PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080712

Kuota diesel subsidi pengusaha bas sekolah ditambah

Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan kuota diesel subsidi bagi bas sekolah bertujuan meringankan beban ibu bapa daripada terpaksa membayar tambang tinggi ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, tambahan antara 180 liter hingga 1,230 liter sebulan itu akan diagihkan mengikut kapasiti bas sekolah.

Beliau berkata, bagi bas sekolah dengan kapasiti 14 penumpang akan menerima 750 liter diesel subsidi sebulan, bas sekolah 31 penumpang (1,200 liter sebulan) dan bas sekolah 44 penumpang menerima 1,800 liter diesel subsidi sebulan.

``Sebelum ini bas sekolah hanya menerima 570 liter diesel subsidi sebulan dan tambahan diesel subsidi ini akan mengurangkan beban ibu bapa serta pengusaha bas sekolah.

``Jadi pembaharuan seperti ini yang akan kita lakukan untuk membantu rakyat,'' katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kaunter pengeluaran kad fleet diesel subsidi di kementeriannya di sini hari ini.

- Utusan.

No comments: