PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080723

Tabung Haji tidak benar buat pinjaman tunai haji

Lembaga Tabung Haji tidak membenarkan mana-mana individu membuat pinjaman bagi menunaikan haji seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau berkata ibadah haji perlu dilakukan mengikut kemampuan.

“Mengikut Akta Tabung Haji 1995, tidak boleh memberi pinjaman kepada mana-mana individu bagi pinjaman peribadi dan untuk menunaikan haji dan umrah,” katanya semasa menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada cadangan Senator Mumtaz Md Nawi semasa sesi perbahasan lalu yang mencadangkan Tabung Haji dan institusi kewangan Islam lain memberikan pinjaman kepada golongan muda yang ingin menunaikan haji bagi menggalakkan mereka menunaikan ibadah itu pada usia muda.

- Bernama

No comments: