikekalkan dalam perubahan sistem pensijilan terbuka SPM, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.

"Enam mata pelajaran itu seperti tercatat dalam Akta Pendidikan 1996 bukan saja wajib dipelajari, malah dijadikan subjek teras peperiksaan SPM kerana ia asas pembinaan modal insan dan jati diri rakyat Malaysia," katanya semalam.

Bagaimanapun, bagi calon aliran sains, subjek teras dikurangkan kepada lima dengan Sains dikecualikan kerana mereka boleh mengambil mata pelajaran elektif sains tulen seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan yang mempunyai standard lebih tinggi. Subjek teras untuk calon aliran agama juga dikurangkan kepada lima dengan Pendidikan Islam dikecualikan yang secara langsung mengelakkan pertindihan dengan mata pelajaran elektif dalam aliran pendidikan itu yang mempunyai standard lebih tinggi.

Antaranya adalah Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah. Calon aliran agama sains pula hanya mempunyai empat subjek teras dengan mata pelajaran Sains dan Pendidikan Islam dikecualikan.

"Langkah ini adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan tekanan peperiksaan. Ia sekali gus menolak pandangan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Cara ini membolehkan pembangunan potensi pelajar dalam jurusan yang dipilih dibangunkan secara lebih intensif dan komprehensif.

"Di samping itu, pelajar dan guru juga mempunyai masa mencukupi untuk aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani, rohani dan emosi pelajar secara seimbang," katanya. Ditanya mengenai kebimbangan segelintir pihak berhubung kekangan dari segi bilangan mata pelajaran elektif boleh diambil, khususnya yang berkaitan kaum masing-masing, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh mengorbankan enam subjek teras sedia kerana ia akan menjejaskan matlamat asal kepentingan calon mengambil mata pelajaran teras.

Mengenai cadangan mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM, Muhyiddin berkata, lebih 80 peratus daripada keseluruhan maklum balas yang diterima setakat ini, termasuk kira-kira 3,000 melalui emel rasmi Kementerian Pelajaran, menyatakan persetujuan dan mengakui kepentingan bahasa itu.

Beliau berkata, ia akan diputuskan tahun ini menerusi analisis dan kajian lebih terperinci dengan mengambil kira pandangan serta keperluan pelbagai aspek, termasuk silibus, pengukuhan tenaga pengajar yang mencukupi dan mahir serta bimbingan dan penyediaan guru terlatih untuk pelajar di sekolah luar bandar.

20090615

Menghadapi fenomena El-Nino

Jabatan Meterologi melaporkan fenomena El-Nino bakal melanda negara dalam masa beberapa bulan lagi. Ia adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang.

Oleh itu, kita seharusnya meningkatkan kepekaan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fenomena El-Nino dan melakukan persediaan yang perlu.

Persoalanya sudahkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku 10 tahun lalu (1997/1998) semasa fenomena ini melanda negara?

Jabatan Meterologi pada April lalu melaporkan, terdapat bacaan suhu melebihi suhu maksimum purata bagi bulan tersebut. Suhu tertinggi yang direkodkan bagi tempoh 1 hingga 28 April 2009 adalah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April. Ia dalam lingkungan suhu tertinggi yang pernah direkodkan.

Fenomena ini dicatatkan berlaku sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan terakhir pada 1997-1998. Pada 1998, suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Fenomena El-Nino dikatakan merupakan fenomena sejagat yang perlu ditangani bersama.

Ada saintis mengaitkan fenomena El-Nino dengan pemanasan global. Walau apa pun andaiannya, masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar.

Fenomena ini dikatakan mempunyai rantaian kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini.

Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan dijangka turut mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.
Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.

Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.

Selanjutnya ia akan memberi impak terhadap aktiviti manusia. Sesetengah operasi industri pula memerlukan air sebagai bahan dalam proses pengeluaran produk. Maka industri juga bakal menerima tempiasnya.

Ketiga, persekitaran yang kering boleh mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan.

Apa yang amat membimbangkan, peningkatan kes kebakaran yang berlaku akan menyebabkan masalah jerebu. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu. Ia berlaku disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan sekaligus menyebabkan pencemaran udara rentas negara. Ia akan menjejaskan sektor pelancongan negara.

Justeru itu, masyarakat mempunyai peranan dalam usaha membantu kerajaan menangani kesan yang bakal berlaku. Sikap "tidak ambil peduli" hanya akan mengundang padah.

Sebagai tanda prihatin, kita harus bersatu melakukan persediaan yang mencukupi. Pertama, kita harus bersedia untuk peka mendengar perkembangan semasa tentang keadaan cuaca yang berlaku. Berita melalui radio, televisyen, akhbar dan laman web seharusnya dijadikan rujukan penting.

Misalnya untuk mengetahui keadaan ramalan cuaca dan Indeks Pencemaran Udara, laman web Jabatan Matereologi Malaysia, http://www.met.gov.my dan laman web Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my boleh dijadikan rujukan. Kedua-dua laman web ini banyak memberikan maklumat tentang isu alam sekitar dan perkembangan semasa.

Laman web Jabatan Alam Sekitar membantu kita mengetahui tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Maklumat yang ada dapat membantu rakyat merancang aktiviti seharian.

Kedua, semasa berlakunya cuaca panas, kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan- bahan yang mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan. Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketiga, sekiranya berlaku masalah jerebu, masyarakat perlu mengambil langkah sewajarnya seperti memakai topeng sewaktu keluar rumah dan merawat segera masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Di samping itu, orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mendedahkan mereka terhadap kualiti udara yang tidak sihat.

Keempat, bagi mengurangkan kesan krisis air semasa fenomena El-Nino, amalan penjimatan air harus dimulakan dari sekarang. Penggunaan air untuk mandi, mencuci kenderaan dan membasuh pakaian perlu dihadkan agar tidak membazir. Dalam masa yang sama, orang ramai perlu mengadakan simpanan air mentah yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah persediaan menghadapi fenomena El- Nino ini kadangkala dianggap remeh. Semasa fenomena 1997/1998, ramai yang merungut kerana kekurangan bekalan air dan masalah jerebu. Ramai yang menyalahkan kerajaan, kononya tidak serius melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena itu.

Rakyat seharusnya mengubah sikap. Ini kerana isu berkaitan alam sekitar adalah tanggunggjawab bersama. Kita harus bersedia menghadapinya dan membantu kerajaan dalam mengharunginya. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, kita harus bersiap sedia dari sekarang.

1Sarawak 1Harga

Kempen memastikan harga barang di luar bandar sama dengan di bandar mulai 1 Julai: Ismail Sabri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan kempen 1Sarawak 1Harga bagi memastikan harga barang yang dijual di luar bandar sama dengan di bandar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui kempen itu, kerajaan akan menanggung segala kos pengangkutan yang selama ini dianggap sebagai faktor kenaikan harga barang.

“Dengan terlaksananya kempen ini, maka para pemborong tidak lagi mengambil kesempatan terhadap peruncit di kawasan luar bandar kerana kos pengangkutan ditanggung oleh kerajaan.

“Jadi, tiada alasan lagi untuk mereka menaikkan harga barang selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Koperasi Kampung Tebakang Melayu di sini, semalam.

Beliau berkata, selapas terlaksananya kempen itu, penduduk di kawasan luar bandar akan dapat menikmati harga yang sama dengan penduduk bandar.

“Walaupun sebelum ini harga barang di kawasan luar bandar melebihi harga siling, namun kerajaan tidak dapat mengambil tindakan… kerana mereka terpaksa menanggung kos pengangkutan yang agak tinggi,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, penduduk kawasan luar bandar akan menikmati harga yang sama dengan di bandar apabila kempen tersebut dilancarkan pada 1 Julai ini.

“Jika sebelum ini, mereka terpaksa menanggung harga gula RM1.80 untuk sekilogram… selepas tempoh itu, mereka akan menikmati harga sama dengan di bandar iaitu RM1.45 sekilo (harga siling),” katanya.

Beliau berkata, kempen berkenaan akan dimulakan di bahagian Serian dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan itu.

“Ia akan melibatkan kerjasama 10 koperasi di kawasan itu bagi menjayakan kempen ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ini merupakan kali pertama di Malaysia koperasi besar akan menjadi pemborong kepada kedai-kedai koperasi.

Beliau menambah, Koperasi Kampung Bunan Berhad akan menjadi koperasi induk yang akan menyediakan barang pukal dan menjual kepada kedai koperasi dan kedai runcit dengan harga borong.

Sembilan lagi koperasi lain ialah Koperasi Sungkuh Banta Ma Dagang Berhad, Koperasi Kampung Mongkos Berhad, Koperasi Kampung Tebakang Bidayuh, Koperasi Kampung Pichin Berhad, Koperasi Mayang Tembawang Berhad, Koperasi Kampung Tebakang Melayu, Koperasi Mentu Pundok Berhad, Koperasi Batu Bedang Berhad dan Koperasi Kampung Riih Mawang Berhad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memberi subsidi berjumlah RM1.1 bilion untuk tiga barang keperluan iaitu gula pasir, roti putih dan tepung gandum.

“Setakat ini, barang-barang itu diberikan subsidi oleh kerajaan dan kita memberi subsidi yang banyak kepada barang keperluan ini,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Datuk Peter Nyarok Entri dan Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Ahmad Nasir Khosri.

1Malaysia beri lebih perhatian kepada rakyat miskin

KOMITMEN untuk membantu rakyat sebenarnya bukan sekadar manifesto sewaktu kempen pilihan raya. Ia juga bukan umpan untuk memenangi undi tetapi perlu dilakukan secara berterusan.

Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri di Kuching kelmarin, adalah bukti keprihatinan kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya. Isu membasmi kemiskinan bukan agenda untuk kaum tertentu sahaja. Ia merangkumi semua kaum, tanpa mengira anutan agama atau kepercayaan.

Semua rakyat akan dibela termasuklah mereka di pedalaman. Menerusi gagasan 1Malaysia, hak semua rakyat diberi keutamaan.

Malah Najib berikrar bahawa rakyat yang masih terkebelakang dan miskin akan mendapat lebih pembelaan menerusi 1Malaysia.

Ini bermakna, setiap kaum akan membangun secara bersama. Dalam kata lain, rakyat yang tinggal di pedalaman - termasuk di Sabah dan Sarawak - akan turut mendapat pembelaan.
Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan pihak-pihak yang menentang 1Malaysia. Gagasan itu sebenarnya akan menjadikan rakyat, terutama yang tinggal di luar bandar, lebih terbela.


Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kerajaan akan mengambil kira kepentingan semua kaum apabila melaksanakan sesuatu program pembangunan. Tidak kira yang tinggal di bandar, luar bandar mahupun di kawasan terpencil.

Pemisahan fizikal antara bandar dan luar bandar atau antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi penghalang. Malah isu kebajikan rakyat di Kepulauan Borneo itu turut mendapat jaminan.

Kita sangat berharap selepas ini rakyat akan sedar bahawa gagasan itu dilaksanakan demi kebaikan mereka. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah oleh pihak yang tidak senang dengan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Seperti kata Perdana Menteri, Laut China Selatan bukannya pemisah untuk rakyat hidup dalam "penyatuan serta perpaduan" di bawah konsep 1Malaysia. Rakyat boleh membina "satu impian, satu bangsa dan paling penting, Satu Malaysia".

Kebajikan untuk rakyat miskin - biasanya yang tinggal di pedalaman atau kawasan terpencil - sentiasa menjadi isu. Setelah lebih 50 tahun merdeka, isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya. Malah itulah isu yang sering dijadikan modal oleh pembangkang untuk menidakkan usaha kerajaan.

Kononnya kerajaan gagal menangani isu kemiskinan dan golongan miskin gagal mendapat pembelaan sewajarnya.

Bagaimanapun pembangunan seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh.
Jangan hanya kerana gagal membina lebuh raya untuk menghubungkan dua kawasan terpencil - walaupun ada laluan lain - kerajaan dianggap tidak berjaya membela nasib rakyat di pedalaman.


Berilah masa untuk kerajaan membuktikan kesungguhan menangani isu kemiskinan ini menerusi 1Malaysia. Jangan terlalu cepat menghukum.
Some 20,000 village folks here will enjoy standard pricing on essential goods by July 1 this year as 10 co-operatives come together to undertake the ‘One Sarawak, One Price’ campaign.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob said the 10 co-operatives in the Serian area would come together to undertake this as a pilot project- a first of its kind in Malaysia involving co-operatives.

“This is the first in Malaysia where co-operatives are involved as wholesalers and the co-operatives here will be model co-operatives to others,” he told a press conference at Kampung Tebakang Melayu here yesterday.

He said Kampung Bunan Berhad Co-operative would be the ‘anchor’ co-operative that would purchase goods in bulk form and sell them at whole-seller prices to the other co-operative businesses and other little shops as well.

The nine other co-operatives are Sungkuh Banta Ma Dagang Berhad Co-operative, Kampung Mongkos Berhad Co-operative, Kampung Bidayuh Tebakang Berhad Co-operative, Kampung Pichin Berhad Co-operative, Mayang Tembawang Berhad Co-operative, Kampung Melayu Tebakang Berhad Co-operative, Mentu Pundok Berhad Co-operative, Batu Bedang Berhad Co-operative and Kampung Riih Mawang Berhad Co-operative.

It was learnt that all 10 co-operatives had a total of 5,000 members.

He pointed out that even though co-operatives were involved in this, it did not mean that the standardisation of prices was only meant for members of the co-operatives.

He said the good thing about getting the involvement of co-operatives was that co-operatives could assist the government in standardising prices in the country, and if co-operatives were active, they could easily control part of the wholesale trade in the near future.

According to him, about 55 per cent of supermarket outlets in Singapore are headed by co-operatives.

Currently, he said, Malaysia had 6.5 million co-operative members and this figure was expected to rise to 8 million by 2012.

By this year also, the gross turnover of co-operatives was expected to reach RM10 billion, he said, adding that their current gross turnover was RM7 billion.

He said in areas without co-operatives, the government would have to identify and appoint bigger companies as the whole-saler to the other little shops there.

“Although the government endeavours to have all rural folk enjoy the same price by the end of this year, it would not be so easy given that it has to identify ‘point-of-sales’ to act as wholesales in all the areas,” he said.

Earlier on he said rural folks in Sarawak would soon enjoy the same pricing on essential goods as their urban counterparts.

He said that the ‘One Sarawak, One Price’ campaign, which would eventually be extended throughout the state, would see the government absorbing the cost of transporting goods thus making it possible for price standardisation.

He explained that by absorbing transportation cost, shops in rural areas would have no reason to hike their prices and rural folks would pay the same amount as their urban counterparts were paying for essential goods.

Through his visits to rural areas, he said he found that the prices of essential goods, including controlled items, were higher than in urban areas.

“For example, here (Tebakang Dayak and Tebakang Melayu) while the ceiling price for sugar is RM1.45 it is sold at RM1.80. Gas, ceiling price is RM24.50 but it is being sold at RM26 here,” he said.
He said although there was an Act by which authorities could take action against these rural traders, it would not be fair given that these traders were shouldering the transport cost to get these goods to their shops.

That was why, he said, the government was stepping in to absorb these extra costs so rural folks would not have to fork out more.

Besides Kampung Tebakang Melayu, Ismail also visited Kampung Tebakang Dayak.

He then officiated at the launch of Kampung Bunan Berhad Co-operative as the ‘anchor’ co-operative in the area and also closed the Gawai Festival Homestay level at Kampung Mongkos.

Also present were Assistant Minister of Modernisation of Agriculture (Farmer’s Organistation and Co-operatives) Datuk Peter Nyarok Entrie and Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) executive chairman Datuk Mangsor Saad.

20090609

English not a ‘must pass’ for SPM?

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is surprised to learn that English is not a “must pass” subject for SPM and wants public feedback on the matter.

The Education Minister said it was a revelation to him as he had always thought that it was a prerequisite since students had to learn English in school.

He was also shocked to learn that national schools no longer taught English grammar.

“I don’t know how you can learn English without knowing grammar,” he told newsmen after launching the Kirkby College alumni association.

Muhyiddin said students were now merely learning communicative English.

“This means they are picking up the language for communication purposes only,” he said, adding that almost 70% of students who take English pass the subject.

The minister said he would seek public view on the matter.

“We may deliberate on it at the ministry level but as Education Minister, I want to give the public a chance to share their views,” he said.

(A pass in English has never been compulsory for SPM. Since 2000, a pass in Bahasa Malaysia was sufficient to get the SPM certificate. Previously, a credit was a must.)

Muhyiddin said he wondered if rural students would be at the losing end if a pass in English was required in SPM.

He also said he did not know if not having to pass English meant the standard of the language had gone down.

When announcing the SPM results in March, Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said 89% of 178,751 candidates had opted to answer the Additional Mathematics Paper 1 fully in English.

Other subjects which students preferred to answer fully in English included Additional Mathematics Paper 2 at 86%, Biology Paper 3 (81.5%) and Chemistry Paper 3 (76.8%).

A retired lecturer and teacher trainer said the teaching of grammar was integrated into four main language skills – listening, speaking, reading and writing in English lessons for students.

Dr M: Don’t forsake English and ruin children’s future

Parents should think about the future of their children when deciding whether to agree or to oppose the Government’s proposal to make a pass in English compulsory for a student to pass the Sijil Pelajaran Malaysia, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said, English was a necessary component for students to get good jobs once they leave school or for them to go overseas for further education nowadays.

He said that when commenting on Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s statement that the ministry was mulling the possibility of making English a compulsory subject for passing SPM.

He said if parents continued to reject the importance of the English language in their children’s education, then the future of the country would be at stake.

He also slammed those who oppose the move saying that these people were less concerned about education than politics.

“It is more like politics than education. They are not interested in education or acquiring knowledge. All they want to see is how many votes they can win. So I am afraid the country will go to the dogs,” he told reporters after being conferred a honorary Doctorate of Humanity by the Limkokwing University of Creative Technology yesterday.

Asked about the possibility that the policy on the teaching of Mathematics and Science in English would be scrapped Dr Mahathir said: “I feel very sorry. In future, all Malays and Malaysians will be stupid.”

Earlier, he received the honorary doctorate from university president Professor Emeritus Tan Sri Lim Kok Wing.

20090608

Sarawak: Isu caj tinggi Kastam Brunei

Isu caj perkhidmatan tinggi yang dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Brunei Darussalam terhadap barangan yang dibawa operator pengangkutan melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Indonesia Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), akan datang.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata perkara itu akan dibincang dalam konteks BIMP-EAGA untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak. Sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang menyiasat apa yang berlaku, beliau berkata, BIMP-EAGA mempunyai jawatankuasa untuk membincangkan apa juga masalah yang membabitkan hubungan dan kerjasama dua hala antara semua negara terbabit.

"Saya percaya masalah ini dapat diselesaikan secara baik melalui meja bulat BIMP-EAGA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pembangunan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di Dewan Suarah Limbang, di sini, kelmarin. Turut hadir Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah; Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail dan Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Kelmarin Bernama melaporkan operator pengangkutan barangan dan pengunjung bahagian itu terkilan dengan apa yang mereka sifatkan sebagai caj perkhidmatan tinggi yang dikenakan oleh pihak berkuasa negara itu, terhadap barangan yang dibawa melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang.

Caj sebanyak B25 atau kira-kira RM60 dikenakan ke atas barang kawalan yang dibawa dengan kenderaan persendirian dan B100 atau kira-kira RM242 bagi barangan kawalan yang dibawa dengan kenderaan perdagangan, ketika melalui pusat pemeriksaan di sempadan Malaysia-Brunei sejak 1 April lalu. Limbang adalah bahagian paling utara di Sarawak, hanya boleh pergi menerusi jalan darat dari mana-mana kawasan di Sarawak atau Sabah, melalui Brunei.

Naib Pengerusi Persatuan Pemilik Lori Miri, Kong Min Seng, berkata ekoran caj itu, mereka terpaksa membayar hampir RM500 bagi mambawa muatan untuk ke Lawas, daerah paling utara di Limbang.

20090605

Oil rises to new high for this year

Oil prices on Thursday set a new high for the year, buoyed by a weaker dollar and the first drop in unemployment since January.

Benchmark crude for July delivery was up $2.69 to settle at $68.81 a barrel on the New York Mercantile Exchange. Oil climbed as high as $69.60 earlier in the day.

In London, Brent prices rose $2.83 to settle at $68.71 a barrel on the ICE Futures exchange.

Oil prices, which have rallied for three months, soared this week to their highest levels since November.

Crude now fetches nearly twice its February price, mostly on the expectation that the dismal U.S. economy could be stabilizing.

A government report provided some evidence of that Thursday, saying the nation's unemployment rolls fell for the first time in 20 weeks.

The Labor Department said the number of people filing for jobless benefits dropped by 15,000 to 6.7 million.

The dollar also fell against the euro and the yen, a move that tends to push oil prices higher since the benchmark contract is traded in U.S. currency.

And tanker tracker Oil Movements reported a slight drop in OPEC exports as the cartel tries to match a slump in global demand.

Goldman Sachs boosted its forecast for benchmark crude based on expectations that the economy will stabilize and OPEC production cuts will shrink global supplies.

It now expects oil to cost $85 a barrel by the end of the year, up from its previous estimate of $65 a barrel.

Nevertheless, experts say the market is filled with more enthusiasm than is warranted by the huge surplus of petroleum in the U.S.

On Thursday, the Energy Information Administration said the country's supply of natural gas rose more than expected last week to 2.34 trillion cubic feet.

Natural gas is a major energy source for power plants, and the bloated inventory is a sign of how much manufacturers and other industries have slowed down.

"It's certainly hard to see anything in the fundamental numbers to support" higher crude prices, said Michael Lynch, president of Strategic Energy & Economic Research.

"The psychology has shifted, and people seize on the bullish news and ignore the bearish news."
On Wednesday a Commerce Department report showed a smaller-than-expected rise in factory orders.

And the Institute for Supply Management, a trade group of purchasing executives, said the services sector shrank in May below economists' estimates at the slowest pace since October.

In other Nymex trading, gasoline for July delivery rose 6.05 cents to settle at $1.9621 a gallon and heating oil gained 4.56 cents to settle at $1.784 a gallon.

Natural gas for July delivery added 4.4 cents to settle at $3.81 per 1,000 cubic feet. - AP

Education :Why 10 Subject is enough for SPM

There are many positive reasons to limit the number of SPM subjects to 10, including the fact that it could overcome the shortage of teachers where statistics showed that almost 90% of students took 10 subjects.

Limiting the subjects, the students could focus on core subjects as well as participate in other activities that would open up their minds. Apart from this, it can help teachers. With the reduced number of subjects, their energy can be focused on core subjects and the shortage of manpower could be somewhat overcome.

Some students pursued more subjects just to add a few more As to their score while they are non-relevants to the pursuing further higher studies.

There are 111 electives, and some of these are not taught in school but require tuition outside of school. This means only those who can afford the tuition will benefit.