PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080714

K-Bestari perkukuh aspek kepimpinan

Ia mampu menggerakkan pembangunan dan memberi impak positif terhadap komuniti

Penubuhan Komuniti Bestari (K-Bestari) di negeri ini merupakan landasan terbaik dalam melahir dan memperkukuhkan aspek kepimpinan di peringkat akar umbi yang mampu menggerakkan pembangunan dan memberi impak positif terhadap komuniti itu sendiri.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan berkata ia sejajar dengan usaha melahirkan pemimpin sebagai penggerak kepada perubahan pemikiran masyarakat setempat dengan memperkaya diri dengan selok-belok kepimpinan dan ilmu pengetahuan berhubung dasar kerajaan dan program pembangunan.

Katanya, kepimpinan perlu ke depan, memahami dasar kerajaan,mempunyai sifat proaktif, daya inovasi, mempunyai kreativiti tinggi dan bermatlamat membina masyarakat yang berani menghadapi cabaran serta berdikari.

“Selain landasan untuk mengeratkan perpaduan, kerjasama dan persaudaraan di kalangan ahli dalam komuniti tersebut, ia adalah peluang terbaik kepada setiap komuniti untuk melahirkan seorang pemimpin yang mampu mengukuhkan taraf hidup ahli-ahlinya dengan pelbagai program pembangunan yang diadakan.

“Pencapaian Komuniti Bestari negara ini ada yang sudah maju dan berjaya dalam pelbagai bidang berpotensi termasuk sektor penternakan yang diusahakan secara kecil-kecilan dan kini sudah diperluaskan dalam skala besar.

“Justeru kita mahu penubuhan Komuniti Bestari yang ada di bahagian ini memikirkan cara dan kaedah untuk menghasilkan produk melalui bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang disalurkan melalui jabatan dan agensi kerajaan di sini,” katanya dalam Fiesta Komuniti Bestari di Dewan Masyarakat di sini malam kelmarin.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Resat Salleh, Setiausaha Politik Ketua Menteri Kolonel Bersara Awangku Jamudin Pengeran Kon dan Pegawai Daerah Lawas Supaih Hamdan.

Tengah berkata ahli-ahli K-Bestari juga mampu mencipta pelbagai kejayaan dengan mengusahakan sektor berpotensi terutama aktiviti pertanian dan makanan tradisional yang diusahakan sejak dulu bagi menjana pendapatan mereka selain meluaskan bidang berkenaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Jelasnya, sesuatu bidang boleh dimajukan jika setiap ahli dalam komuniti mempunyai niat yang betul, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bersedia menerokai bidang baru dengan melengkapi diri dengan plebagai kemahiran tertentu yang mempunyai nilai di pasaran.

“Kerajaan telah memberi pelbagai peluang untuk meningkatkan taraf hidup masya-rakat termasuk dari aspek pendidikan, peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan bijak menggunakannya sebagai cara untuk me-ningkatkan sosioekonomi dengan menceburi bidang berpotensi yang mampu memberi pulangan positif terhadap taraf hidup masya-rakat,”katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar setiap ahli mengelak daripada berpecah-belah.

“Pelihara semangat kerjasama dan perpaduan yang sedia ada kerana kita hidup secara berkelompok dan jika bergaduh sesama sendiri dan tiada persefahaman susah untuk maju dan ia merupakan kekangan utama kepada kita untuk maju ke hadapan bersaing dengan kaum lain di negeri ini,” katanya lagi.

No comments: