Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan kini diperkenalkan kembali sebagai lambang Hari Pahlawan bagi memperingati perjuangan perwira-perwira tanah air.
Simbol bunga raya akan digunakan dalam sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.
Pemilihan bunga tersebut sebagai lambang dalam kempen Hari Pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati. Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment