PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080713

Harga minyak catat rekod AS$147.21 setong

LONDON 11 Julai - Harga minyak melambung dengan minyak mentah New York mencatatkan rekod tertinggi baru ekoran tekanan pengeluar minyak Iran dan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu dagangan.

Minyak mentah mencecah paras tertinggi baru AS$147.21 (RM476.96) setong pada dagangan elektronik.

Selepas mencatat paras tertinggi baru, kontrak hadapan minyak berkualiti tinggi Light Sweet penghantaran Ogos pada AS$145.08 (RM470.00) naik AS$3.43 (RM11.11) pada penutup semalam, manakala minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Ogos meningkat AS$3.57 (RM11.56) kepada AS$145.66 (RM471.93) di papan elektronik selepas mencecah AS$146.40 (RM474.33) awal hari ini.

Menurut penganalisis Sucden, Andrey Kryuchenkov harga minyak mentah terus meningkat akibat kebimbangan terhadap keadaan geopolitik semasa dan kekurangan bekalan.

''Pasaran kekal sensitif terhadap ancaman gangguan bekalan serta tekanan geopolitik,'' katanya.

Harga minyak telah meningkat hampir AS$6 (RM19.44) setong pada Khamis lalu akibat kebimbangan masalah politik yang melanda pengeluar utama minyak dunia Iran serta kebimbangan berterusan kekurangan bekalan minyak global, kata pelabur.

Isnin lalu, harga minyak pasaran hadapan telah menjunam di bawah paras AS$140 (RM453.60) setong ekoran pengukuhan dolar AS, menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Pengukuhan nilai mata wang AS, menjadikan harga minyak pada kadar dolar mahal berbanding mata wang yang lemah menjadikan permintaan terhadap minyak kurang.

Hari ini, pelabur terus memerhatikan secara dekat perkembangan Iran sebagai pengeluar kedua terbesar OPEC yang mengeluarkan 4.0 juta tong minyak sehari.

Semalam, Iran telah melancarkan ujian peluru berpandu, menolak kebimbangan global terhadap krisis program nuklearnya.

- AFP

No comments: