PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080714

Permintaan tinggi punca kes curi besi meningkat, kesediaan pembeli tanpa kira ianya barang curi

Kecurian dapat dikurangkan jika tiada permintaan pasaran

Permintaan dan harga yang tinggi terhadap besi buruk dan keluli antara punca meningkatnya kes curi besi termasuk penutup parit di negeri ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.

“Ini berkaitan permintaan dan tawaran. Kalau tiada permintaan jualan besi buruk tidak akan berlaku.

“Saya difahamkan bahawa harga besi buruk sekilogram adalah RM1 manakala keluli bernilai kira-kira RM450 sekilogram.

“Harga ini sememangnya lumayan lebih-lebih lagi bahan-bahan ini berat,” katanya kepada pemberita di majlis perasminan Seminar Kanser dan Kesihatan anjuran Persatuan Herba dan Rawatan Tradisional Sarawak (STMHA) di Pusat Pameran dan Promosi Perindustrian (SIPEC), semalam.

Yong bagaimanapun mengakui kejadian mencuri besi buruk dan keluli tidak hanya berlaku di Sarawak terutamanya bandar besar seperti Kuching tetapi turut berlaku di seluruh negara dan ia membahayakan pejalan kaki lebih-lebih lagi apabila penutup parit atau lubang pembetungan dicuri.

Sehubungan itu, beliau percaya kecurian besi dan keluli dapat dikurangkan jika tiada permintaan pasaran.

Sehubungan itu, Yong yang juga Ahli Parlimen Stampin mahu pihak berkuasa memantau dengan ketat penjualan besi buruk serta keluli supaya kes kecurian bahan berkenaan dapat dibendung.

“Pihak berkuasa harus memantau dengan lebih serius pembeli-pembeli besi buruk bagi memastikan besi yang dijual itu bukan barang curi.

“Namun ini bukan tugas kementerian saya, kita serah semua ini kepada pihak berkuasa yang lebih bertanggungjawab, iaitu polis ,” tegasnya.

No comments: