PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080726

Liberalisasi gagal tangani kenaikan harga keluli

Harga batang keluli dan simen terus melambung ke paras tertinggi dalam sejarah meskipun harga bahan binaan diliberalisasikan baru-baru ini, demikian menurut satu kenyataan bersama daripada anggota industri.

Sebelum langkah liberalisasi itu, harga keluli berada sekitar RM3,200 hingga RM3,300 tetapi ia kini mencecah RM4,000 bergantung kepada kuantiti, terma kredit dan lokasi, kata anggota industri.

"Perkembangan yang tidak sihat ini pastinya akan melewatkan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekiranya kerajaan tidak bertindak dengan segera," kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM) dalam satu kenyataan hari ini.

"Mengambil kira keadaan yang ada, kontraktor tidak lagi dapat menyerap kenaikan kos bahan binaan dan berdepan dengan masalah aliran tunai," kata mereka.

Meskipun batang keluli diliberalisasikan pada 12 Mei tahun ini, proses liberalisasi tidak dilaksanakan dengan baik, kata mereka.

Justeru itu, sukar untuk mengimport batang keluli masuk ke negara ini dan masih terdapat kes pegawai jabatan kastam meminta Permit Import (AP) dan/atau mengenakan duti import ke atas batang keluli tertentu, kata mereka.

Persatuan-persatuan itu meminta kerajaan mempermudahkan proses mengimport batang keluli untuk kegunaan pembinaan tempatan.

Liberalisasi itu perlu dilengkapkan dengan membenarkan semua perkara di bawah Kod HS 7214 yang sepatutnya termasuk semua batang keluli diliberalisasikan.

"Dengan kata lain, kerajaan harus meliberalisasikan semua batang keluli dan rod dawai," kata mereka.

Rod dawai berada di bawah kod HS 7213, 7215, 7217 dan 7314 yang banyak digunakan dalam pembinaan kos rendah dan pembinaan komponen Sistem Bangunan Perindustrian (IBS).
Liberalisasi batang keluli menyebabkan pekilang menaikkan serta merta harga batang keluli sebanyak kira-kira 12 peratus dan bagi simen kira-kira 22 peratus.

Kenaikan harga batang keluli menyebabkan harga BRC atau sirat keluli dikimpal meningkat sebanyak 30 hingga 50 peratus.

Sirat keluli dikimpal banyak digunakan dalam pembinaan rumah kos rendah dan dalam pembinaan komponen prafabrikasi, sebagai sebahagian daripada pelan IBS.
Bagi harga simen, mereka berkata, kenaikannya telah menyebabkan harga konkrit meningkat sebanyak 23 peratus.

Dalam kenyataan mereka, persatuan-persatuan itu juga mencadangkan kerajaan campur tangan dan melaksanakan cukai eksport 15 peratus bagi batang dan bilet keluli, simen dan klinker sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk. Mereka juga menggesa larangan eksport batang keluli dan klinker bagi memastikan pengeluar bahan binaan boleh membekalkan kepada keperluan industri pembinaan tempatan terlebih dahulu.

- Bernama 25/7/2008

No comments: