Kerajaan sedang memantau perkembangan naik turun harga minyak mentah global, tetapi tidak membincangkan atau memutuskan sama ada untuk menurunkan harga minyak di pasaran domestik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.Beliau berkata, walaupun harga minyak mentah di pasaran antarabangsa kini turun di bawah AS$125 setong, harga itu perlu kekal stabil atau lebih rendah lagi sebelum kerajaan boleh mengambil langkah menurunkan harga petrol dan diesel.
"Kita berharap harga akan kekal atau turun lagi. Kita akan dapat menjimatkan subsidi. Semasa kita menguatkuasakan harga baru minyak pada Jun, hargnya lebih tinggi daripada AS$125 setong sekarang. Kami berharap harga di pasaran dunia akan stabil dan turun lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Pengguna peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Katanya, sebelum ini kerajaan bercadang menyemak harga semasa petrol dan diesel menjelang akhir tahun tetapi jika harga di pasaran global mencatatkan penurunan drastik, dengan itu semakan harga minyak domestik boleh dilakukan lebih awal.
"Kita perlu memantau perkembangannya...awalnya kami mahu membuat semakan harga pada akhir tahun ini tetapi keputusan untuk semakan itu dibuat ketika harga minyak dunia mengalami trend meningkat. Malahan penurunan harga ini hanya berlaku dalam masa tiga hari lepas...kita akan tunggu dan lihat," katanya.
- Bernama
1 comment:
link komuniti bestari daro >>> http://k-bestari.blogspot.com
selamat berblogger...
Post a Comment