PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20120306

Projek Tenaga Solar nadi perubahan

BARAM 5 Mac - Suatu ketika dahulu, Long Beruang yang merupakan sebuah perkampungan yang dihuni kira-kira 30 keluarga masyarakat Penan di Ulu Baram di sini boleh ditakrifkan sebagai terasing daripada dunia luar.

Namun bermula 15 April 2010, segalanya berubah apabila Projek Tenaga Solar yang dimajukan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah disiapkan.Projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar yang merangkumi pembinaan Pusat Pembangunan Komuniti dengan kos RM1.5 juta itu sudah mula menghubungkan masyarakat Long Beruang dengan dunia luar.

Selain membekalkan tenaga elektrik 30 kilowatt 24 jam sehari untuk kegunaan penduduk, ia turut membekalkan tenaga kepada Pusat Pembangunan Komuniti yang menempatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).