PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080727

Sarawak: Kek lapis Sarawak 14 meter, terpanjang di Malaysia

Kek Lapis sepanjang 14 meter yang diiktiraf sebagai kek lapis terpanjang dalam The Malaysia Book of Records.
Kek Lapis Sarawak sepanjang 45 kaki (14 meter) yang berjaya disiapkan dalam tempoh lapan hari, diiktiraf sebagai kek lapis terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records, semalam.
Panjang kek itu selari dengan sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia yang disambut 22 Julai lalu.
Rekod pembuatan kek lapis terpanjang itu dicipta oleh gabungan lima pengusaha kek lapis terkemuka di Kuching iaitu Resipi Warisan, Mariam Cakes, Rabiah Amit Enterprise, Ambrosia de Cake dan SA Enterprise.
Kerja menyiapkan kek lapis berkenaan dilakukan 20 tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang pembuatan kek lapis, dalam sebuah khemah besar yang didirikan di Tebingan Kuching, semalam. Kek yang dihasilkan dengan kos RM16,000.
Penaja utama pembuatan kek lapis itu ialah Maestro Swiss Trading Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk Vico, Vochelle dan Darrys.
Penyiapan kek lapis terpanjang ini mengambil masa lapan hari bermula 18 Julai hingga 25 Julai.
Bahan mentah utama yang digunakan termasuklah 5,200 biji telur ayam, 170 kilogram tepung gandum, 100 kilogram mentega, 336 tin susu manis, 21 kilogram jem buah dan 170 kilogram gula.

No comments: