PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080725

Sarawak impi sistem pengangkutan sungai terbaik

Sarawak mahu membangunkan sistem pengangkutan sungai yang terbaik di kalangan negara-negara yang lebih maju berbanding Malaysia.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, matlamat itu sudah dirintis dengan kajian Sistem Pengangkutan Sungai Sarawak (SWIT) yang bermula pada Mac 2007.

Pelan berkenaan bakal menekankan aspek keselamatan, kecekapan, kebersihan dan juga merangkumi aspek sosio-ekonomi iaitu menaiktaraf pendapatan penduduk miskin.

Malah, ia bertujuan untuk memudahkan penduduk luar bandar yang tidak mempunyai akses jalan raya ke pinggir pekan atau bandar dengan kemudahan kesihatan dan pendidikan. Sarawak memiliki 55 batang sungai yang panjang keseluruhannya 5,000 kilometer.

Kajian berkenaan merupakan usaha sama antara Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS).

Sejak beberapa generasi, sungai-sungai di Sarawak sudah sebati dengan komuniti dan merupakan sebahagian warisan semulajadi negeri.

No comments: