PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081130

UPSR dinilai semula

Kementerian Pelajaran sedang menilai semula aspek penekanan akademik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi memastikan pendidikan yang lebih holistik dapat didedahkan di peringkat usia yang lebih awal.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kumpulan pakar yang terlibat itu telah pun membentangkan kepadanya hasil kajian yang mereka lakukan sejak setahun setengah yang lalu.

Menurutnya, secara prinsipnya beliau bersetuju dengan cadangan dan syor kumpulan pakar daripada Lembaga Peperiksaan itu namun sama ada akan berlaku perubahan kepada format UPSR atau tidak, ia hanya akan diumumkan kemudian.

HIV/AIDS cases on the rise in Malaysia: report

Malaysia's HIV/AIDS infection rates are on the rise, dealing a blow to the country's bid to achieve the UN's Millennium Development Goal (MDG) to eradicate the virus, a UN official warned in reports Sunday.

Kamal Malhotra, the UN's resident coordinator in Malaysia told state news agency Bernama that up to June this year, 82,704 Malaysians have so far been infected with the virus since records began in 1986.

In 2006, eight percent of Malaysia's population were infected with HIV/AIDS compared to five percent in 2000, according to the United Nations Development Programme Malaysia website.

Malhotra told Bernama the country could face an epidemic if efforts were not focused on drug users, sex workers, transsexuals, male homosexuals and migrant workers.

He said one of the best methods to prevent this continuous spread was better education and understanding of the virus itself.

Malaysia has embarked on a five-year plan to curb the spread of HIV/AIDS, launching a pilot needle exchange programmes for drug addicts in 2006.

Untung dan Rugi Syarikat Penerabangan

MAS untung RM198 juta

Malaysian Airline System Bhd. (MAS) merekodkan penurunan keuntungan bersih kepada RM198 juta bagi sembilan bulan pertama tahun ini berbanding RM609 juta untuk tempoh yang sama sebelumnya ekoran situasi yang sukar ketika ini.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu turut mencatatkan kejatuhan keuntungan selepas cukai sebanyak RM38 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2008 berbanding RM364 juta untuk tempoh yang sama sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, penurunan keuntungan dicatat ekoran keadaan ekonomi semasa yang mencabar serta peningkatan harga bahan api yang melampau pada tahun ini.

''Walaupun berada dalam ketidaktentuan persekitaran global ketika ini, prestasi MAS masih lagi positif apabila berjaya meraih keuntungan buat sembilan sukuan berturut-turut walaupun 30 syarikat penerbangan asing yang lain kini telah muflis.

''MAS masih lagi berkebolehan membuat keuntungan, jika harga minyak kekal pada paras AS$100 (RM362) setong seperti tahun lalu, MAS sudah semestinya dapat memenuhi sasaran RM1 bilion bagi tahun ini serta rancangan pemulihan perniagaan kedua (BTP 2) yang telah diumumkan sebelum ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan MAS untuk suku ketiga berakhir 30 September 2008, turut hadir Ketua Pegawai Kewangan MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin.

Tambah Idris, harga minyak naik ke paras tertinggi dan ia telah memberi kesan buruk kepada semua syarikat penerbangan dunia.

Menurutnya, walaupun harga minyak mentah kini menyusut, krisis kewangan semasa akan mengakibatkan lebih banyak lagi syarikat mengalami kerugian dan senario tersebut akan berterusan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

''Kelembapan ekonomi dan peningkatan kos bahan api sebanyak 56 peratus atau RM872 juta kepada RM1.9 bilion, kami masih boleh mengekalkan perolehan pada paras RM4.1 bilion bagi suku ketiga ini.

''Perolehan itu disumbangkan oleh perbelanjaan bukan bahan api sebanyak RM2.2 bilion, perolehan penumpang sebanyak RM2.9 bilion dan kargo sebanyak RM589 juta,'' jelasnya.

Untuk prestasi suku keempat syarikat itu, Idris berkata, MAS tetap optimis untuk terus mencatat keuntungan kerana syarikat sudah melaksanakan beberapa strategi inovatif seperti harga dinamik, penggunaan sepenuhnya rangkaian, pengurusan kos serta inovasi.

''MAS juga secara berterusan menyemak semua aspek operasi untuk meningkatkan perolehan termasuk potensi penyelenggaraan, pembaikan dam membaik pulih (MRO) yang mana kami menawarkan 50 peratus penyelengaraan kepada pihak ketiga,'' katanya.

Idris berkata, MAS tidak bercadang untuk mengurangkan laluan penerbangannya, sebaliknya bercadang untuk menambah laluan dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.


AirAsia rugi RM466 juta

AirAsia Bhd. (AirAsia) mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM466 juta untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding keuntungan selepas cukai sebanyak RM180 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keputusan kewangan semasa itu merupakan kerugian pertama syarikat penerbangan tambang murah tersebut sejak ia mula beroperasi pada 2001.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) berkata, kerugian tersebut disebabkan kadar tukaran Ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sandaran terhadap pelaburan dalam Lehman Brothers.

''Nilai Ringgit yang rendah menyebabkan kami kerugian sebanyak RM213 juta manakala item berkecuali bagi peruntukan struktur derivatif dan perdagangan yang tidak boleh diperolehi semula dalam Lehman Brothers berjumlah RM215 juta lagi. Kami juga mengalami kerugian operasi sebanyak RM76 juta,'' katanya pada telepersidangan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Fernandes yakin syarikat itu dapat menampung semula kerugian tersebut antara dua hingga tiga bulan lagi sekiranya harga minyak dunia kekal pada harga AS$53 (RM190.80).

Sementara itu, AirAsia mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 43 peratus kepada RM659 juta pada suku ketiga tahun ini berbanding RM462 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, ujar Fernandes.

''Kapasiti penumpang juga meningkat sebanyak 24 peratus pada suku ini iaitu sebanyak 30 juta, melepasi sasaran awal sebanyak 20 juta,'' katanya.

Fernandes berkata, operasi AirAsia di Thailand dan Indonesia juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun berlaku sedikit kekacauan politik sehingga menyebabkan beberapa lapangan terbang di negara tersebut terpaksa ditutup sementara.

Jelasnya, operasi di Thailand berjaya mengurangkan kerugian sebanyak 44 peratus walaupun dalam keadaan harga minyak yang meningkat secara mendadak berikutan peningkatan muatan penumpang sebanyak 79 peratus dan kenaikan purata tambang sehingga 29 peratus.

Di Indonesia, katanya, operasinya meraih hasil yang lebih tinggi iaitu sebanyak 69 peratus berbanding tahun lalu manakala kapasiti penumpang meningkat sehingga 78 peratus.

Langkah mengemaskini beberapa destinasi turut menyumbang kepada penurunan kerugian sebanyak 88 peratus manakala penerimaan pesawat Airbus, A-320 pada September lalu juga membantu dalam mengurangkan kos, ujar Fernandes.

Ekonomi : KDNK suku ketiga 4.7 peratus

Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada suku ketiga 2008 ketika ekonomi global dan persekitaran kewangan antarabangsa mengalami kemerosotan yang ketara.

Pada suku kedua, negara mencatatkan KDNK sebanyak 6.7 peratus.

Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, pertumbuhan itu disokong oleh permintaan dalam negeri yang meningkat sebanyak 6.5 peratus berikutan peningkatan penggunaan swasta dan awam secara berterusan.

Menurutnya, pertumbuhan penggunaan swasta mengembang 8.1 peratus manakala penggunaan awam meningkat sebanyak 6.9 peratus.

''Pertumbuhan Sektor perkhidmatan terus meningkat dengan kukuh sebanyak 7.1 peratus berikutan pertumbuhan subsektor perbankan dan insurans yang lebih tinggi serta aktiviti penggunaan yang menggalakkan bagi suku ketiga.

''Bagaimanapun, pertumbuhan sektor perkilangan jatuh kepada 1.8 peratus disebabkan kelemahan industri berasaskan eksport," katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi ekonomi Malaysia pada suku ketiga tahun ini, di sini hari ini.

Zeti berkata, sektor pertanian tumbuh pada kadar yang lebih sederhana iaitu tiga peratus ekoran penurunan pengeluaran minyak sawit berikutan keluaran buah kelapa sawit yang lebih rendah.

''Serentak dengan itu, sektor pembinaan turut menyusut sebanyak 1.2 peratus akibat aktiviti segmen kediaman dan kejuruteraan awam yang lebih lemah ketika harga bahan binaan melambung tinggi," katanya.

Mengenai sektor luaran, beliau berkata, imbangan perdagangan mencatat lebihan sebanyak RM41.6 bilion berbanding RM40.6 bilion yang dicatatkan pada suku kedua.

Katanya, walaupun pertumbuhan eksport sederhana sebanyak 16.9 peratus namun ia masih kukuh kerana disokong oleh keluaran komoditi dan keluaran perkilangan berasaskan sumber.

''Sementara itu, import kasar bertambah sebanyak 10.3 peratus berikutan barangan perantara dan penggunaan yang lebih tinggi," jelasnya.

Mengulas tentang akaun kewangan, Zeti memberitahu bahawa aliran masuk kasar pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM21.5 bilion daripada RM12.6 bilion, tempoh yang sama tahun lalu.

''Ini mencerminkan pinjaman jangka pendek antara syarikat untuk operasi perbendaharaan berpusat telah dibayar balik pada suku yang sama," katanya.

Pelaburan asing yang dilakukan oleh syarikat Malaysia, menurut beliau, mencatat aliran keluar bersih yang lebih besar sebanyak RM16.1 bilion terutama daripada sektor perkhidmatan dan perkilangan.

''Pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM38.4 bilion kerana proses pembayaran balik hutang global yang berterusan," tambahnya.

Menjawab soalan daripada pemberita, Gabenor bank pusat itu menjelaskan bahawa unjuran KDNK bagi tahun 2009 adalah 3.5 peratus.

''Angka itu akan dinilai semula dan ia bergantung kepada kesan daripada faktor luaran,'' katanya.
Menurutnya, sasaran pertumbuhan ekonomi untuk suku keempat dijangka berada pada kadar 3.5 peratus hingga 4.5 peratus, bergantung kepada perbelanjaan pengguna.

''Kami akan jadikan ia (unjuran 3.5 peratus hingga 4.5 peratus) sebagai penanda (aras) awal kerana negara kini berada dalam keadaan persekitaran (ekonomi) yang tidak menentu,'' jelasnya.

Mengenai kadar inflasi pada tahun depan, beliau menerangkan ia akan berada pada paras di bawah tiga peratus menjelang separuh kedua.

Kadar inflasi meningkat kepada 8.4 peratus pada suku ketiga dan ini adalah kesan daripada kenaikan harga runcit minyak dan diesel ekoran penstrukturan semula subsidi minyak dan kenaikan kadar tarif elektrik serta harga makanan.

Haj cost might go up next year

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said he could not guarantee that the cost of performing the Haj pilgrimage for the next season would remain at the current rate.

This, he said, was due to the higher cost which the Tabung Haji (Pilgrims Fund Board) would have to bear with the increase in prices of foodstuff and accommodation here and in Medina.

He added that Tabung Haji was also getting lower returns from its investments in oil palm plantations due to a drop in palm oil price.

“It is fortunate that this year, because of the previous high price of palm oil, Tabung Haji is able to maintain the cost of performing the Haj pilgrimage by subsiding nearly RM100mil.

“(But) with the current drop in palm oil price, it is impossible for Tabung Haji to give that much subsidy next year,” he told Malaysian journalists Saturday after a briefing on haj operations at the Tabung Haji headquarters here.

He said the current haj package provided by Tabung Haji was RM8,900 per person, but the actual cost incurred by each pilgrim, including for accommodation and food, was RM11,500.
“This means Tabung Haji has to subside RM2,600 for each haj pilgrim,” he added.

Asked how much the increase in the haj cost would be for next year, he said it would depend on the cost to be incurred and Tabung Haji’s capabilities.

Zahid arrived here Thursday to perform the Haj pilgrimage.

Today, he is scheduled to visit facilities provided by Tabung Haji for Malaysian pilgrims. - Bernama

20081127

SPR wartakan daftar pemilih tambahan suku tahun ketiga

Daftar Pemilih Tambahan (DPT Suku Tahun Ketiga 2008) yang diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diwartakan esok mengandungi senarai 30,731 pemilih, dengan 24,531 daripadanya adalah pemilih baru, manakala selebihnya terdiri daripada mereka yang memohon untuk menukar alamat.

Dengan pengesahan DPT itu, jumlah pemilih berdaftar seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk 2007, DPT Suku Pertama 2008 dan DPT Suku Kedua 2008, adalah 10,992,355 orang.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang ingin membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2008 itu diminta supaya membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Selain itu SPR juga meminta kerjasama orang ramai membantu membersihkan daftar pemilih dari senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

Waris-waris diminta menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris mereka yang meninggal dunia secara pos, faks atau dengan berurusan sendiri di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau pun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Pemilih juga digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.

Pemilih boleh membetulkan sebarang kesilapan pendataan di alamat web www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR.

Bagi pemilih berdaftar yang bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang berdekatan kediaman masing-masing.

- Bernama

Proton catat untung RM115 juta

Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM115.3 juta untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM41.8 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keputusan kewangan itu merupakan keuntungan Proton untuk lima suku berturut-berturut, bermula suku kedua 2007.

Bagi suku kedua, pembuat kereta nasional itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57 juta berbanding RM59 juta pada suku sebelumnya.

- Utusan

20081126

Ringankan beban rakyat

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan kadar faedah menerusi Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 3.5 peratus kepada 3.25 peratus merupakan satu lagi alat jaringan keselamatan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan industri.

Ia bertujuan mengurangkan bebanan pengguna yang menggunakan pinjaman sebagai pembelian aset tetap berjangka sederhana dan panjang seperti kereta dan rumah. Pengurangan itu juga mengurangkan bebanan syarikat perniagaan yang menggunakan pinjaman sebagai modal perniagaan.

Langkah monetari itu membantu menggalakkan aktiviti ekonomi menerusi perbelanjaan penggunaan dan pelaburan oleh pengguna dan industri. Kecairan dan ketunaian dalam industri perbankan dan kewangan juga ditingkatkan lagi dengan keputusan BNM menurunkan kadar Keperluan Rezab Berkanun (SRR) daripada 4 peratus kepada 3 peratus.

Pengurangan kadar OPR dan SRR adalah bertujuan melengkapi langkah fiskal yang dilaksana oleh kerajaan untuk memacu ekonomi negara ke arah mencapai sasaran pertumbuhan Kadar Keluaran Negara Kasar 3.5 peratus pada tahun 2009 walaupun ekonomi negara Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura telah mengalami kemelesetan.

Untuk mencapai unjuran 3.5 peratus, kerajaan, sektor swasta dan semua pihak yang lain perlu bersama-sama menjana ekonomi dalam keadaan yang sukar ini.

Kerajaan telah mengambil tindakan supaya pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini dilaksanakan seberapa segera yang mungkin. Kerajaan juga telah mengurangkan harga runcit minyak petrol dan diesel baru-baru ini bagi mengurangkan tekanan inflasi dalam negara.

Krisis ekonomi global kali ini adalah yang paling kompleks kerana ia bermula di pusat sistem kewangan dunia iaitu di Amerika Syarikat (AS) dan mempunyai kesan rantaian ke atas hab kewangan antarabangsa lain di Eropah dan Asia Timur. Ini sesuai dengan pepatah ekonomi, apabila AS 'batuk' negara lain akan mendapat 'selesema'.

Krisis kewangan di AS telah merebak ke industri lain, khususnya industri automotif dan juga industri lain yang memerlukan pembiayaan modal yang tinggi daripada industri perbankan dan kewangan.

Industri automotif di AS yang diketuai oleh Ford Motor Company, General Motor Company (GM) dan Chrysler atau Detroit Big Three adalah dalam ambang kebangkrapan jika pentadbiran Pentadbiran Presiden George W. Bush enggan memberi pinjaman sebanyak AS$25 bilion kepada industri itu.

Sebelum itu, atas dasar kepentingan umum, pentadbiran Bush telah membantu industri kewangan dan perbankan AS dengan suntikan dana sebanyak AS$700 bilion bagi membolehkan institusi kewangan yang bermasalah beroperasi semula.

Jualan domestik kereta oleh Detroit Big Three merosot pada tahun ini (sehingga Oktober) kepada AS$5.8 juta berbanding tahun 2007 (sehingga Oktober) AS$7 juta. Kemerosotan jualan disertai pula dengan harga sahamnya yang menurun pada tempoh yang sama. Trend kemerosotan jualan juga berlaku dalam negara pengeluar kereta di Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Di Jerman, Opel yang merupakan syarikat bersekutu GM akan mengurangkan pengeluaran keretanya mulai tahun depan. Opel juga telah memohon pinjaman daripada kerajaannya jika syarikat induknya, GM, tidak memperolehi pinjaman sebanyak AS$10-12 bilion daripada pentadbiran Bush.

Di Jepun pula, Toyota, Honda, Mazda, dan Nissan yang merupakan syarikat global bercadang untuk memberhentikan pekerja sambilannya dan mengurangkan pengeluaran global kenderaan bermotor. Begitu juga yang dilakukan oleh pengeluar kenderaan bermotor Sangyong di Korea Selatan. Masing-masing membuat 'pengecilan saiz.'

Tanda-tanda kemerosotan seperti pada Detroit Big Three kini mulai meresap dalam industri automotif negara. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini, jualan kenderaan bermotor, iaitu kereta penumpang dan perdagangan, pada Oktober tahun ini susut kepada 37,512 unit daripada 42,915 unit setahun lalu, dan turun 26 peratus apabila dibandingkan dengan jualan pada bulan September yang lepas. Begitu juga dengan hasil jualan kenderaan.

Oleh itu, langkah tebatan dan perlindungan yang diambil oleh kerajaan menerusi pengurangan kadar OPR dan SRR dapat melindungi industri automotif tempatan yang kini menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 21,000 orang. Industri-industri lain dalam sektor primer, sekunder dan tertiari juga mendapat perlindungan daripada langkah monetari BNM itu.

Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.5 peratus pada tahun 2009, walaupun eksport negara akan terjejas berikutan import yang berkurangan dari Amerika Syarikat dan Eropah. Namun, Malaysia boleh bergantung pada rakan dagangan seperti China dan India kerana kedua-dua negara ini masih mencatat pertumbuhan positif 7 hingga 9 peratus. Oleh itu, wujud tebatan dan perlindungan bagi ekonomi negara kerana tidak bergantung kepada negara Barat untuk eksport.

Isu yang paling kritikal dalam krisis ekonomi ialah pemberhentian para pekerja. Jaringan keselamatan ekonomi menerusi inisiatif monetari dan fiskal oleh kerajaan dapat menjaminkan pekerjaan kepada rakyat.

Malah, ini disertai dengan Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Pekerjaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini yang membantu menangani isu pengangguran secara holistik kepada pekerja dalam industri yang mudah terjejas dengan krisis ekonomi.

Tidak seperti dalam krisis kewangan 1997, negara kini lebih bersedia dengan krisis ekonomi global dengan membangunkan jaringan keselamatan ekonomi dan sosial yang lebih bersepadu untuk rakyat dan industri.

MENGUNDANG PADAH........ SALAH SIAPA



Gelagat seorang kanak-kanak yang leka bermain sendirian di atas bot tanpa pengawasan ibu bapa mampu mengundang padah pada bila-bila masa.

Itulah senario yang dapat disaksikan di Kampung Pasir Pandak, Kuching, Sarawak pada ketika keadaan laut sedang bergelora.

Rakaman gambar menunjuk aksi kanak-kanak itu ketika bertenggek di hujung bot berkenaan.

Golongan ibu bapa sewajarnya peka dan tidak mengabaikan anak masing-masing yang bercuti sekolah pada ketika ini, apatah lagi dalam keadaan musim tengkujuh.

Jangan biarkan musim cuti persekolahan anak anda meninggalkan kenangan pahit yang sukar dilupakan sepanjang hayat ekoran suatu peristiwa yang menyayat hati.

Tawar program pengajian ikut keperluan semasa

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, program-program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu mengambil kira keperluan semasa masyarakat dan negara, khususnya dalam konteks global.

Perdana Menteri berkata, selain asas- asas teori dan praktikal, setiap program yang ditawarkan perlu mengandungi komponen yang berfungsi memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran dan memperkasakan keyakinan diri agar pelajar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam kerjaya masa ini.

“Komponen-komponen yang saya maksudkan termasuk kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat, keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas-asas pengurusan dan sebagainya,” katanya semasa berucap merasmikan kampus tetap Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Menurut Abdullah, kerajaan juga menggalakkan IPT awam supaya memperkenalkan program-program berbentuk double-major atau major-minor bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian yang ditawarkan khususnya yang bersifat kurang kompetitif.

Beliau berkata, perubahan dan pengenalan seperti itu perlu dalam memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat menghasilkan modal insan yang juga berkualiti.

“Atas kesedaran tersebut, kerajaan telah mencetuskan satu pergerakan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara termasuk di peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai USIM, beliau berkata, penubuhan universiti itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada golongan yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana negara.

“Semenjak penubuhannya, USIM telah berjaya menawarkan lebih 4,000 tempat untuk para pelajar melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dan lebih penting lagi, kesemua daripada pelajar USIM adalah kalangan para pelajar sekolah aliran agama,” katanya.

Kata beliau, penubuhan IPT berkenaan membolehkan para pelajarnya mengikuti program-program moden secara serentak dengan program agama.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan khas yang dinamakan Dewan Hadhari bagi kegunaan USIM terutama untuk kemudahan konvokesyen.

Tambah nilai diri - Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin negara akan mencapai lebih banyak kejayaan jika setiap rakyatnya mempunyai keazaman kuat untuk menambah nilai diri masing- masing.

Tegas Perdana Menteri, dengan menjadikan usaha menambah nilai sebagai budaya meneroka ilmu sedia ada dan baru, ia sekali gus bakal membuka peluang kepada rakyat untuk mengecapi kejayaan lebih gemilang.

''Kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan dan saya berpegang kuat bahawa manusia mempunyai kekuatan untuk menjadi kreatif.

''Ini penting untuk kita jika ingin mencapai lebih banyak kejayaan. Jika generasi akan datang lebih tinggi ilmu pengetahuannya, maka generasi selepas itu akan lebih berkemampuan lagi terutama dengan adanya alat-alat teknologi lebih canggih yang boleh tingkatkan mutu kerja kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Yayasan Canselor Open University Malaysia (OUM) di Hotel Marriott di sini malam ini.

Hadir sama Canselor OUM, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim dan Naib Canselor OUM, Tan Sri Anuwar Ali.

Dalam hubungan ini, Abdullah berkata, beliau difahamkan Yayasan Canselor OUM ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan.

''Kita mesti menerima hakikat bahawa terdapat golongan yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal tertentu dan mereka juga ingin memberikan sumbangan kepada negara.

''Saya amat bergembira apabila dimaklumkan Yayasan Canselor OUM akan memberikan bantuan kewangan kepada golongan ini bagi membolehkan mereka memperoleh kelayakan yang diperlukan untuk kejayaan masa depan," katanya.

Terdahulu, Jeanne dalam ucapannya berkata, Yayasan Canselor OUM sejak diwujudkan pada 2005 telah memberikan bantuan kewangan dan biasiswa berjumlah RM300,000 kepada 162 pelajar yang memerlukan.

''Yayasan ini turut memperuntukkan RM1.4 juta untuk memberi diskaun kepada orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang ingin melanjutkan pelajaran.

''Yayasan ini pada masa sama juga membelanjakan RM100,000 untuk menjalankan program-program perkhidmatan masyarakat," katanya.

Selari dengan pelancaran Yayasan Canselor OUM itu, sebuah lembaga pemegang amanah yang dipengerusikan oleh Azman ditubuhkan untuk menguruskan sumbangan-sumbangan yang diterima.

Setakat ini, sejumlah RM8 juta berjaya dikumpul melalui syarikat-syarikat korporat dan individu tertentu.

Jangan tolak permohonan usahawan

Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) diseru supaya tidak mengamalkan sikap diskriminasi dan menolak permohonan pembiayaan bagi projek-projek usahawan tempatan yang berpotensi berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, DFI merupakan institusi khas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan para usahawan.

Beliau berkata, keperluan usahawan meliputi penyusunan dan penstrukturan semula kemudahan kredit sedia ada bagi mengurangkan beban kewangan perlu dilayan.

''DFI perlu memberi lebih fleksibiliti dan berbincang dengan pelanggan masing- masing untuk menstruktur kemudahan pembiayaan sedia ada mereka,'' katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Penasihat kepad Kementerian Kewangan, Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail yang mewakili Nor Yakcop pada majlis perasmian Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DFI, di sini hari ini.

Selain itu, Nor Yakcop berharap DFI dapat mengadaptasi amalan kerja terbaik daripada bank swasta seperti dalam aspek tadbir urus korporat dan ketepatan modal.

''Sekiranya DFI menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sama seperti bank swasta maka tujuan awal penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan bagi agenda pembangunan negara akan terbantut.

''Fungsi lain DFI juga adalah menyediakan kemudahan pembiayaan yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan swasta,'' jelasnya.

Selain itu, Nor Yakcop menggesa DFI memberi penekanan kepada golongan usahawan daripada industri kecil dan sederhana kerana kumpulan tersebut merupakan segmen terpenting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, selain membantu kumpulan berkenaan daripada aspek pembiayaan, IKS juga boleh dibantu daripada sudut menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan sebagai usaha menjadikan mereka lebih bersedia dan berdaya saing menghadapi persekitaran ekonomi yang lebih mencabar.

''Pengurusan risiko juga adalah perkara penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu lebih kukuh menghadapi sebarang cabaran pada masa depan, oleh itu, FDI boleh membantu usahawan IKS untuk mengamalkan pengurusan risiko bagi meneruskan perniagaan mereka untuk jangka panjang,'' terang beliau.

Satu bilion lagi unit ASW ditawar mulai hari khamis

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Khamis ini, akan mula menawarkan jualan tambahan satu bilion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), dana amanah yang popular di kalangan bukan bumiputera.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, unit-unit baru itu akan dijual pada pukul 8 pagi di 10 pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan 1,627 cawangan ejen ASNB seluruh negara.

ASW 2020 yang merupakan dana pendapatan berharga tetap RM1 seunit dijual kepada semua rakyat negara ini tertakluk kuota 51 peratus kepada golongan bumiputera manakala bakinya kepada bukan bumiputera.

''Bagi memastikan penyertaan yang saksama, had pelaburan maksimum sebanyak 10,000 unit akan dikenakan bagi setiap akaun dalam tempoh tawaran bermula 27 November hingga 3 Disember ini. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, had pelaburan maksimum akan dihapuskan,'' kata Hamad Kama Piah dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Penjualan itu adalah penambahan unit kali keenam sejak pelancarannya pada 28 Ogos 1996, sekali gus meningkatkan saiz dana ASW 2020 kepada 10.42 bilion berbanding 9.42 bilion sebelum ini.

Dana ASW 2020 adalah paling besar saiznya di kalangan lapan dana unit amanah milik PNB, boleh dilanggani oleh rakyat Malaysia yang berusia enam bulan ke atas.

Dana itu juga pernah mencatat sejarah dalam industri unit amanah negara apabila kuota langganan pelabur bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit pada 1 September 2006.

Pada ketika itu, firma pelaburan terbesar negara itu menawarkan jualan unit ASW 2020 sebanyak satu bilion unit.

Hamad Kama Piah menjelaskan, penambahan unit dibuat semula pada tahun ini sebagai usaha memberi peluang kepada pelabur yang tidak berkesempatan melanggan saham amanah berkenaan sebelum ini.

Pada September tahun lalu, ASW 2020 telah ditambah sebanyak dua bilion unit baru dengan had langganan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pelabur.

Pada Mac lalu pula, PNB telah membuat penambahan unit Dana ASW 2020 sebanyak satu bilion unit lagi tetapi mengenakan had langganan maksimum berjumlah 50,000 unit setiap seorang.

Hamad Kama Piah yakin melalui strategi mengehadkan pembelian unit saham amanah sehingga 10,000 unit untuk satu akaun sahaja kini, akan meluaskan lagi peluang pelaburan kepada lebih ramai pelabur.

''Kami tidak menjangkakan sebarang rekod jualan dicatat kali ini seperti mana berlaku pada tahun lalu tetapi apa yang penting, terdapat penyertaan pelabur yang menyeluruh,'' katanya.

Beliau menjelaskan, pelabur yang layak juga boleh melabur dalam ASW 2020 melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Sejak ia dilancarkan, purata pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 adalah 7.74 sen seunit.

Ancaman lanun di Teluk Aden perlu dihapus

KESEDIAAN Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan cadangan Malaysia berhubung penubuhan pasukan pengaman tentera laut bagi menangani masalah ancaman lanun bersenjata di sekitar Teluk Aden berhampiran Somalia, sewajarnya dihargai. Masalah lanun di perairan itu kini semakin membimbangkan, malah sepanjang tahun ini 95 serangan lanun dilaporkan membabitkan 39 kapal ditawan dan dijadikan tebusan. Tindakan itu menyebabkan kerugian besar kepada syarikat perkapalan dan pemilik kapal individu kerana terpaksa membayar wang tebusan jutaan dolar Amerika Syarikat (AS) bagi pembebasan kapal dan anak kapal. Terbaru, kumpulan lanun bersenjata itu merampas dan menahan kapal tangki minyak Sirius Star milik Arab Saudi yang membawa kira-kira dua juta tong minyak dan menuntut wang tebusan RM52 juta. Sebelum ini, dua kapal tangki milik Malaysia turut ditawan dan dibebaskan selepas sejumlah wang tebusan dibayar kepada penjenayah terbabit.

Pembabitan pasukan pengaman tentera laut pelbagai negara jika diluluskan dijangka memberi tekanan kepada lanun berkenaan yang beroperasi di sepanjang 3,000 kilometer perairan Somalia. Ia menjadi laluan kira-kira 20 kapal tangki dan ratusan kapal komersial dan persendirian lain setiap hari untuk keluar masuk melalui Terusan Suez. Namun tugas itu bukan mudah kerana memerlukan kos dan aset tentera yang tinggi berikutan kawasan perairan yang luas. Malah, tindakan lanun merampas kapal berkenaan kira-kira 450 kilometer dari pantai Somalia, turut mencetuskan kehairanan mengenai kecanggihan peralatan bot yang dimiliki, sedangkan kawasan perairan itu dikawal dan dipantau kapal perang kuasa besar, termasuk AS dan Russia. Ini menunjukkan wang tebusan yang dibayar digunakan lanun untuk meningkatkan keupayaan mereka beroperasi. Berikutan itu, dilaporkan pemilik kapal tangki dan persatuan perkapalan seluruh dunia mengesyorkan supaya tindakan segera diambil termasuk mengadakan sekatan tentera laut antarabangsa di sepanjang pesisiran pantai Somalia bagi menyekat bot lanun keluar di perairannya.

Bagi kita, langkah segera Majlis Keselamatan PBB membincangkan secara terperinci cadangan Malaysia itu mampu memberi tekanan kepada kumpulan terbabit. Dalam pada itu, PBB juga perlu segera menyelesaikan konflik dan perang saudara yang melanda Somalia sejak sekian lama bagi meredakan operasi kumpulan bersenjata, termasuk lanun. Somalia yang bergolak menyebabkan rakyat menderita dan sanggup melakukan apa saja untuk meneruskan hidup. Pengalaman ancaman lanun di Selat Melaka boleh dijadikan contoh, selepas Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berdamai dengan pemerintah Indonesia sehingga tiada lagi ancaman di selat terpanjang di dunia itu.

It’s RM499 to fly to London on AirAsia X



It’s £99 or RM499 one-way – that’s the much-awaited opening fare of AirAsia X’s latest London Stansted – Kuala Lumpur route.

And AirAsia Group CEO Datuk Seri Tony Fernandes has pledged to knock down the price to as low as £49 (RM271) once they increase the flight frequencies.

Saying it would be “cool” to take a £50 note and buy a seat to Kuala Lumpur, he said there was no reason why they could not do it.

“Volume is the key. If we can find the plane and get two or three flights a day, I guarantee you £49 will be a reality,” he told Malaysian journalists after the sales launch of the latest route at London’s County Hall yesterday.

Even with the £99 fare, it’s still cheaper to fly from London to Kuala Lumpur than to take a Black Cab from the city to Stansted Airport, which costs about £110 (RM610) one way!

Malaysians flying to London will also pay RM499 for the return flight while travellers from London going to KLIA will pay £99 (RM541) for the return ticket.

Online bookings opened at 8pm Tuesday (Malaysian time) for the five-times-a-week direct flights which will be for the travel period between March 11 and Oct 24.

Fares start from as low as £99 (RM499) for economy seats and £549 (RM1,999) for XL seats – inclusive of airport taxes and charges.

The latest flights will use Airbus A340 planes which will have 286 economy and 30 premium seats.

Fernandes said his next step would be to increase the five times weekly flights to daily and even two or three times a day.

“The London-Kuala Lumpur route is the realisation of a long-held ambition to open up affordable access between Malaysia and Europe for both the Asean and European communities,” he said.

AirAsia X CEO Azran Osman Rani described the London route as a significant achievement, allowing those who had always wanted to travel between Europe and Asean to achieve their dream at an affordable price.

Stansted Airport’s commercial and development director Nick Barton, who finalised discussions with AirAsia X, hailed the launch as a major milestone for low-cost, long-haul air travel around the world.

The latest route is the first step for AirAsia to realise its European aspirations and boost Kuala Lumpur as the regional aviation hub and gateway into Asean, China and Australia.

Stansted is Britain’s third busiest airport, with 22.8 million passengers passing through and many leading low-cost airlines making it their base.

Ministry watching blogs playing up controversies

The Home Ministry is monitoring blogs to check if bloggers are posting comments that confuse the people on controversial issues.

At the moment, Deputy Home Minister Datuk Chor Chee Heung said the ministry was merely advising bloggers against the misuse of blogs.

“So far, we are only telling them not to use their blogs as a mechanism to confuse people or as a weapon against those they don’t like.”

Chor said this yesterday when asked about bloggers posting comments on the National Fatwa Council’s edict banning Muslims from practising yoga.

“However, if the comments are deemed as posing a threat to the public security, we will view them seriously,” he said, adding it would be left to the minister to act on such cases.

“The ministry is always monitoring developments in the blogosphere,” Chor said after the launch of the National Anti-Drug Agency’s new programme, Rakan Anti-Dadah (Rada) to eradicate drug abuse, here yesterday.

He said the use of amphetamine-type stimulant (ATS) drugs particularly Ecstacy and syabu among youths, had increased with 12.69% having used such designer drugs between January and August this year compared to 9.85% during the corresponding period last year.

“Demand for ATS drugs is high among youths despite its cost. This is because they are easily available and easy to carry,” he said.

20081125

Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan

Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak.

''Majlis Ekonomi Negara akan bermesyuarat dan membincangkan konsep yang perlu dibuat dalam keadaan penurunan harga minyak dunia kini.

''Kita akan bincang, sama ada hendak menggunakan kaedah harga lantai (minimum) atau terus mengekalkan keadaan sekarang yang bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia,'' jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Pejabat Harta Intelek ASEAN Ke-5 di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang berakhir esok itu akan membincangkan pandangan mengenai pengalaman dan cara mengaplikasi teknologi dalam aplikasi paten negara di kalangan wakil dari negara ASEAN sendiri.

Kata Shahrir, majlis itu juga akan mengkaji kebaikan dan keburukan setiap kaedah yang dibentang termasuk kesan membangunkan sumber tenaga alternatif.

''Pada harga sekarang, kerajaan akan ada sumber kewangan. Kalau kita adakan harga lantai dan harga minyak turun, perbezaannya akan masuk ke dana kerajaan, bukan kepada syarikat atau stesen minyak,'' ujarnya.

Kepada satu soalan berapa harga lantai yang akan ditetapkan sekiranya kaedah tersebut dipilih oleh Majlis Ekonomi, Shahrir berkata, ia akan diperhalusi dalam mesyuarat tersebut.

''Jika kita letak harga lantai, apa parasnya? Serendah mana? Adakah RM1.90 seliter atau RM1.60 seliter?

''Kita masih belum tetapkan apa-apa. Mungkin juga terus gunakan sistem pengapungan secara terurus iaitu apabila harga global turun kita turun, apabila naik kita naikkan semula harga minyak,'' katanya.

Dalam pada itu, Shahrir tetap enggan mendedahkan tarikh sebenar harga minyak akan turun lagi, yang dikatakan menjelang akhir bulan ini.

''Saya hanya boleh kata harga baru akan diumum pada akhir bulan. Itu sahaja,'' jelasnya.

Harga minyak di pasaran dunia merudum kepada AS$50 setong daripada paras tertinggi AS$147 setong pada bulan Julai lalu. Ia merupakan harga terendah dalam tempoh tiga tahun.

Harga petrol ketika ini adalah RM2 seliter, selepas mengalami lima kali penurunan sejak kenaikan mendadak daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter pada 5 Jun lalu.

Pendapatan ASN 3 tujuh sen seunit



Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) sebanyak tujuh sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2008.

Jumlah itu menyusut satu sen berbanding tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, seramai 10,511 pemegang unit telah melanggan 112.91 juta unit amanah yang diuruskan oleh anak syarikat PNB, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) sehingga Jumaat lalu.

Beliau berkata, sejumlah RM7.90 juta diperuntukkan bagi pembayaran pengagihan pendapatan dana yang harganya bergerak mengikut pasaran dan dibuka pelaburannya kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Ahmad Sarji menjelaskan, jumlah pembayaran pengagihan pendapatan meningkat sebanyak 13.18 peratus pada tahun ini berbanding sebanyak RM6.98 juta pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata: ''Dengan peruntukan itu, kadar pengagihan pendapatan bagi tahun ini adalah berjumlah tujuh sen seunit.

''Berdasarkan nilai aset bersih (NAB) ASN 3 pada 21 November 2008 iaitu RM0.943 seunit, kadar hasil pengagihan pendapatan pemegang unit itu adalah bersamaan 8.04 peratus,'' kata beliau semasa mengumumkan pengagihan pendapatan saham amanah itu, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASN 3 yang merupakan Dana Imbang telah dilancarkan pada 16 Oktober 2001 dengan sasaran menjana pertumbuhan dalam tempoh sederhana dan jangka panjang melalui pelaburan dalam portfolio yang seimbang serta menerusi pelaburan semula pengagihan pendapatan.

Ahmad Sarji menjelaskan sehingga 21 November 2008, dana ASN 3 telah memperoleh pendapatan kasar RM7.07 juta iaitu penurunan sebanyak 21.01 peratus berbanding RM8.95 juta yang diperoleh bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2007.

Pendapatan daripada penjualan pelaburan menyumbang sebanyak RM2.76 juta, pendapatan dividen sebanyak RM2.57 juta manakala lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM1.74 juta daripada pendapatan kasar.

Katanya: ''Tahun 2008 adalah tempoh kewangan yang mencabar bagi pengurus pelaburan ASN 3 apabila pasaran saham mengalami penurunan mendadak berikutan krisis kewangan global yang menyaksikan beberapa ekonomi negara utama dunia berada di ambang kemelesetan.

''Pasaran saham negara juga tidak terkecuali menerima kesan kemelut itu apabila sehingga 21 November baru-baru ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mengalami penurunan sebanyak 37.95 peratus,'' jelas Ahmad Sarji.

Beliau berkata, pengiraan agihan pendapatan akan dibuat berdasarkan pegangan unit sehingga 30 November, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN 3.

Katanya, pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dalam bentuk unit baru secara automatik berdasarkan kepada NAB pada 30 November ini.

Bagi mereka yang melanggan unit- unit ASN 3 melalui skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing.

''Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN 3 masing-masing di ibu pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Disember,'' kata beliau sambil menambah semua urus niaga kini ditangguhkan bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan.



488 juta lagi unit ASD


Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini menawarkan jualan sebanyak 488 juta unit tambahan Amanah Saham Didik (ASD), sekali gus meningkatkan saiz dana itu kepada tiga bilion unit.

Ini adalah penambahan kedua terbesar bagi unit-unit terbaru saham amanah tersebut sejak ia dilancarkan pada 20 April 2001.

Penambahan unit ASD itu adalah kali kelapan sejak pertama kali dilakukan pada 2002 melibatkan 200 juta unit, sebelum ditambah lagi 200 juta unit pada 2004, 500 juta unit (2005) dan 300 juta unit (2006).

Pada 2007, penambahan dilakukan dua kali, masing-masing sebanyak 200 juta unit pada Julai dan 300 juta unit pada November manakala pada 2008 pula, penambahan unit baru saham amanah itu adalah pada Julai melibatkan sebanyak 200 juta unit.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, saiz dana ASD sejak ia diperkenalkan sebelum ini berjumlah 2.512 bilion unit.

ASD disasarkan kepada bumiputera yang ingin melabur bagi tujuan pembiayaan pendidikan dan pelaburannya dibuka kepada pelabur bumiputera yang berusia enam bulan ke atas.

Hamad Kama Piah berkata, melalui penambahan unit baru tersebut, ramai rakyat negara ini berpeluang memiliki unit amanah yang ditawarkan itu.

‘‘Kami yakin ia akan menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelabur memandangkan pencapaian jualannya pada masa lalu,’’ katanya selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008, ASD dana pertumbuhan berharga tetap itu mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak tujuh sen seunit.

Sejak dilancarkan, purata pengagihan pendapatan dana berkenaan adalah 7.4 sen seunit.

Hamad Kama Piah juga berkata, pihaknya akan menambah unit baru dalam tiga lagi dana unit amanah minggu ini, sekali gus menjadikan saiz dana miliknya mencecah 80 bilion unit menjelang akhir tahun ini.

Sehingga April tahun ini, jumlah dana unit amanah yang diurus oleh PNB telah mencecah kepada 76.7 bilion unit bernilai RM120 bilion berbanding 540 juta unit sahaja pada 1981 ketika ia ditubuhkan.

Ditanya mengenai cadangan parti MIC supaya diadakan mekanisme di bawah PNB untuk meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan kaum India di negara ini, beliau berkata, ia masih lagi dalam perbincangan.

‘‘Kami masih berunding, sebarang keputusan akan dimaklumkan oleh pihak atasan (kerajaan), kami (PNB) tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang mendahului pihak lain,’’ jelasnya.

Baru-baru ini, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, mekanisme khas itu akan menggunakan model yang serupa seperti digunakan untuk membantu bumiputera.

Menurut Samy Vellu, perkara itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan

Sarawak: 50,000 tan beras akan sampai hujung bulan

Sejumlah 50,000 tan beras 15 peratus hancur dijangka akan sampai ke Sarawak selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menampung kekurangan stok syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di sini.

Ketua Pegawai Operasi Bernas Sabah dan Sarawak, Mohd Kamaluddin Affendi, berkata pihaknya menghadapi masalah dengan pengimport menyebabkan bekalan lambat sampai bagaimanapun beras subsidi dari Thailand dan Vietnam dijangka akan sampai tidak lama lagi.

Katanya, pihaknya memang mengakui berhadapan kekurangan stok beras 15 peratus hancur dengan jumlah sedia ada hanya mampu menampung keperluan bagi tempoh antara seminggu ke dua minggu sahaja.



"Sekiranya masalah kekurang beras masih berlaku selepas ini, Bernas akan meminta kebenaran dari Kerajaan bagi menukarkan gred beras lebih tinggi kepada gred 15 peratus bagi menampung keperluannya di pasaran.

"Sehingga kini stok beras selain gred 15 peratus di Sarawak masih boleh menampung keperluan bagi tempoh enam bulan. Hanya di Sibu kita terpaksa berhadapan masalah kekurangan bekalan gred 15 peratus," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Difahamkan, beras 15 peratus masih boleh didapati di kedai sekitar Kuching, Bintulu dan Miri dengan masalah di Sibu timbul akibat kelewatan bekalan beras tambahan sampai ke daerah itu.

Mengulas mengenai gesaan Ahli Persatuan Pemborong Beras Sibu (PPBS) agar Bernas menyelesaikan masalah kekurangan stok beras, Kamaluddin berkata, pihaknya mempunyai jadual penghantaran yang perlu dipatuhi dengan masalah di Sibu di luar jangkaan.

"Jumlah 50,000 yang dijanjikan Kerajaan bagaimanapun perlu dibahagikan mengikut keperluan antara penduduk di Sabah dan Sarawak dengan kita tidak mempunyai cadangan meningkatkan jumlahnya.

Bank Negara turun kadar faedah 0.25 peratus

Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah tempatan sebanyak 0.25 peratus dalam usahanya merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara dalam mesyuaratnya semalam memutuskan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bank pusat itu kepada 3.25 peratus daripada 3.5 peratus.

OPR adalah penanda aras yang digunakan bank di negara ini untuk menetapkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing dan penurunan itu bakal mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar peminjam.

Kadar purata BLR yang dikenakan bank di negara ini kini adalah 6.72 peratus.

Sementara itu, MPC Bank Negara juga mengurangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) bank daripada empat peratus kepada 3.5 peratus berkuat kuasa 1 Disember ini.

Langkah itu akan meningkatkan lagi kemampuan bank tempatan menyalurkan pinjaman kerana ia bakal mengurangkan jumlah dana (daripada peratusan jumlah depositnya) yang perlu disimpan oleh bank di negara ini di Bank Negara.

Bank Negara dalam kenyataannya berkata penurunan kadar faedah dibuat memandangkan risiko pertumbuhan ekonomi lebih rendah serta tekanan inflasi yang semakin berkurangan.

"Walaupun permintaan domestik masih mampan, wujud tanda aktiviti sektor swasta akan menjadi perlahan dalam keadaan pasaran pekerja serta persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.

"Dalam keadaan begini, langkah mengekalkan permintaan dalam negara adalah penting bagi memastikan pertumbuhan 2009 kekal positif," katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusannya, Bank Negara berkata prospek pertumbuhan ekonomi global terus terjejas dan beberapa negara maju sudah mengalami kemelesetan susulan keadaan buruk sistem kewangan masing-masing.

"Kemerosotan permintaan global yang ketara, kejatuhan harga komoditi yang besar dan penurunan harga ekuiti yang nyata memberi tekanan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi serantau.

"Dalam persekitaran itu, inflasi global mula menurun dan keadaan ini dijangka berterusan dan ia mendorong pihak berkuasa menyediakan sokongan kecairan secara besar-besaran kepada pasaran kewangan dan mengambil langkah rangsangan fiskal dan pelonggaran dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi," katanya.

20081124

Sukar turun harga barang lebih cepat

Harga barang keperluan tidak dapat diturunkan lebih cepat seperti harga minyak yang turun lima kali setakat ini kerana harganya dipengaruhi pelbagai faktor.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata tidak seperti harga minyak yang ditentukan pasaran dunia semata-mata, harga barang ditentukan pelbagai faktor yang berbeza.

Shahrir berkata, kementerian menjalankan pemantauan dan carta harga barang pasar raya setiap hari membabitkan semua bandar di seluruh negara.

Beliau berkata, carta harga barang itu boleh didapati di laman web kementerian bagi membolehkan orang ramai sendiri membuat perbandingan.

Katanya, tarif elektrik juga tidak mencatatkan penurunan kerana penjanaan elektrik bukan membabitkan penggunaan minyak, sebaliknya menggunakan gas asli dan arang batu.

Katanya, sebahagian besar penjana elektrik di Semenanjung menggunakan gas asli dan arang batu, manakala penjana elektrik di Sabah menggunakan diesel.

Sehubungan itu, katanya, penurunan harga minyak dunia tidak membawa kepada penurunan gas asli dan arang batu menyebabkan tarif bekalan elektrik tidak dapat dikurangkan.

Sarawak: Internet percuma dimansuh 2009

Penggunaan internet jalur lebar secara percuma yang diperkenalkan kepada penduduk Miri sejak dua tahun lalu akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin, berkata mulai tahun hadapan pengguna internet jalur lebar akan dikenakan bayaran seperti pengguna yang lain.

Katanya, individu yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan akan dikenakan bayaran yang akan ditentukan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC).

Kita tidak boleh berikan perkhidmatan berkenaan secara percuma untuk sekian lama. Lagipun, tempoh yang diberikan berkenaan sudah mencukupi.

"MCMC sedang membuat tinjuan dan mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai kadar bayaran yang sesuai dikenakan penguna mulai tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bandaraya Miri, sebelum ini dipilih kerajaan menjadi lokasi projek perintis internet jalur lebar kebangsaan.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin berkata, seramai 33,249 penduduk di negeri ini mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan itu sejak ia mula diperkenalkan sehingga sekarang.

Beliau yakin jumlah itu akan terus meningkat kepada 40,000 orang sehingga hujung tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, syarikat yang dipertanggungjawab bagi menyedia dan membekalkan kemudahan itu akan berusaha memperluaskan liputan pengunaan jalur lebar ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata, sebanyak 10.5 peratus kawasan kediaman di negeri ini sekarang sudahpun boleh mengekses kemudahan internet berkenaan.

Katanya, adalah menjadi matlamat kerajaan mahukan lebih banyak kawasan di negeri ini termasuk di luar bandar mampu menggunakan kemudahan itu.

"Kita mahu penduduk Sarawak dapat terus berhubung dan mendapatkan maklumat menerusi internet tanpa mengira lokasi," katanya.

Beliau berkata, dua syarikat yang dipertanggungjawab menyediakan kemudahan itu iaitu Danawa Sdn Bhd dan Sacofa Sdn Bhd.

Katanya, kedua-dua syarikat berkenaan akan bertanggungjawab membekalkan alat penerimaan jalur lebar untuk individu atau syarikat yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan.

20081123

Ekonomi : Kadar inflasi 7.6 peratus

21 Nov. 2008 - Kadar inflasi Malaysia menurun kepada 7.6 peratus pada Oktober dengan pengurangan dalam harga petrol dan diesel, adalah antara faktor penyumbang, kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini.

Harga petrol dan diesel telah dikurangkan buat kali ketiga oleh kerajaan pada 15 Oktober.

Pada September, kadar inflasi menurun kepada 8.2 peratus daripada tahap tertinggi untuk tempoh 26 tahun iaitu pada 8.5 peratus pada Ogos, dengan potongan harga bahan api juga menjadi penyumbang.

Berbanding bulan yang sama tahun lepas, Oktober menyaksikan indeks bagi makanan dan minuman tanpa alkohol meningkat sebanyak 12.1 peratus manakala indeks bagi item bukan makanan bertambah sebanyak 5.5 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan tinggi dicatatkan bagi pengangkutan yang menokok 13.9 peratus apabila dibandingkan dengan bulan yang sama pada 2007.

Apabila dibandingkan dengan September tahun ini, Indeks Harga Pengguna merosot sebanyak 0.4 peratus, kata Jabatan.

Bagi tempoh Januari - Oktober, katanya makanan dan minuman tanpa alkohol merekodkan peningkatan 8.5 peratus dan item bukan makanan naik 4.1 peratus.

- Bernama



Rizab BNM RM343.8 bilion


Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dicatatkan RM343.8 bilion (AS$99.7 bilion) sehingga 14 November lalu.

Rizab itu dicatatkan lebih rendah berbanding dengan RM345.5 bilion (AS$100.2 bilion) sehingga 31 Oktober, kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini.

BNM berkata, paras rizab itu turut mengambil kira penyelarasan suku tahunan pertambahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan mata wang utama berbanding ringgit semasa semakan semula pada akhir setiap suku tahun.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan merupakan 3.7 kali hutang luaran jangka pendek, katanya.

- Bernama

Petrol prices likely to come down by another 15 sen

Malaysians can look forward to another 15 sen cut in fuel price by the end of the month, bringing pump prices to a two-year low of RM1.85 per litre.

The lowest price the people paid for fuel prior to the recent escalating global oil prices was RM1.92 per litre in March 2006 before it was increased to RM2.70 per litre on June 5, this year.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said further reduction was “not impossible” judging from the decline in global prices for the commodity.

“Malaysians can expect good news and pay less for petrol. As it is, consumers have been paying unsubsidised petrol the past few days.

“But the Government will have to continue to subsidise diesel and gas so the money is channelled for these purposes,” he said after attending the ministry’s family day yesterday.

On Nov 18, the Government slashed prices of petrol and diesel by 15sen.

The current pump price for RON97 is RM2 per litre while RON92 is sold at RM1.90 per litre. Diesel is sold at RM1.90 per litre.

Shahrir said while Malaysians were now paying slightly more for fuel than the market price, the additional money paid by consumers went back to the Government’s coffers and did not increase revenue collected by petrol companies or stations.

“Even the Government is not making money from the difference. This is because we have paid RM15bil to date this year in subsidy and there are other things that continue to need subsidy.”

He said the decline in global oil prices reflected weakening in demand, which could also be dangerous as this showed that people were not spending and that economies were weak.

The minister said he had emphasised to traders time and again to bring down the price of goods as reasonably priced goods would create higher demand.

20081121

Pembangunan Modal Insan perlu jadi agenda utama Kementerian Pertahanan, kata Abdullah

Kementerian Pertahanan perlu menjadikan pelaburan dalam pembangunan modal insan sebagai salah satu agenda utama kementerian itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata pelaburan dalam modal insan bukan sahaja dapat menghasilkan warga kerja yang berilmu dan berfikiran strategik tetapi turut membentuk sumber manusia yang peka dengan perubahan semasa.

“Setiap warga kementerian baik awam ataupun tentera mestilah dilatih supaya memiliki kemahiran yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran semasa.

“Saya sedar membangunkan tenaga kerja yang relevan dengan peredaran semasa dunia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh kementerian Pertahanan pada masa kini,” katanya dalam teks ucapan beliau pada Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Integriti di kementerian itu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop. - Bernama

MTUC gesa kerajaan batal permit pekerja asing

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya segera membatalkan permit yang dikeluarkan kepada pekerja asing yang belum datang ke Malaysia sebagai langkah membantu pekerja tempatan yang hilang pekerjaan mendapatkan kerja lain.

Setiausaha Agungnya G. Rajasekaran berkata ketika ini kira-kira 1,000 pekerja asing yang baru masuk ke negara ini setiap hari.

Jika kerajaan dapat menghentikan pengaliran masuk pekerja asing maka langkah itu boleh menjana kira-kira 30,000 peluang pekerjaan setiap bulan, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menyifatkan aliran masuk pekerja asing adalah kerana wujudnya 277 agensi pekerja asing berlesen yang membawa masuk pekerja dengan jumlah besar dan tindakan itu memburukkan situasi pasaran kerja di negara ini.

Rajasekaran berkata krisis kewangan yang bermula di Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan kesan di negara ini.

Menurut Pelan Tindakan Negara Bagi Pengangguran yang diumumkan kerajaan semalam, kira-kira 190,000 hingga 270,000 peluang pekerjaan baru perlu diwujudkan setiap tahun untuk dua tahun akan datang.

Industri kecil dan sederhana akan menjadi tulang belakang dalam mewujudkan bilangan besar pekerjaan baru.

Bagaimanapun, oleh kerana Malaysia dijangka menerima tempias krisis kemelesatan ekonomi global, maka ada kemungkinan bilangan pekerjaan baru tidak mencukupi dan ekoran itu kadar pengangguran di Malaysia dijangka meningkat antara empat dan lima peratus berbanding 3.6 peratus pada masa ini.

— BERNAMA

75,000 salah guna visa ketibaan

Sebanyak 75,465 pelancong yang memegang Visa Waktu Ketibaan (VOA) atau 29.96 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan telah menyalahgunakan visa itu untuk tinggal lebih masa di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, pemegang VOA yang tinggal lebih masa terdiri daripada warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan, Hong Kong dan Taiwan.

“Kemudahan VOA telah berkuatkuasa sejak 1 September 2006 dan dari tarikh tersebut hingga 30 September 2008, sebanyak 251,908 VOA telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mohd. Hayati Othman (Pas-Pendang) mengenai jumlah pelancong yang diberi VOA dan jumlah yang menyalahgunakan kemudahan itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Chee Heung memberitahu, banyak masalah seperti tinggal lebih masa berbangkit dan oleh itu, kerajaan telah mengkaji semula untuk mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

Katanya, jika sebelum ini, tempoh sah laku VOA diberi sehingga 30 hari tetapi kini kerajaan memendekkan sehingga 14 hari.

‘‘Kerajaan juga telah menaikkan yuran proses permohonan daripada RM100 kepada RM330 dan semua pemegang VOA sebelum diluluskan harus mempunyai seorang penaja atau pun sebuah syarikat di sini yang boleh memberi jaminan bahawa selepas habis tempoh tinggal di negara ini, mereka akan balik ke negara asal,” jelas beliau.

Menurutnya, kerajaan juga telah memutuskan untuk tidak memberikan lagi kemudahan VOA kepada empat buah negara antaranya Afghanistan, India dan Pakistan berikutan terlalu ramai pemegang VOA dari negara itu tinggal lebih masa.

Jelas Chee Heung, pihak berkuasa turut menggandakan operasi di seluruh negara bagi mengesan warga asing yang tinggal tanpa permit.

Fakta

Sejak Visa Waktu Ketibaan (VOA) diperkenalkan pada 2006, jumlah yang dikeluarkan sehingga Jun 2008 ialah 208,451. Daripada jumlah itu, 68,238 disalahgunakan oleh pemegang untuk tinggal lebih lama daripada tempoh sepatutnya. Rakyat India paling ramai tinggal melebihi tempoh iaitu 35,912 orang diikuti Pakistan (13,014); Bangladesh (6,688), China (5,452) dan Sri Lanka (5,093).

20081120

Cuepacs desak rombak dasar perkhidmatan awam

Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak kerajaan merombak semula beberapa dasar perkhidmatan awam, termasuk mengkaji semula sistem penawaran kerja secara kontrak dalam usaha memberi sokongan moral kepada kakitangan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti kerja mereka.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihak kesatuan memohon supaya hampir 50,000 kakitangan awam yang kini berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan serta agensi kerajaan diberi status jawatan tetap.

Katanya, rata-rata kakitangan berkenaan berkhidmat melebihi 15 tahun dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar mengkaji balik perkara itu seterusnya menyerap mereka ke jawatan tetap.

“Hari ini kita bercakap soal integriti... soal sokongan moral kepada kakitangan awam... mengapa tidak kita serapkan kakitangan kontrak ini kepada jawatan tetap. Apabila keadaan ini berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian, itu yang menyebabkan mereka kecewa.

“Ini juga sedikit sebanyak menjejaskan mutu perkhidmatan awam kerana apabila kontrak mereka tamat dan diganti dengan orang lain... pihak berkenaan pula tidak memahami apakah kerja yang belum diselesaikan sebelum ini... perlu bermula dari awal... ini akan mengambil masa yang panjang,” katanya, semalam.

Omar berkata demikian ketika ditanya mengenai mutu perkhidmatan penjawat awam di negara ini menjadi tanda tanya apabila Biro Pengaduan Awam dan JPA terus menerima banyak aduan orang ramai mengenai hasil kerja mereka.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata paling membimbangkan jumlah aduan itu terus meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2005.

“Begitu juga dengan isu peperiksaan PTK... kita hanya minta kerajaan memansuhkannya bukan bertindak mengugut kerajaan... ini semua antara luahan kakitangan awam... ini kadang-kala menyebabkan mereka kecewa,” katanya.

Omar juga berkata, jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, anugerah khidmat cemerlang tidak perlu lagi diadakan kerana anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

'Guna kuasa beli boikot barang mahal'

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak mempunyai kuasa untuk memaksa peniaga dan pengusaha makanan menurunkan harga mereka walaupun harga minyak sudah diturunkan empat kali.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata ini kerana sesetengah barang bukan dalam senarai barang kawalan.

"Kita tidak dapat turunkan kecuali melalui usaha kita untuk menggerakkan mereka bagi bersama-sama menyertai kempen penurunan harga. Kempen itu pula adalah berdasarkan rasa tanggungjawab dan dilakukan sukarela.

"Jadi, pengguna perlu menggunakan kuasa beli dengan tidak membeli di premis yang menjual barangan dengan harga tinggi bagi menimbulkan kesedaran di kalangan peniaga," katanya menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Ahli Parlimen sama, beliau berkata, kementerian melantik 2,000 graduan sebagai Pegawai Pemantau Harga secara kontrak selama setahun mulai 1 Mac lalu untuk membuat pemantauan terhadap harga runcit barang keperluan pengguna setiap hari.

Katanya, Pegawai Pemantau Harga memantau lapan jenis barangan keperluan utama dan 350 jenis barang lain, terdiri daripada 127 barangan basah, 223 barangan runcit atau kering dan 20 barangan siap masak.

Beliau berkata, mereka juga mengemukakan laporan harga, analisis dan trend harga barang keperluan pada setiap minggu kepada Majlis Ekonomi Negara.

20081119

Harga barang tak turun jika tiada ketegasan

HARGA runcit petrol dan diesel sudah lima kali diturunkan sejak Ogos lalu dan kini menghampiri harga lama sebelum kenaikan harga komoditi itu pada peringkat global tahun lalu. Kerajaan turut mengurangkan harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus dan 10 peratus hancur, yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan itu dikawal Mei lalu. Namun, saban hari kita terus mendengar desakan pelbagai pihak, termasuk kerajaan supaya peniaga menurunkan harga barangan yang mereka jual seperti makanan dan minuman. Semakin turun harga minyak, semakin untung pengusaha dan peniaga kerana terus mengekalkan harga barangan mereka. Sesetengahnya, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berhasrat menganjurkan perhimpunan bagi memboikot peniaga liat yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang. Ramai pihak mungkin terlepas pandang dengan menyalahkan peniaga 100 peratus kerana gagal menurunkan harga. Sebenarnya, pihak terbabit seharusnya turut mensasarkan pembekal, pemborong dan pengilang dalam kempen untuk menurunkan harga barangan. Selagi golongan ini tidak menurunkan harga, agak sukar bagi peniaga yang mendapat bekalan barangan daripada mereka untuk berbuat demikian. Hanya pihak berkuasa boleh memantau dan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka ini, bukan orang ramai dan NGO yang mungkin setakat membuat desakan.

Jika diteliti rantaian perniagaan, daripada pengilang atau pembuat, pihak pertama yang menerima barangan siap ialah pengedar yang sah atau pengimport, mahupun pengeksport. Barangan ini kemudian berpindah ke gudang milik pemborong utama dan beralih lagi kepada pemborong atau pembekal kawasan sebelum sampai kepada peniaga runcit. Jika disiasat daripada peruncit ini, mereka akan mendakwa pemborong atau pembekal yang menentukan turun naik harga barang. Apakah ini benar atau alasan untuk melepaskan diri. Hal ini perlu kita berikan perhatian. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) misalnya boleh menyenaraikan barangan yang bukan barangan kawalan, periksa harga pada peringkat kilang dan pemborong bagi memastikan harganya berpatutan sebelum dibekalkan kepada peniaga. Pihak kementerian boleh mewujudkan pangkalan data yang menghimpunkan senarai harga barang keperluan semua pasar raya besar, pasar borong, pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara berdasarkan lokasi seperti bandar dan negeri. Mungkin elok rasanya kementerian memanggil pengilang dan pemborong untuk berdialog bagi mencari jalan bagaimana menurunkan harga barangan jualan mereka ke tahap munasabah, sejajar penurunan harga runcit bahan api supaya rakyat tidak dibebani harga yang tinggi.

Government not paying petrol subsidies


The Government has stopped paying petrol subsidies since the beginning of this month due to lower global oil prices, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said.

“The savings on petrol subsidies next year is expected to be more than RM10bil if oil prices remain stable,” he told reporters at the Parliament lobby yesterday.

Shahrir said that at US$65 (RM235) per barrel the Government would not be paying subsidies and that the focus now would be on deciding whether to set a floor price or figuring out a way for the Government to get some income from the sale of petrol.

“Even with petrol retailing at RM2 per litre, we are not paying any subsidy. We have actually arrived at a time when the price can return to RM1.92,” he said.

“In that context, we hope to be able to set a policy to address this when the National Eco­nomic Council meets next. There must be a decision made on what the floor price should be.”

Shahrir said that for six months from September 2001 to February 2002 the Govern­ment had collected taxes from the retail sale of petrol but had stopped that practice since then.

“Earlier announcements of how much the subsidies cost us, even as recent as 2005 or 2006, always included how much we had foregone in terms of taxes.

“We have stopped doing this, however, and just focused on how much subsidy we are paying,” Shahrir said, adding that the Government was now enjoying some revenue due to the difference in the ex-refinery price and the price oil companies sold petrol to station operators.

He added that the revenue being taken now was a form of tax that could max out at 60 sen per litre.

Shahrir also released information on the amount of fuel subsidies paid so far, which have amounted to RM15.57bil as at the end of October.

Fuel subsidies last year cost the Government RM16.18bil.

The fuel subsidies in October amounted to RM610mil, compared with RM2.99bil in May when oil prices peaked at over US$120 (RM432) per barrel.

20081118

Beras turun 20 sen hingga 30 sen

Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga baru itu mula diwartakan semalam.

“Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,” katanya.

Mustapa berkata berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.

“Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992),” katanya. - Bernama

Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai hari ini 18.11.2008

Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa hari ini 18 November 2008.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.



Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini.

Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu.

Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.

Fuel down by 15sen

Petrol and diesel will be sold 15sen cheaper per litre from Tuesday onwards following the Government’s decision to lower fuel prices in tandem with the downward trend of global oil prices.

The pump price of RON97 petrol will be RM2 a litre from RM2.15 while the retail price of RON92 petrol and diesel is RM1.90 a litre, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in a statement on Monday.

The new prices are effective from midnight Monday.

He said this is the fifth downward revision since August in honouring the Government’s promise to the people to lower fuel prices if oil prices dwindled in the world market.

Najib hoped traders would also lower prices of goods and services following the reduction in fuel prices to enable the people to reap the full benefits of cheaper fuel.

The people should continue to use petrol and diesel sparingly despite the lower price in line with the government’s efficient energy consumption plan, said Najib, who is also Finance Minister.

Fuel prices were last reduced on Nov 1. - Bernama

20081113

Sarawak: 2,060 murid Penan ikuti sesi pendidikan khas

Seramai 2,060 murid Penan dari enam sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak sudahpun menjalani sesi pendidikan khas dan mengikuti kokurikulum yang berbeza dengan sekolah lain, sejak Mac tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Profesional Perguruan) Jabatan Pelajaran Malaysia, Datin Asariah Mior Shaharudin, berkata bentuk pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar Penan itu sama dengan kaum Orang Asli di Semenanjung.

Beliau berkata, di Sarawak sesi pendidikan dan kokurikulum baru itu dikenali sebagai Kurikulum Asli-Penan, yang mana tenaga pengajar yang mengajar di sekolah berkenaan sudahpun menjalani latihan khusus.

"Ia termasuk pengetahuan mengenai cara hidup dan budaya kaum Penan di Sarawak. Pengetahuan asas berkenaan perlu bagi mengelakkan timbul salah faham antara guru dan ibu bapa Penan," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Persidangan Pedagogi Etnik Pribumi di sini, semalam.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat seramai 28,600 pelajar sekolah di kalangan masyarakat Orang Asli.

Asariah berkata, kebanyakan guru yang hantar ke sekolah Penan diberikan khusus khas terlebih dahulu sebelum ditugaskan di sekolah berkenaan.

Justeru, tidak timbul sebarang kepincangan dalam usaha kerajaan menyalurkan pendidikan yang setaraf dan dikehendaki pelajar di sekolah berkenaan.

Di samping itu katanya, jabatan itu akan memulakan satu kelas khas untuk kanak-kanak Penan termasuk ibu bapa mereka yang berminat mulai tahun ini.

Langkah itu bertujuan mendedahkan masyarakat Penan mengenai kepentingan pendidikan ke arah mengangkat martabat kaum berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, lebih banyak persidangan seperti itu perlu diadakan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat pribumi di seluruh negara.

Katanya, persidangan berkenaan dapat mencetuskan kesedaran di kalangan golongan sasaran supaya mengutamakan pendidikan anak mereka.

Sistem satelit pantau balak haram dilancar hari ini

Sistem baru pemantauan hutan menggunakan remote sensing (FMRS) membabitkan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung dangan Pusat Remote Sensing Negara (Macres), dilancarkan hari ini.

Pelancarannya dilakukan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini.

Menerusi FMRS, pihak berkuasa berupaya mengesan kawasan pembalakan haram menggunakan satelit dengan resolusi 2.5 meter pada ketinggian atas darat.

Ia sejajar dengan matlamat kementerian mencapai 'sifar pembakalan haram'.

Major crackdown ordered against illegal job agencies

A major crackdown has been ordered against illegal job agencies hiring Sabahans to work in Singapore where thousands end up being cheated.

The order to the state Manpower Department came from Human Resources Minister Datuk Dr S Subramaniam who expressed surprise over the numerous advertisements placed by agencies in local newspapers when there was only one licensed employment agency in the state.

He acknowledged that there were 2,400 cases of Malaysian workers complaining of being cheated in Singapore and 85 of them were Sabahans and Sarawakians.

The common complaint was that they were not given jobs as advertised or their salaries or wages were lower than what was promised to them, Dr Subramaniam said after meeting state Manpower Department officials here.

He said the department should immediately investigate illegal employment agencies by contacting the telephone numbers stated in the job advertisements.

“We are in the process of taking legal action against two illegal agencies in Sabah based on the complaints we received,” Dr Subramaniam said Thursday, adding that last year, the department had taken officials of five illegal job agencies operating in the peninsula to court.

He declined to identify the only licensed job agency allowed to operate in Sabah, but advised job seekers to check with the Manpower Department before taking up any offers.

He said many Sabahans and Sarawakians were also unaware that they should report to the Malaysian Embassy when they start work in Singapore.

There are currently some 500,000 Malaysian workers in Singapore and of these, 150,000 commute daily between the island republic and Johor, he said.

It is understood that for more than two decades, employment agencies have been freely placing advertisements and putting up banners especially in rural areas with promises of lucrative salaries and other perks to work in Singapore.

20081112

ISU & PANDANGAN : Banyak peniaga masih tidak peduli turunkan harga

APABILA kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol, maka para peniaga tidak kira di sektor mana sekali pun akan berlumba-lumba menaikkan harga barangan mereka.

Bagaimanapun tiada pula langkah segera menurunkan harga barang dilakukan selepas kerajaan menguatkuasakan penurunan harga minyak yang sehingga kini telah memasuki fasa keempat.

Senario itu memperlihatkan betapa golongan peniaga hanya mementingkan keuntungan dan mengetepikan tanggungjawab sosial sekali gus meminggirkan nasib pengguna.

Laba yang dikejar oleh para peniaga mendorong mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menentukan harga di pasaran kecuali bagi barangan yang dikawal harganya oleh kerajaan.

Seolah-olah para peniaga terlepas daripada tanggungjawab sosial sedangkan dalam konsep perniagaan itu sendiri ada elemen amanah serta jujur yang sekali gus menidakkan langkah meraih keuntungan keterlaluan.

Kegagalan memelihara prinsip asas perniagaan menyebabkan keluhan pengguna tentang harga barang yang melambung tidak pernah terhenti dan pada masa yang sama para peniaga memekakkan telinga dan terus bertindak menaikkan harga barangan keperluan.

Bagaimanapun persetujuan dua pengusaha restoran untuk menurunkan harga nasi kandar, roti canai dan teh tarik kelmarin menunjukkan masih ada peniaga yang 'berhati perut'.

Kita percaya tindakan menurunkan harga nasi kandar sebanyak 20 sen sepinggan manakala 10 sen bagi sekeping roti canai tidak akan mendatangkan kerugian kepada pengusaha restoran yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) itu.

Tentunya masih ada keuntungan yang bakal diraih oleh pengusaha restoran berkenaan biar pun tidak selumayan jika mereka mengekalkan harga asal, sebab itu mereka tampil menyahut saranan kerajaan.

Namun selepas empat kali harga minyak diturunkan dan hanya dua persatuan pengusaha restoran bersetuju menurunkan harga cukup memberi gambaran bahawa saranan kerajaan tidak dipedulikan oleh para peniaga.

Sambutan yang tidak memberangsangkan itu sewajarnya menjadi teladan kepada kerajaan tentang ketamakan para peniaga justeru usaha bersungguh-sungguh untuk mengenakan tindakan kepada kumpulan tersebut mesti dilaksanakan.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia yang Malaysia turut terkena tempiasnya, para peniaga sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sosial dengan cara tidak menekan pengguna.

Perlu diakui, keberanian para peniaga bertindak menaikkan harga antaranya didorong oleh kegagalan pihak penguat kuasa melaksanakan tugas memantau ketamakan golongan tersebut meraih keuntungan secara berlebihan.

Kegagalan itu yang mesti segera ditangani supaya para peniaga tahu dan sedar bahawa ini bukan masanya untuk mereka menekan pengguna sehingga menimbulkan ketidakseimbangan dalam ekonomi domestik.

Elaun guru tadika agama naik 100 peratus

Elaun guru tadika agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dinaikkan lebih daripada 100 peratus mulai 1 Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan elaun guru tadika agama yang tidak pernah dinaikkan selama 22 tahun.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberitahu, elaun guru tadika agama sekarang ialah RM500 sebulan manakala elaun guru besar tadika agama ialah RM542.

- Utusan

Sarawak: Polis tahan 2,271 penagih, pengedar

SERAMAI 2,271 pesalah ditangkap mengikut Akta Dadah Berbahaya dalam operasi Unit Antinarkotik Polis Sarawak dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding 2,080 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jumlah penagih dadah di Sarawak berkurangan daripada 181 kes bagi tempoh Januari hingga Julai 2007 kepada hanya 35 kes bagi tempoh sama tahun ini. Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk Sri William Mawan Ikom, berkata secara umumnya masalah penyalahgunaan dadah di Sarawak adalah terkawal.

Katanya, Pemadam Sarawak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Unit Antinarkotik Polis Sarawak dan Jabatan Pelajaran sudah merancang mengadakan 97 aktiviti untuk tahun depan.

"Aktiviti dijangka memberi manfaat kepada sejumlah 97,000 peserta meliputi pelajar, guru, belia, ibu bapa, pemimpin masyarakat, golongan profesional dan kakitangan awam," katanya ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengenai aktiviti kesenian kementeriannya, sejumlah 10,000 peserta mengikuti Kursus Seni Tari Etnik, Seni Muzik Moden dan Tradisional, Teater atau Seni Lakon dan Festival Seni Tari, dengan kos keseluruhannya berjumlah RM2.4 juta.

AirAsia does away with fuel fees on all flights

Passengers on AirAsia and AirAsia X flights will no longer have to pay a fuel surcharge for both local and international flights.

AirAsia Bhd group chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes said with the move – effective midnight yesterday – passengers need only pay the fare, airport tax and administrative fee.

AirAsia becomes the first airline in the world to do away with the fuel surcharge for all its flights.
Previously, passengers paid an average of RM47.

Fernandes, however, added that he could not guarantee that the airline would not reimpose the surcharge should world fuel prices skyrocket again.

“I would be crazy to say I’ll never impose a fuel surcharge. But we will resist for as long as we can.”

The check-in baggage handling fee, however, would remain. “We imposed that (in April) for three reasons – fuel prices, to limit luggage, and to be more environmentally friendly.
The lighter the plane, the less emissions there will be,” he said.

Fernandes also announced that beginning today, the airline would be offering 500,000 free seats covering all its destinations.

The booking period is until Sunday, and the travel period is from June 22 to Oct 24 next year.

“There are two ways to deal with a slow economy. You’ve got to give more value, and you’ve got to stimulate people to travel. That’s what we’re doing now,” he said.

Asked how the he planned to deal with the impact of the fuel surcharge removal, he replied:

“Higher load factor and newer initiatives to increase our revenue will help cover it. We’re keeping our 76% load factor, while adding 20% more seats. We’ll also look at other ways of increasing revenue.”

Also present at the announcement was Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad, who applauded AirAsia’s move.

In an immediate reaction, Malaysia Airlines (MAS) senior general manager (sales) Datuk Bernard Francis said MAS had already reduced its fuel surcharge by 50%-73%.

“Our sales surged by 400%. We are looking at reducing the surcharge further to give customers what they want – low fare plus five-star products and services,” he said in a statement.

He added that what was special about its promotion was that passengers could travel almost immediately.

20081111

RM100,000 fine for not ensuring enough fuel

Petrol station operators who do not ensure enough fuel supply can be fined up to RM100,000, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.

The ministry can take action against petrol station operators under the Supply Control Act, and fine (those not keeping sufficient stock) up to RM100,000.

20081110

Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menaikkan had dagangan mata wang asing kepada RM2 juta sehari bagi memberi peluang lebih luas kepada pengurup

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam tindakan menahan seseorang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, sikap berhati-hati ketika membuat keputusan menahan mereka diamalkan oleh kerajaan sejak dahulu lagi dan bukannya baru dibuat sekarang.

"Keputusan menahan mereka di bawah ISA mesti ada sebab-sebabnya dan bukan diambil tanpa sebarang fakta yang membolehkan tindakan itu dilaksanakan.

"Ini bukan kuasa yang boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya, ia mesti ada sebab dan fakta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan ISA, baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia menghormati keputusan Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman tembak terhadap tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali beberapa tahun lalu.

Katanya, mahkamah negara itu telah pun membuat keputusan dan berharap tiada sebarang tindakan balas daripada kumpulan Jemaah Islamiah (JI) berikutan pelaksanaan hukuman terhadap anggota kumpulan itu pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia sentiasa berwaspada dengan perkembangan itu dan memastikan keselamatan negara terkawal.

- Bernama

Syor urus mata wang asing RM2j sehari

Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menaikkan had dagangan mata wang asing kepada RM2 juta sehari bagi memberi peluang lebih luas kepada pengurup wang tempatan memperkembangkan perniagaan mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Saudagar Barang-barang Emas dan Pengurup Mata Wang Melayu Pulau Pinang akan dibincang dengan Bank Negara dalam waktu terdekat.

Ketika ini katanya, di bawah Seksyen 29 Akta Pengurup Wang 1998, pedagang tidak dibenar memegang stok mata wang asing lebih daripada RM250,000 sehari.

''Kita akan bincang perkara (cadangan) tersebut dengan Bank Negara. Sebarang keputusan hanya akan dapat dibuat selepas perbincangan tersebut.

''Saya tidak tahu bila ia akan dilakukan tetapi perkara ini akan saya bincangkan terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru persatuan tersebut di Lorong Soo Hong off Lebuh Ah Quee di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Saudagar Barang-barang Emas dan Pengurup Mata Wang Melayu Pulau Pinang, Abdul Waheed Abdul Wahab dalam ucapannya merayu kerajaan menaikkan had dagangan mata wang asing daripada RM250,000 kepada RM2 juta sehari.

Menurut beliau, peraturan yang diperkenalkan kerajaan selepas tambatan mata wang pada tahun 1998 itu telah menjejaskan peniagaan pengurup mata wang daripada memperluaskan perniagaan mereka.

''Peraturan itu tidak fleksibel kerana kami tidak dibenarkan memegang lebih daripada RM250,000 dalam mata wang asing sehari. Ini mengurangkan kuasa pemegangan sebaliknya kos operasi semakin meningkat.

''Bagaimana mahu menjadi penggiat global jika halangan ini tidak dimansuhkan. Semua perniagaan berkembang di Malaysia kecuali pedagang wang. Peraturan ini benar-benar menyulitkan kami," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan jika perlu pertambahan dalam pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Selasa lepas.

''Kerajaan sedia kaji perkara itu. Saya pasti Datuk Seri Najib juga akan melihat kemungkinan-kemungkinan tersebut," katanya.

Harga minyak turun lagi?

Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.

"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.

"Harga akan diturunkan secara munasabah, mungkin dilakukan dua kali sebulan, seperti Oktober lalu iaitu pada pertengahan dan hujung bulan," katanya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Shahrir, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berkuatkuasa 1 November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Harga diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ditanya mengenai masalah kenaikan harga minyak untuk pesawat kecil yang dilaporkan berlaku kini, Shahrir berkata, perkara tersebut hanya bersifat sementara.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api itu berlaku kerana ia tidak disubsidi oleh kerajaan, sebaliknya diimport dari luar negara dan harganya ditentukan oleh pasaran.

Shahrir berkata, masalah itu bagaimanapun hanya melibatkan kuantiti minyak yang kecil memandangkan ia hanya digunakan untuk pesawat kecil.

"Kita beri masa untuk keadaan pulih seperti biasa. Biasanya sebulan," katanya.

Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, kerajaan akan menimbangkan langkah sesuai untuk mengatasinya termasuk memikirkan semula monopoli Petronas dalam membekalkan minyak tersebut.

"Saya fikir ia tidak memberi kesan kepada Petronas jika diberi kepada pihak lain.
"Namun kerajaan bagi kepada Petronas supaya ia lebih terurus kerana Petronas mempunyai pengalaman dan kepakaran," katanya.

Bahan api untuk pesawat kecil di negara ini telah meningkat sehingga ia dijual pada harga RM9.50 seliter berbanding RM6 di Singapura.

Returning to the society : 117 former addicts to work in Felda plantations


A total of 117 ex-drug addicts nationwide will return to society as workers in various agricultural plantations.

The National Anti-Drugs Agency director-general Datuk Abd Bakir Zin said that this would help the former drug addicts to obtain certain skills to enable them to return to the workforce.

He said they would be given farming tasks and further training would also be provided.

Last year, 30 ex-drug addicts were hired by Guthrie Sdn Bhd to work in its plantations.

The programmes would be targeted at educating society on the dangers of drug abuse.

Drug addicts are a problem to society and we hope to achieve our vision of becoming a drug-free country by 2015. There are about 7,000 drug addicts undergoing rehabilitation in 28 Pusat Serenti centres nationwide.

20081105

Pinjaman perumahan kerajaan dilanjut hingga 30 tahun

Kakitangan kerajaan yang telah membuat pinjaman perumahan, kini turut berpeluang untuk melanjutkan tempoh pinjaman mereka sehingga 30 tahun.

Langkah itu akan dapat membantu menambahkan pendapatan boleh guna peminjam yang terlibat.

Seorang penjawat awam yang bersetuju dengan lanjutan tempoh itu mampu memperoleh lebihan pendapatan RM180 sebulan jika membuat pinjaman RM190,000 bagi tempoh 25 tahun dan telah menjelaskannya bagi tempoh 10 tahun.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan.

Bagi gred JUSA katanya, had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000.
Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000 dan bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

RM7b rangsang ekonomi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Antara intipati pakej tersebut ialah seperti berikut:

Caruman KWSPKerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun mulai 1 Januari 2009.

Pinjaman kenderaan
Bagi gred JUSA, had kelayakan pinjaman kereta dinaikkan daripada
RM60,000 kepada RM70,000.
Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.
Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Pendidikan/Latihan
RM200 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur satu hingga enam tahun.
RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk “mission school”, RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.
Sebanyak RM200 juta bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum.

Jalan/Pengangkutan
RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan di luar bandar, jalan kampung dan jalan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

Peniaga kecil
Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit.

20081103

No sure decision yet on whether extra passenger needs to belt up or pay up

The countdown to the rear seat-belt law has begun but there is one nagging question – what happens if there’s an additional passenger?

A normal saloon car can seat five passengers, three of them in the rear.

The uncertainty among those with more than five family members is, can the additional passenger travel without buckling up, once the rear seat-belt law is enforced on Jan 1?
The Road Safety Department says they can, but the traffic police says the issue has not been decided.

Department director-general Datuk Suret Singh said a car with a capacity of three seats in the rear would only have three seat belts.

However, the driver would be advised not to carry a fourth passenger without a seat belt.

But in the event there is a fourth rear passenger, he clarified that the extra passenger would not be summoned.

According to a survey conducted by his department, 91% of the cars sat fewer than three passengers behind. Only 9% of the cars had more than three passengers in the rear.

“If a van, MPV or saloon car has a seating capacity of seven, then seven seat belts should be provided.”

Federal Traffic Chief Senior Asst Comm Abdul Aziz, when contacted, said police had yet to decide on the issue of a fourth passenger in the back seat not belting up.

“It’s too early for me to comment on that, we will decide on the matter when the time comes,” he said.

He said for now, the concern was to educate the passengers to start using the rear seat belts.
“It is a good practice for the drivers, and also for the safety of their passengers,” he said.

Suret Singh said car manufacturers like Proton, Perodua and Honda have agreed to retrofit the rear seat belts free-of-charge for cars assembled after Jan 1, 1995.

They have all signed a memorandum of understanding (MoU) with the department, he said, adding that he was optimistic Naza would also retrofit the rear belts for free for their cars.

“We appreciate the contribution of all these companies to retrofit the belts without any extra cost as part of their corporate social responsibility programme for road safety,” he told The Star yesterday.

These companies are expected to announce soon the locations where the seat belts can be retrofitted, he added.