PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080717

Sarawak: Bank Rakyat hulur zakat RM1.48j

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) semalam menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM1.48 juta kepada kerajaan negeri, hasil operasi perniagaannya di negeri ini.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.

Jumlah zakat yang disampaikan itu meningkat sebanyak 8.5 peratus berbanding yang dikeluarkan Bank Rakyat bagi 2006 iaitu RM1.368 juta.

Ia adalah berdasarkan operasi perniagaan Bank Rakyat di lapan cawangannya di seluruh Sarawak iaitu cawangan Kuching, Pending, Sibu, Miri, Bintulu, Sri Aman, Sarikei dan Samarahan.

Bank Rakyat dalam kenyataannya berharap sumbangan itu dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan, sekali gus mengembangkan lagi syiar Islam.

Keseluruhannya Bank Rakyat memperuntukkan sejumlah RM31.937 juta zakat perniagaan pada tahun ini, hasil daripada keuntungannya sebanyak RM828.8 juta.

No comments: