PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080714

Subsidi bahan api 6 bulan pertama 2008 lebih besar daripada keseluruhan 2007

Jumlah subsidi bahan api, termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan tahun ini bernilai RM10.25 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding jumlah subsidi bahan api untuk sepanjang tahun lalu sebanyak RM8.77 bilion, Dewan Rakyat hari ini diberitahu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata mengikut pecahan jumlah subsidi bagi petrol enam bulan tahun ini ialah RM4.006 bilion, diesel RM5.056 bilion dan gas petroleum cecair (LPG) RM1.1188 bilion.

"Ini adalah akibat peningkatan harga minyak dunia yang mendadak. Adalah dijangkakan apabila harga mentah minyak dunia meningkat kepada USD140 setong, subsidi negara akan meningkat kepada RM30 bilion setahun," katanya semasa menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di sini.

Menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang meminta penjelasan sama ada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung penstrukturan subsidi minyak esok, hanya akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan di kalangan rakyat, Shahrir berkata debat itu baik.

Beliau berkata debat itu bukan suatu yang terbuka seperti di sekolah dan universiti kerana ia mempunyai struktur tertentu dengan mempunyai pengerusi, ada had masa untuk menjawab dan ada wakil media yang bertanya.

"Itu bukanlah bermakna mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengelirukan keadaan. Penyusunan (debat) itu rapi dan perbincangan itu akan membawa manfaat untuk mereka yang mendengar.

Beliau juga yakin Ahmad Shabery dapat memberi penjelasan seperti yang diharapkan rakyat berdasarkan fakta bagi menafikan kegelisahan banyak pihak bahawa Anwar akan menggunakan debat itu untuk membuat lebih banyak tohmahan terhadap kerajaan.

Shahrir berkata beliau akan hadir pada majlis yang dijadualkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

- Bernama

No comments: