PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080729

Layan diri di stesen minyak mulai 1 Ogos

Berkuatkuasa Jumaat ini, stesen minyak di seluruh negara akan melaksanakan Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) sepenuhnya dalam usaha mengurangkan beban pengusaha selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Pemangku Presiden Persatuan Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abd Wahid Bidin hari ini berkata, pelaksanaan sistem itu selaras dengan keputusan kerajaan mengenai perkara itu baru-baru ini.

Bulan lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan SKLD dilaksanakan di semua stesen minyak berjenama di seluruh negara kecuali stesen minyak mini tanpa jenama di luar bandar berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Kerajaan memperkenalkan SKLD bagi stesen minyak di Lembah Klang pada 1997 bagi mengurangkan pergantungan pekerja asing dan mengurangkan kos operasi pengusaha stesen minyak.

Dalam satu kenyataan, Abdul Wahid berkata dengan pelaksanaan SKLD, pengguna yang membayar secara tunai dikehendaki membuat pembayaran di kaunter terlebih dahulu sebelum mengisi minyak manakala bagi pengguna kad kredit boleh berurusan terus di pam.

Bagaimanapun, katanya pekerja di stesen minyak dibenarkan membantu pengguna yang kurang upaya, warga emas dan wanita mengandung untuk mengisi minyak.

“Pengusaha juga dibenarkan mewujudkan ruang atau tempat yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan kenderaan seperti minyak enjin, angin, air dan bateri dengan menyediakan peralatan yang sesuai untuk tujuan tersebut serta alat mencuci cermin kereta,” katanya.

Abd Wahid berkata kawasan larangan merokok, mematikan enjin kenderaan, larangan penggunaan telefon bimbit dan alat elektronik lain serta menggunakan bekas yang dibenarkan untuk mengisi bahan petroleum turut dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.

- Bernama

No comments: