PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080709

Ahmad Shabery yakin debat dengan Anwar manfaatkan rakyat

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin langkahnya untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Julai ini dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lalu.

Beliau berkata sebagai Menteri Penerangan, menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu berkenaan.

"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut.

"Debat ini juga adalah peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengakui bahawa debat itu adalah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat negara ini dan sehubungan itu, sudah pasti akan timbul rasa bimbang kepada sesetengah pihak.

"Memang ada yang akan bimbang dengan debat ini... tapi percayalah perkara (debat) itu akan beri manfaat kepada negara kita," katanya.

Semalam, isu perdebatan antara Ahmad Shabery dan Anwar mengenai kenaikan harga bahan api mendapat reaksi yang berbeza daripada kalangan Ahli Parlimen.

Terdapat barisan penyokong kerajaan yang meminta debat itu dibatalkan kerana mendakwa ia tidak akan mengatasi sebarang masalah dan pertentangan pendapat, malah kemungkinan Anwar akan menggunakannya untuk menggelirukan lagi fikiran rakyat.

Debat bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Sehingga ini beberapa stesen televisyen tempatan berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

- Bernama

No comments: