PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080630

Kemalangan di S’wak meningkat

Peningkatan dicatat dari segi kemalangan maut, cedera parah dan kemalangan secara keseluruhannya

Kemalangan maut yang melibatkan pengguna jalan raya di Sarawak antara Januari hingga Mei 2008 tahun ini meningkat kepada 5.3 peratus iaitu 119 kes berbanding 113 kes pada tahun 2007.

Mengikut statistik JKJR Sarawak, bilangan kematian bagi tempoh yang sama (Januari-Mei) bagaimanapun menurun sebanyak 5.1 peratus kepada 129 kes pada 2008 berbanding 136 kes pada 2007.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah penyumbang utama kes kemalangan maut melibatkan 66 kematian pada 2008 berbanding 55 kematian pada 2007.

Kes yang melibatkan kecederaan parah pula meningkat kepada 24.8 peratus iaitu sebanyak 196 kes pada 2008 berbanding 157 kes pada 2007.

Sebanyak 6,514 kes kemalangan jalan raya dicatat 2008 berbanding 6,193 kes dalam tempoh yang sama pada 2007, iaitu meningkat sebanyak 5.2 peratus.

Peningkatan jumlah kemalangan adalah berpunca daripada sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, setiap pengguna jalan raya perlu mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JPJ Sarawak, bilangan kenderaan baru didaftarkan bagi tempoh Januari hingga April 2008 adalah sebanyak 23,852 unit dengan 10,415 unit adalah motosikal.

Jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negeri Sarawak sehingga 30 April 2008 adalah sebanyak 1,062,951 unit dengan 458,569 adalah motosikal.

Purata sebulan terdapat penambahan 6,000 kenderaan baru di jalan raya negeri Sarawak.

Pelbagai usaha telah diambil bagi menangani kemalangan jalan raya yang antaranya adalah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), mengadakanPprogram Pendidikan Lalu Lintas Shell, memperkenalkan Modul Pendidikan keselamatan Jalan Raya (Road Signages), penggunaan tali pinggang keledar belakang dan kempen-kempen melalui risalah dan media cetak.

Bagi menangani masalah kemalangan setiap pengguna dinasihati agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan merancang setiap perjalanan dengan baik.

Justeru, adalah perlu untuk semua pihak bekerjasama antara satu sama lain agar semua program murni yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Malaysia Airlines hikes fuel surcharges

Malaysia Airlines hiked fuel surcharges on its international routes Friday, after warning the aviation industry's future was "really bleak" unless drastic measures were taken.

The national carrier increased the surcharges by 25-80 percent on most routes, but said the move would only partially cover the increase in fuel costs and it would monitor prices closely for future revisions.

"We are actively mitigating the high fuel price by adjusting our international fuel surcharge to recover some of the fuel costs and to match the competition," said managing director and CEO Idris Jala.

Jala said that with oil prices at unprecedented levels, more airlines would be forced out of business and the majority would sink into the red.

"The prognosis for the industry is really bleak," he said.

"Change -- and I mean drastic change -- is absolutely vital for our survival. That, and a willingness to reinvent the way we operate, including through mergers and acquisitions," he said.
Jala said the flying public must be prepared to face sharply higher prices for air travel "or be prepared to stomach even higher prices later when the number of participants become fewer and competition fizzles out".

"Put bluntly, if these adjustments don't take place -- and quickly -- the airline industry will collapse and have a ripple effect throughout the entire world economy," he said.

Malaysia Airlines has slashed staff and routes in a so-far-successful effort to reinvent itself and arrest a series of losses that threatened its viability.

Jala said the carrier had "kept our head above water" with a modest profit in the first quarter of this year, but that increases in surcharges were unavoidable -- although it would hold off on domestic routes for now.

"Fares may have to go up -- no longer incrementally -- but by as much as half, capacity cut by a quarter and costs cut even further by a tenth," he said of the global aviation industry.

"These have to be done in the face of customer resistance, grounding aircraft, cutting staff and squeezing out virtually all but the most essential costs," he said.

Jala said the industry faced a "perfect storm" with the surging oil price, a slowing global economy, overcapacity and the rapid growth of budget carriers, which are shaving margins to the bone.

But he said that if carriers were brave enough to introduce painful reforms, it would lay the ground for a more sustainable industry with enough operators still in business to keep fares fair.

"The good times will return," he said.

20080629

Program Rakan Muda akan jadi kokurikulum sekolah

Program Rakan Muda bakal dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah dalam usaha untuk mendekati belia dari peringkat awal remaja, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu kini di peringkat rundingan antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran termasuk beberapa isu teknikal dari segi pengurusan pelajar yang perlu dibereskan.

“Kami kini sedang mengkaji peringkat umur belia kerana kementerian mengklasifikasikan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 dan 25 tahun sedangkan sistem di sekolah menengah bermula pada umur 13 tahun.

“Di samping itu, kami mahu mendekati belia tanpa mengganggu jadual pembelajaran mereka terutama yang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran Rakan Muda Remaja Siber oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di sini hari ini.

Ismail berkata, program Rakan Muda Remaja Siber bertujuan mendekatkan remaja dengan gaya hidup remaja siber iaitu untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara maya terutama remaja di luar bandar.

“Tahun ini, dalam fasa pertama, pusat siber akan diwujudkan di 16 kompleks rakan muda dan empat pusat kegiatan rakan muda bagi menampung minat dan keperluan remaja.

“Dalam fasa kedua dan ketiga nanti kementerian akan pastikan semua 114 pejabat belia dan sukan daerah dan pusat kegiatan rakan muda dilengkapi dengan pusat siber,” katanya.

Beliau berkata, kos dan pengurusan untuk fasa kedua dan ketiga akan menelan belanja RM5.6 juta setahun dengan RM830,400 lagi disediakan untuk menyewa kelengkapan ICT.

“Pusat siber itu akan dikendalikan anggota rakan muda sendiri dengan pemantauan pihak berkuasa bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan belia,” katanya.
- Bernama

20080626

Stesen minyak operasi 18 jam

Berkuat kuasa 1 Julai ini, stesen minyak di seluruh negara akan beroperasi selama 18 jam mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam, kecuali di sepanjang lebuh raya yang masih dibenarkan dibuka 24 jam.

Ini adalah antara tiga langkah baru yang diumumkan kerajaan semalam bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi. Dua lagi langkah ialah:

Menaikkan margin komisen jualan petrol kepada 12.19 sen seliter manakala diesel 7 sen seliter mulai semalam, berbanding 9.5 sen dan 4.5 sen sebelum ini.

Melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) di semua stesen minyak berjenama, kecuali stesen mini tanpa jenama di luar bandar mulai 1 Ogos ini.

Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, bagaimanapun berkata pengusaha stesen minyak boleh memohon kepada cawangan kementerian di peringkat negeri jika ada keperluan untuk beroperasi 24 jam.

Dalam kenyataannya, Shahrir menjelaskan penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan 5 Jun lalu menyebabkan peratusan komisen pengusaha stesen minyak semakin kecil hingga tidak dapat menampung kos operasi.

"Masalah ini memberi kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak dan ia boleh menjejaskan pembekalan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai.

"Bagi menangani isu berkaitan, kerajaan memutuskan untuk mengambil tiga langkah berkenaan," katanya yang turut menggariskan tatacara pelaksanaan SKLD.

Kelmarin, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) yang dianggotai 3,500 ahli menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung kenaikan komisen jualan minyak.

Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

20080624

Malaysian govt pushes through vote on fuel price hike


Malaysia's ruling coalition pushed through a vote supporting its fuel price hike in parliament Monday, but the opposition said the debate highlighted intense public opposition to the move.

The Barisan Nasional won the vote 129 to 78, and avoided a no-confidence vote against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi which a minor party in the 14-party coalition had campaigned for.

Abdullah has been fighting for his political survival since a drubbing in March elections, and this month's 41 percent increase in petrol prices has put him under further pressure.
One of the reasons the government was forced to increase the fuel price was because the subsidy, which was 8.8 billion ringgit (2.5 billion dollars) in 2007, was expected to reach 27 billion this year.
Agence France-Presse - 6/23/2008 12:01 PM GMT

20080623

Khidmat stesen NGV wajar diperluas

Buka peluang kepada syarikat lain dapat elak pengguna bergantung kepada Petronas

NGV atau Gas Asli Kenderaan masih tidak berkembang di negara ini sedangkan rizab gas asli boleh bertahan selama 39 tahun dan Petronas mempunyai kemudahan saluran paip gas menerusi Loji Pemprosesan Gas (GPP) dari Kertih ke Segamat dan ke Changlun, Kedah sepanjang 2,600 kilometer.

Perkhidmatan pembekalan gas asli dimonopoli Petronas. Bekalan gas asli hanya disediakan kepada anak syarikat Petronas iaitu Petronas Gas Berhad untuk syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), Gas Malaysia Sdn Bhd untuk Industri serta rumah atau pangsapuri dan Petronas Dagangan Berhad untuk NGV.

Sekiranya NGV berkembang, ia mungkin menjejaskan jualan petrol dan diesel Petronas Dagangan (lebih 880 stesen minyak). Perniagaan tunjang Petronas Dagangan ialah petrol dan diesel, manakala NGV diwujudkan atas arahan kerajaan pada 1996 bagi menjaga alam sekitar.

Petronas menyatakan tiada bekalan gas asli walaupun untuk satu stesen bergerak disebabkan bekalan terhad dan sudah diguna pakai atas kontrak yang dipersetujui 15 tahun dulu.

Pengeluaran melalui saluran GPP adalah 2060 juta standard kaki padu sehari. Pengeluaran melalui Kawasan Pembangunan Usaha Sama Malaysia – Thailand) sebanyak 495 juta standard kaki padu sehari.

Jumlah keseluruhan adalah lebih 2.5 bilion standard kaki padu sehari. IPP menggunakan 65 peratus daripada keseluruhan jumlah itu, manakala selebihnya dijual kepada Loji Petronas, Gas Malaysia dan lebih kurang 450 juta standard kaki padu sehari dijual kepada Singapura (syarikat Janakuasa Sonako /Keppel pada kadar AS$7 MMBtu (Unit Thermal British), data dari akaun beraudit Petronas Gas 2006 dan 'World Gas Intelligence' keluaran 6 Februari 2008.

Mengikut data Petronas (Pengeluaran Gas Asli dan Lebihan 2004 - 2010 di Semenanjung Malaysia) wujud lebihan pengeluaran gas asli di dalam negara. Data itu menunjukkan bahawa gas asli mempunyai lebihan sebanyak 147 juta standard kaki padu sehari yang boleh menampung kira-kira tiga juta pengguna atau 2,000 stesen NGV seluruh negara.

Gas asli memang mahal kira-kira AS$12 MMBtu di pasaran global dan Malaysia adalah pembekal NGV kerana tiada negara luar yang melaksanakan projek ini. Ini menyebabkan Petronas terpaksa menanggung subsidi pada kadar RM2. Untuk 2007 saja, jumlah subsidi ditanggung Petronas ialah RM143 juta. Malah sejak 1997 hingga kini, subsidi yang ditanggung berjumlah RM450 juta.

Mengikut laporan 'World Gas Intelligence' keluaran Februari lalu, harga pasaran gas asli adalah sekitar AS$7-AS$10 MMBtu mengikut keadaan cuaca. Petronas pula sudah menandatangani perjanjian dengan Sonako Pte Ltd iaitu sebuah syarikat IPP Singapura pada kadar AS$7 MMBtu.

Apakah relevannya dakwaan gas asli adalah AS$12 MMBtu? Gas asli seperti mengorek perigi di belakang rumah dan dijual ke luar seperti gas cecair asli (LNG) di Bintulu dengan kerugian disebabkan oleh kos penghantaran yang mahal (penyediaan kapal) sedangkan pasaran tempatan tidak dipedulikan. Apakah rakyat Malaysia tiada hak ke atas gas asli milik negara.

Walaupun harga NGV pada paras RM0.68 seliter dan Petronas menanggung subsidi, Petronas harus membuat tawaran kepada syarikat milik Bumiputera yang berminat untuk mengendalikan stesen NGV.

Masalah seperti kos binaan, lokasi tanah berhampiran dengan saluran paip gas tidak strategik, liputan saluran paip gas yang kurang, tanah di stesen yang sedia ada kecil dan kadar elektrik yang rendah boleh diatasi dengan kaedah seperti berikut:

Kos pembinaan akan menjadi murah sekiranya dibuat secara serentak. Katakan 100 stesen dan jangkamasa 10 bulan. Seperti di Brazil dan Argentina, kos pembinaan cuma sekitar RM800,000 disebabkan pembinaan secara pasang siap dan struktur besi dibuat secara mudah.

Kos Petronas mahal kerana ia dicampur aduk dengan dispensor petrol dan diesel, kedai mesra dan kos lain yang tidak berkaitan seperti auto-servis dan lain-lain termasuk sub-stesen TNB (disebabkan guna kompresor teknologi rendah).

Ini ditambah dengan kedai makan seperti Mc Donald/Burger King dan standard mengikut cita rasa korporat. Sekiranya dibuat hanya untuk 'stesen NGV 8 pam' yang baru, kos adalah sekitar RM1.5 juta iaitu merangkumi 'compressor hydraulic, 8 dispensor (RM500,000) dan kerja pembinaan (RM1 juta).

Tanah tiada masalah sekiranya menggunakan konsep 'emak anak'. Daripada stesen 'ibu' diangkut dengan 'Lori Jumbo Tube' ke stesen 'anak' yang berada dalam lingkungan 150 kilometer. Dengan kaedah ini, lokasi tiada masalah dan stesen NGV boleh sampai kepada rakyat di luar bandar.

Kos permulaan agak mahal tetapi jangkamasa panjang amat efektif berbanding saluran paip gas dengan kos anggaran RM1 juta untuk satu kilometer. Selepas tiga tahun perniagaan, barulah dibina saluran paip gas ke lokasi. Pembinaan saluran paip gas dimonopoli anak syarikat Petronas iaitu Gas Malaysian Sdn Bhd. Gas Malaysia mengutamakan sektor industri kerana dapat mengaut keuntungan yang banyak berbanding NGV.

Sekiranya Petronas memberi persetujuan untuk membekal gas kepada syarikat lain, Suruhanjaya Tenaga bersedia untuk memberi satu lagi lesen pengendali. Harga peralatan NGV akan menjadi murah sekiranya kita dapat bekerjasama dengan kilang luar untuk membina kilang di Malaysia dan akan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan. Ini akan menjadi hab pengeluaran peralatan NGV seperti balang gas dan kit.

Sirim Malaysia sudah membuka peluang kepada syarikat Bumiputera untuk menerokai bidang pembuatan komposit silinder berteraskan separuh fiber. Kita adalah negara yang boleh menjadi hab kerana teknologi NGV sudah lebih 50 tahun di pasaran dunia dan mempunyai lebih 10 juta pengguna. Kos operasi akan sama seperti mengendalikan petrol dan diesel sekiranya stesen 8 pam NGV diwujudkan kerana 'segmen pasaran baru' seperti lori dan bas, sekali gus penggunaan NGV akan berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan kereta biasa.

Sekiranya jualan meningkat, maka kos operasi akan mengecil. Pada zaman ini, semua pengendali stesen minyak berlumba-lumba untuk membuat stesen bersaiz besar. Ruang untuk NGV seperti tong simpanan boleh diletakkan di atas bumbung berbanding tangki minyak yang perlu dikorek dan ditanam di dalam tanah. Mengikut kajian kami dan bil elektrik yang ada di stesen NGV Petronas, sebenarnya kos elektrik cuma RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, bergantung kepada saiz.

Jadi, tidak logik dengan wujudnya kompresor untuk menempatkan gas asli menggunakan elektrik akan mencecah RM16,000 seperti didakwa Petronas, dan ia bersamaan dengan kilang seperti industri pembuatan.

Syarikat Malaysian NGV Sdn Bhd amat berminat melebarkan perkhidmatan jualan NGV ke seluruh negara dengan perancangan mengadakan prasarana stesen NGV untuk mencapai pengguna NGV sejuta kenderaan persendirian dan 500,000 lori dan bas pada 2014.


Kami mengadakan jadual kerja lima tahun untuk melaksanakan 1,000 stesen NGV dengan lapan dispensor untuk kenderaan persendirian dan empat dispensor untuk lori dan bas, 500 stesen NGV bergerak, mewujudkan 10,000 peluang perniagaan NGV dan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan.

Sekiranya projek ini dilaksanakan dan mendapat sambutan orang ramai dengan sasaran sejuta kereta persendirian dan setengah juta lori dan bas, kerajaan akan dapat berjimat RM8.25 bilion setahun, manakala pengguna akan berjimat sebanyak RM25 bilion setahun pada kadar harga pasaran global NGV pada paras RM1.50 seliter.

Penulis ialah Pengerusi Malaysian NGV Sdn Bhd dan Ahli Parlimen Ledang.
Cetak artikel Hantar pada kawan

20080618

Projek basmi kemiskinan tegar tidak terjejas

Kerajaan tetap utama pembangunan luar bandar selagi diperlukan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, projek membasmi kemiskinan yang sudah dirancang khususnya di luar bandar tidak akan terjejas dalam pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), akhir bulan ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun kajian itu membabitkan penilaian semula terhadap pelbagai projek besar kerajaan, ia tidak akan membabitkan usaha membasmi kemiskinan kerana kerajaan tetap mensasarkan matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh dua tahun lagi. "Saya beri jaminan projek seperti itu di luar bandar tidak akan terganggu kerana kita ingin menghapuskan kemiskinan tegar pada 2010 dan kemiskinan secara relatif. Kita akan kaji projek besar dan jika kita lihat ia boleh ditangguhkan buat masa ini, kita tangguhkan.

"Keduanya, kita lihat sama ada ia adalah projek yang sangat diperlukan. Jika keperluannya tidak begitu mendesak, kita tunggu dulu," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa (ICC) 2008 di Sutera Harbour Resort, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan dua timbalannya, Datuk Joseph Pairin Kitingan serta Datuk Raymond Tan. Bagaimanapun, Abdullah menegaskan, projek yang sudah bermula diteruskan bagi mengelak kerugian.

Ditanya sama ada penangguhan projek berkenaan membabitkan Sabah dan Sarawak, beliau berkata, butirannya akan diketahui kelak. Mengulas 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua semalam, Abdullah terkejut kerana tidak menyedarinya.

"Sudah 100 hari? Anda pasti saya sudah 100 hari menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua? Anda nilaikanlah sendiri, tetapi saya masih bekerja keras untuk semua.

"Pentadbiran terus rancak dan masih banyak perlu dilaksanakan. Ada lagi perkara dalam Manifesto 2004 yang perlu dilaksanakan dan agenda dalam Manifesto 2008 pun perlu diberi perhatian.

"Usaha berkenaan perlu ditingkatkan dan saya faham ketika ini kita menghadapi paling mencabar, iaitu kenaikan harga minyak yang turut berjangkit kepada harga barang," katanya.

Mengulangi kenyataan tindakan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini bukan bertujuan menyusahkan rakyat, Perdana Menteri berkata, setiap langkah diambil mempunyai rasional sendiri dan beliau sedia menerima idea rakyat ke arah memantapkan usaha meringankan beban setiap lapisan masyarakat. Malah, katanya, beliau meneliti setiap cadangan dan pandangan dihantar rakyat secara bertulis sambil menyifatkannya sebagai sokongan positif untuk memperbaiki keadaan.

"Kerajaan memberi perhatian berdasarkan keutamaan, tetapi pada masa sama, projek pembangunan perlu terus dilaksanakan dan kita tidak boleh hentikan.

"Kewangan kita terhad dan kita mesti tetapkan berapa banyak perlu dibelanjakan untuk menangani hal berkaitan kenaikan harga minyak. Kita tidak boleh gunakan 100 peratus wang hasil minyak untuk subsidi hingga tak cukup untuk pembangunan.

"Kerajaan tetap mengambil perhatian masalah berkaitan harga minyak dan subsidi, maka kita perlu fikirkan masak-masak mengenai pengagihan. Harga minyak akan turun kalau kita beri subsidi terlalu banyak tetapi apa pula halnya dengan projek lain.

"Insya-Allah, kita akan dapat atasi masalah ini," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai kewajaran kenaikan gaji 100 peratus Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh, seperti dilaporkan, Perdana Menteri menjawab: "Mereka lebih tahu sama ada ia wajar atau tidak.

" Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan tindakan Lembaga Pengarah TNB, menaikkan 100 peratus gaji Che Khalib, yang disifatkannya sebagai tidak wajar dilakukan syarikat itu, terutama ketika semua pihak disaran berjimat-cermat. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, kenaikan gaji Che Khalib adalah sesuatu yang wajar kerana ia berdasarkan kepada prestasinya. Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB memang mempunyai pakej imbuhan serta ganjaran yang bersandarkan prestasi dan kenaikan gaji Che Khalib itu diberikan kerana beliau berjaya menambah nilai dalam syarikat terbabit.

20080617

Cuepacs Syor Bayar Gaji 30:70

Cuepacs mahu pembayaran gaji kakitangan awam secara dua ansuran yang akan dilaksanakan mulai Ogos depan, diubah mengikut mekanisme 30:70 bagi mengelakkan pekerja kehabisan wang pada setiap awal bulan.

Presidennya, Omar Osman, berkata menerusi mekanisme itu 30 peratus daripada gaji kakitangan awam dibayar pada pertengahan bulan, manakala baki 70 peratus lagi pada akhir bulan.

Katanya, pembayaran gaji mengikut mekanisme itu boleh mengelakkan kakitangan awam mengalami sindrom kehabisan wang pada setiap awal bulan.

"Kalau pembayaran dilakukan mengikut mekanisme 50:50, kakitangan gred rendah yang menerima gaji sekitar RM1,000 akan mengalami kesukaran kerana sebahagian besar gaji pada hujung bulan dibelanjakan untuk membayar bil dan potongan wajib seperti cukai pendapatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau membuat cadangan itu ketika mengulas keputusan kerajaan untuk membayar gaji kakitangan awam secara dua ansuran, iaitu separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh kedua pada hujung bulan atau 50:50.
Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula akan dilakukan pada hujung bulan.

Keputusan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin, bertujuan membantu pengurusan perbelanjaan serta aliran tunai kakitangan awam berikutan kenaikan harga minyak, baru-baru ini.

Sambil menyambut baik pengumuman itu, Omar berkata, kakitangan awam yang tidak setuju dengan kaedah pembayaran gaji berkenaan, boleh menyimpan gaji pertengahan bulan dan menggunakannya pada hujung bulan.

Sementara itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersetuju dengan mekanisme itu kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada cara hidup kakitangan gred rendah.

Setiausahanya, A Munian dalam satu kenyataan media berharap kerajaan menimbang semula pelaksanaannya kerana kakitangan gred rendah sudah biasa dengan sistem bayaran hujung bulan dan menganggapnya sebagai paling sesuai.

APA PANDANGAN ANDA?

20080616

Keputusan UPSR 2008 penanda aras tetapkan dasar penggunaan BI untuk Sains dan Matematik

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan menjadi penanda aras bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian sedang membuat kajian terperinci terhadap pelajar Tahun Enam yang mula menggunakan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sejak 2003 dan akan menduduki UPSR tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kaedah penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini, beliau berkata penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris sebaliknya diperlukan untuk menguasai konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris bagi sains dan matematik di sekolah itu menunjukkan kesan positif apabila 91.4 peratus pelajar lulus dalam mata pelajaran sains semasa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 berbanding 89.5 peratus lulus pada tahun sebelumnya ketika peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu.

Untuk mata pelajaran sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007, sebanyak 92 peratus pelajar lulus berbanding 88.8 peratus pada tahun sebelumnya semasa peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu, katanya.

- Bernama

Airlines will merge or go bust as costs surge: AirAsia

Budget carrier AirAsia said Monday that surging fuel prices will force carriers worldwide to merge or face bankruptcy.

AirAsia's founder Tony Fernandes insisted he will continue with an ambitious expansion plan despite the industry turmoil which he said had sent 27 carriers out of business in the past four months.

"We are seeing a consolidation in the aviation industry. Some will merge while others will go bankrupt. A lot of people are not going to survive this (fuel hike) including Asian budget carriers," he told reporters.

Fernandes said AirAsia had been approached by other airlines about tie-ups and operating deals, but did not elaborate.

He insisted the carrier would stick to its plan to expand routes, increase flight frequency and accelerate the delivery of the remainder of its 175 new Airbus A320 aircraft.

"There are two ways to deal with the oil prices. You can put your head in the sand and kill yourself. But we believe we need to go out and market," he said.

"I'm not going to give up now because of high oil prices -- we have 6,000 staff."

Fernandes said AirAsia will mount additional flights to Hong Kong and Guangzhou and open new routes to Ujang Padang and Balik Papan in Indonesia.

"We are still bullish. Ticket sales have been very good in the last few months. A lot of Singaporeans are flying to Kuala Lumpur to use AirAsia. We do not see any slowdown. There is still a big untapped market potential," he said.

"There is no change in our growth plan," he said, adding the carrier would not simply increase ticket prices as a means to offset rising costs.

Fernandes said he was optimistic that oil prices would come down but said: "My job is to survive even if the oil price is 200 dollars a barrel."

Due to the economic slowdown and the introduction of new aircraft, as well as increased connectivity between regional destinations, the corporate sector has been starting to use the budget carrier.

"The corporate passenger segment grew 300 percent in the last three months," Fernandes said.
In May, AirAsia said its net profits defied escalating fuel prices to leap 86 percent in the first quarter.

AirAsia, launched in December 2001 with just two aircraft, has become the region's biggest low-cost carrier and been imitated by national carriers and other low-fare start-ups.


Agence France-Presse - 6/16/2008 6:06 AM GMT

20080609

Kerajaan berusaha tangani kenaikan harga petrol

Kerajaan berusaha mencari pelbagai mekanisme untuk menangani kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan tidak akan bergantung kepada kaedah penstrukturan semula harga bahan api itu semata-mata.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata memandangkan harga pasaran minyak sedunia dijangka terus meningkat, kerajaan perlu mencari beberapa kaedah lain untuk memastikan beban yang ditanggung kerajaan dan rakyat tidak begitu ketara.

Katanya, kerajaan sudah membelanjakan RM33 bilion untuk subsidi petrol dan setakat ini tiada tanda harga itu akan turun.

"Penstukturan semula harga minyak baru-baru ini membolehkan kerajaan menjimatkan RM4 bilion daripada subsidi yang diberikan kepada bahan api tetapi apabila harga naik lagi kepada RM450.25 pada Jumaat, penjimatan itu sudah tiada lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Anggota Parlimen Tasek Gelugor di Taman Merbau Indah, Sungai Dua di sini.

Katanya, dengan peningkatan harga pada setiap hari, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan boleh mencecah sehingga RM40 bilion dan ini adalah satu jumlah yang amat besar dan sama dengan nilai yang diperuntukkan bagi pembangunan negara untuk tempoh setahun.

- Bernama

Rebat tunai tidak dikurangkan walaupun harga minyak meningkat

Kerajaan tidak akan mengurangkan rebat tunai bahan api yang dijanjikan kepada pemilik kenderaan walaupun harga bahan api terus meningkat di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata rebat tunai bahan api itu diperkenalkan sebagai subsidi minyak kepada pemilik kenderaan persendiri

Subsidi RM625 diberikan kepada pemilik kenderaan sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip sehingga 2,500cc; dan RM150 kepada pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc yang memperbaharui cukai jalan dari 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 ekoran pengumuman kenaikan harga bahan api itu.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lalu, harga baru petrol ialah RM2.70 seliter iaitu kenaikan 78 sen berbanding harga sebelum ini, manakala harga diesel meningkat daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter.

Sementara itu merujuk kepada ramalan penganalis bahawa harga bahan api akan meningkat sehingga USD200 setong Shahrir berkata: “kerajaan masih lagi boleh mengurus subsidi minyak dalam negara walaupun harga terus naik”.

"Tetapi janganlah sampai mencecah harga yang terlalu tinggi kerana ia akan mewujudkan satu keadaan yang sangat mencabar,” katanya.

- Bernama

20080605

Kerajaan umum kadar baru cukai jalan pada bajet 2009

Kerajaan dijangka mengumumkan kadar baru cukai jalan pada bajet 2009 yang akan dibentangkan pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat. Bagaimanapun, beliau berkata ia tertakluk kepada keadaan kewangan fiskal secara menyeluruh dan bukan hanya kemahuan kementerian saja. Sehubungan itu, katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyediakan input atau butiran yang lebih lengkap dan menyeluruh berkenaan hasil kutipan cukai jalan kategori-kategori kenderaan bagi setahun.

"Saya akan berikhtiar untuk memberi input yang lengkap tersebut kepada Kementerian Kewangan supaya dapat mempertimbangkan pengurangan cukai jalan itu sekiranya dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (MASKargo) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS), Datuk Idris Jala, Pengerusi MASKargo, Datuk N. Sadasivan dan Pengarah Urusan MASKargo, Shahari Sulaiman. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen menjadikannya RM2.70 seliter dan kenaikan RM1 bagi diesel menjadi RM2.58 seliter berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan, bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga bahan api itu, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai RM625 setahun bagi kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip sehingga 2,500cc manakala motosikal persendirian sehingga 250cc akan dibayar RM150 setahun.

Bagi kenderaan persendirian lebih 2,000cc, cukai jalan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian kapasiti lebih 250cc, cukai jalan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum RM2. Ong berkata pengurangan cukai jalan itu adalah salah satu usaha untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat. ”

Sekurang-kurangnya, saya memainkan peranan saya. Kami belum lagi mengkaji perkara-perkara tertentu. Sudah tentu kami akan melakukannya secara bersepadu. Beberapa input dan inisiatif atau beberapa cadangan inisiatif akan dibincangkan dengan lanjut pada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pengangkutan Awam,” katanya.

Dalam pada itu, Ong meminta pengusaha pengangkutan awam di negara ini khasnya kereta api dan komuter supaya meningkatkan tahap perkhidmatan mereka menjelang 2009 supaya dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Katanya mereka harus menunjukkan kemajuan dan penambahbaikan dari pelbagai segi termasuk dalam perkhidmatan pelanggan, ketepatan masa dan kapasiti penumpang.

Beliau berkata pengangkutan awam ini perlu mesra pelanggan dan mewujudkan jaringan antara pelbagai jenis pengangkutan awam yang terdapat di negara ini. Katanya beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya satu audit menyeluruh dijalankan ke atas landasan-landasan kereta api yang terdapat di negara ini.

- Bernama

Usaha kurangkan pekerja asing telah bermula

Kerajaan sedang berusaha menurunkan jumlah tenaga buruh asing sebanyak 400,000 orang setahun mulai tahun ini hingga 2010 bagi mengurangkan sehingga 50 peratus mereka yang bekerja di sektor perladangan dan pembuatan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata jumlah pekerja asing sekarang sebanyak 2.2 juta orang dan ia akan diturunkan
kepada 1.8 juta secara berperingkat-peringkat.

"Kerajaan berharap dengan tindakan ini akan memberi galakan terutama di kalangan remaja untuk mengisi kekosongan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.

Beliau berkata gaji yang kini ditawarkan oleh sektor perladangan kini agak menarik disamping kemudahan rumah percuma, pendidikan dan perubatan.

"Majikan ladang bersedia menerima pekerja tempatan kerana mereka tidak perlu membayar levi, pembayaran agensi dan pemeriksaan perubatan seperti yang diberikan kepada buruh asing,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata satu perubahan minda perlu ada di kalangan rakyat tempatan supaya mereka dapat mengubah sikap untuk sedia bekerja di sektor perladangan dan pembuatan.

Katanya, jika perubahan itu dapat dilakukan, matlamat kerajaan untuk mengurangkan tenaga buruh asing di kedua-dua sektor itu akan mencapai sasaran lebih awal dari 2010.

Seramai 300,000 pekerja ladang yang didaftarkan oleh Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan 50 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan dan 50 peratus lagi pekerja asing. Mengenai kenaikan harga minyak, Subramaniam berharap majikan sedia menaikkan gaji pekerja bagi mengimbangi kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata kenaikan harga minyak di pasaran pasti akan mengundang kesan terutama di kalangan pekerja yang bergaji rendah.

"Kita akan memantau dan bekerjasama dengan pihak pengusaha dan industri agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan membuang pekerja bagi tujuan pengurangan kos pengeluaran dan sebagainya,” katanya.

Subramaniam berkata industri yang banyak bergantung kepada penggunaan minyak seperti industri pengangkutan tentunya akan dibebani kenaikan harga minyak dan pihaknya akan memantau sekiranya ada majikan yang mengambil jalan mudah dengan memberhentikan pekerja.

Bernama

Pengguna internet perlu berhati-hati apabila mendedahkan butir peribadi

Para pengguna internet perlu berhati-hati apabila memberi data peribadi mereka ketika melayari laman web kerana wujudnya banyak penipuan sejak akhir-akhir ini sehingga mangsa boleh kehilangan wang dalam bank, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.

Katanya taktik penjenayah siber ini sangat licik kerana mereka hanya memerlukan data seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan dan sebagainya untuk mencuri wang mangsa dari bank.

"Antara contoh penipuan dalam laman web ialah mengatakan anda menang dalam satu pertandingan dan memerlukan anda memasukkan semua butiran peribadi untuk menuntut hadiah wang tunai atau hadiah," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini hari ini.

Selain itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah memuat turun gambar mereka dalam laman web kerana terdapat banyak kes membabitkan gambar 'superimpose' iaitu mengubah suai gambar mangsa kepada bentuk lucah, katanya.

Katanya gambar yang disebarkan melalui laman web mungkin akan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan niat jahat seperti mengugut dan memalukan mangsa tersebut.

Justeru itu, CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk menyediakan bantuan keselamatan siber dalam bentuk pendidikan, promosi dan bimbingan kepada semua pengguna Internet di dalam negara.

Pengguna internet yang memerlukan bantuan atau ingin membuat aduan mengenai kes berkaitan keselamatan internet boleh melayari www.cybersecurity.org.my.

- Bernama

Harga beras wangi dan pulut turun Sabtu ini

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) hari ini mengumumkan penurunan harga beras wangi dan beras pulut kepada pemborong mulai Sabtu ini.

Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah, berkata harga beras wangi itu akan diturunkan lebih kurang 15 peratus manakala beras pulut diturunkan 12 peratus.

"Kita sudah membeli bekalan berkenaan dengan harga diskaun sejak akhir ini dari Thailand dan tiba masanya kita mahu memberi harga yang murah kepada pengguna,” katanya semasa menjadi panel forum bertajuk “Kemelut Kenaikan Harga Makanan-Apa Kesudahannya” yang berlangsung di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.

Harga beras wangi gred AAA yang sebelum ini berharga RM4,700 setan metrik akan diturunkan kepada RM4,000, iaitu penurunan 14.89 peratus.

Beliau berkata, penurunan yang dibuat itu sejajar dengan penurunan harga beras di Thai dan menjangka harga beras akan terus turun. "Kami akan membuat penyelarasan dari semasa ke semasa dan secara amnya harga beras dunia sudah menurun daripada RM3,908 setan matrik kepada RM2,606,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan corak ini harga pasaran beras akan terus menurun dan Bernas menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan harga baru beras.

Katanya, harga beras itu akan turun tetapi dijangka tidak akan kurang daripada RM1,954 setan metrik. Beliau berkata selepas Bernas diswastakan pada 1996, Bernas membuat keuntungan dengan mengikut harga pasaran beras di peringkat dunia.

"Kita membeli beras pada masa tertentu yang sesuai iaitu apabila harganya munasabah. Bernas memberi jaminan bahawa kami akan sentiasa peka dengan pasaran harga beras semasa,” katanya.

Forum hari ini dipengerusikan Pengarah INTAN Dr Muhamad Hamzah dan merupakan salah satu slot dalam satu seminar krisis makanan yang dianjurkan INTAN selama sehari.

- Bernama

Inflasi akan meningkat kepada 4.2 peratus tahun ini, kata Bank Negara

Inflasi dijangka melepasi 5.0 peratus bulan ini berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam, meningkat 4.2 peratus daripada anggaran awal pada 2.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini, kata Bank Negara Malaysia.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini berkata inflasi juga dijangkakan memuncak pada suku pertama 2009 sebelum menyederhana pada suku kedua tahun depan kepada kurang daripada 3.0 peratus.

“Bagi separuh pertama 2009, inflasi akan mencecah pada paras 5.3 peratus, dan selepas itu menurun kepada 3.0 peratus. Inilah simulasi awal kami terhadap penyelarasan harga seperti yang ditunjukkan pada asas bulan-ke-bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-12 di sini.

Beliau berkata kadar inflasi negara secara relatifnya masih rendah berbanding negara lain, dan beliau menggesa Malaysia mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dan menyesuaikan dengan keadaan itu. Zeti juga menolak cadangan kemungkinan kadar faedah meningkat, dengan berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari di luar daripada jadual biasanya.

“Pada masa ini kami akan memantau masalah inflasi dan melihat sama ada terdapat petunjuk kesan pusingan kedua (kenaikan harga bahan api) dan permintaannya, kerana pada masa ini ia akan memberi impak terhadap pertumbuhan, dengan pertumbuhan global kini menyederhana,” katanya.

"Oleh itu risiko perkembangan OPR (kadar dasar semalaman) sedang diperhalusi dan dinilai dan pada masa ini kami tidak menganggap perlunya memanggil mesyuarat khas jawatankuasa dasar monetari dan kami akan meneruskan penilaian itu ke masa hadapan,” katanya.

Mengenai pertumbuhan negara, Zeti berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) kekal antara 5.0 dan 6.0 peratus. “Pertumbuhan akan bergantung terhadap apa yang kerajaan lakukan dengan bayaran dan manfaat tunai hasil daripada subsidi yang lebih rendah, serta projek pembangunan. "Semua ini akan memastikan paras 5.0 peratus akan dicapai,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata beberapa kesan akan wujud ke atas aktiviti penggunaan walaupun unjuran yang lebih rendah itu masih tinggi daripada pertumbuhan penggunaan purata negara.

"Anggaran unjuran awal kami bahawa penggunaan sebenarnya akan berkembang lebih daripada 10 peratus, namun ia mungkin susut 1.0 peratus tahun ini,” katanya. "Oleh itu, tidak banyak penyelarasan ketara dalam penggunaan dan jika ia susut kepada 9.0 peratus, angka itu masih melepasi purata pertumbuhan penggunaan yang kita ada,” katanya.

- Bernama

PM gesa bendung kenaikan harga barang

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa 5 Jun 2008.

Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.

“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran.

Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini.

Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

Menurut Abdullah, kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dibebani kenaikan kos bahan api dan makanan.

Beliau menjelaskan, harga bahan api dan komoditi di peringkat global yang meningkat secara drastik menyebabkan struktur subsidi minyak sedia ada di Malaysia tidak lagi relevan dengan pasaran.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha menolong rakyat tetapi dalam keadaan yang berlaku sekarang (harga minyak dunia meningkat sehingga AS$135 setong), inilah cara yang sebaik-baiknya,” ujar Perdana Menteri.

Tegasnya: “Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”

Abdullah memberitahu, langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan hari ini tidak bermakna kerajaan telah menarik subsidi minyak sepenuhnya.

“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

Unjuran KDNK dijangka kekal 5%

Malaysia dijangka mampu mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga enam peratus pada tahun ini walaupun harga petrol dan diesel dinaikkan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kenaikan bahan bakar itu akan menyebabkan ekonomi negara lebih efisien, sekali gus mampu menarik pelabur menanam modal.

"Apa yang lebih penting adalah mewujudkan ekonomi yang efisien iaitu bergerak ke hadapan, ini akan membolehkan kita mencapai peningkatan pertumbuhan (ekonomi)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi minyak dan gas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdullah berkata, Malaysia yakin mampu mengekalkan KDNK sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Nor Mohamed ditanya bagaimana kerajaan dapat mengekalkan KDNK antara lima hingga enam peratus pada tahun ini sedangkan kos menjalankan perniagaan pasti meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurut Menteri Kewangan Kedua itu, ekonomi Malaysia dijangka berkembang berikutan pemberian rebat tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan yang layak.

"Penerima akan membelanjakan wang ini," katanya.

Nor Mohamed juga berkata, kerajaan akan menjana pendapatan sebanyak RM1.5 bilion setahun ekoran langkah mengenakan levi keuntungan berlebihan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM500 juta diperoleh daripada IPP dan RM1 bilion diraih daripada POP.

Siapa layak dapat subsidi tunai

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

Tawau sesuai untuk pusat pelancar roket

Malaysia sedang memikirkan rancangan untuk membangunkan sebuah pusat pelancaran roket di kawasan pantai timur Sabah khususnya di sekitar Tawau, demikian Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata kawasan Tawau mempunyai kedudukan geografinya yang sesuai tetapi kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan belum mempunyai cadangan kukuh untuk membangunkan pusat pelancaran roket di Sabah.

Selain itu, Fadillah juga berkata kos pulangan juga perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan projek yang menelan kos amat tinggi itu memandangkan pasaran bagi pelancaran satelit masih dikuasai oleh Amerika Syarikat, Russia dan Eropah. Katanya, pembangunan teknologi pelancaran roket juga perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pusat pelancaran itu dapat dibangunkan.

Beliau berkata, kerajaan kini sudah memulakan usaha bagi membentuk satu Dasar Angkasa Negara untuk perincian dan usaha ke arah pembangunan bidang angkasa dapat dikenalpasti bersesuaian dengan dasar pembangunan negara.

“Kerajaan sudah menubuhkan syarikat Astronotik Teknologi Malaysia Sdn Bhd yang memberi tumpuan dalam membentuk aktiviti berkaitan terutama dalam menyiap dan menyediakan projek itu.

“Kita sudah mempunyai empat pakar dalam bidang astronotik dan fokus kepada melatih lebih ramai modal insan. Kementerian juga bekerjasama rapat dengan Universiti Teknologi Malaysia dalam membangunkan modal insan yang pakar dalam bidang astronotik,” katanya.

- Bernama

Pelbagai program di IPT untuk salur maklumat dasar kerajaan

Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai dasar kerajaan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui pelbagai program sepanjang tempoh pengajian mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron, berkata antara program yang diadakan yang bertujuan secara langsung bagi menjelaskan dasar kerajaan adalah dengan menganjurkan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dua kali setahun.

Kamarudin meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan langkah serta perancangan kerajaan untuk memberi kefahaman kepada pelajar IPT mengenai dasar kerajaan dalam mentadbir negara.

Idris berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti, cadangan memperkenalkan kad diskaun pelajar dan persoalan caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianggap riba adalah antara isu semasa yang dibangkitkan dalam persidangan MPPK baru-baru ini.

- Bernama

Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM

Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.

Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter.

- Bernama

20080604

Harga petrol, diesel diapung

Kos bahan api ikut pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi diperkenal Ogos

Harga petrol dan diesel di negara ini dijangka diapungkan mengikut harga pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi bahan api dilaksanakan kerajaan Ogos ini.

Pada masa ini, harga bahan api itu dikawal kerajaan dengan memberi subsidi yang besar, tetapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad semalam berkata, kawalan harga minyak akan ditarik balik apabila mekanisme baru skim subsidi dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi.

Menerusi cara itu, katanya, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global.

Ketika ini, harga petrol di negara ini selepas subsidi hanya RM1.92 seliter dan diesel RM1.58, jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan harga bahan api itu.

20080603

Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel

Harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel tersebut tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.

Shahrir berkata, beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk mekanisme tersebut.