Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata JKJR sedang berbincang dengan syarikat pengeluar topi keledar untuk memperkenalkan tarikh luput lima tahun topi keledar mulai tahun ini.
Ramai penunggang motosikal di negara ini memakai topi keledar yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain dan ini sebenarnya mengundang bahaya kepada mereka.
Topi keledar yang dibeli harus memenuhi piawaian dan mendapat pengiktirafan Sirim bagi menjaminkan kualiti serta ketahanan peralatan itu daripada sebarang hentakan
Statistik kemalangan akan terus meningkat setiap tahun selagi kesedaran dan sikap penunggang dan pembonceng motosikal tidak berubah terhadap kepentingan memakai topi keledar
No comments:
Post a Comment