PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080630

Kemalangan di S’wak meningkat

Peningkatan dicatat dari segi kemalangan maut, cedera parah dan kemalangan secara keseluruhannya

Kemalangan maut yang melibatkan pengguna jalan raya di Sarawak antara Januari hingga Mei 2008 tahun ini meningkat kepada 5.3 peratus iaitu 119 kes berbanding 113 kes pada tahun 2007.

Mengikut statistik JKJR Sarawak, bilangan kematian bagi tempoh yang sama (Januari-Mei) bagaimanapun menurun sebanyak 5.1 peratus kepada 129 kes pada 2008 berbanding 136 kes pada 2007.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah penyumbang utama kes kemalangan maut melibatkan 66 kematian pada 2008 berbanding 55 kematian pada 2007.

Kes yang melibatkan kecederaan parah pula meningkat kepada 24.8 peratus iaitu sebanyak 196 kes pada 2008 berbanding 157 kes pada 2007.

Sebanyak 6,514 kes kemalangan jalan raya dicatat 2008 berbanding 6,193 kes dalam tempoh yang sama pada 2007, iaitu meningkat sebanyak 5.2 peratus.

Peningkatan jumlah kemalangan adalah berpunca daripada sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, setiap pengguna jalan raya perlu mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JPJ Sarawak, bilangan kenderaan baru didaftarkan bagi tempoh Januari hingga April 2008 adalah sebanyak 23,852 unit dengan 10,415 unit adalah motosikal.

Jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negeri Sarawak sehingga 30 April 2008 adalah sebanyak 1,062,951 unit dengan 458,569 adalah motosikal.

Purata sebulan terdapat penambahan 6,000 kenderaan baru di jalan raya negeri Sarawak.

Pelbagai usaha telah diambil bagi menangani kemalangan jalan raya yang antaranya adalah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), mengadakanPprogram Pendidikan Lalu Lintas Shell, memperkenalkan Modul Pendidikan keselamatan Jalan Raya (Road Signages), penggunaan tali pinggang keledar belakang dan kempen-kempen melalui risalah dan media cetak.

Bagi menangani masalah kemalangan setiap pengguna dinasihati agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan merancang setiap perjalanan dengan baik.

Justeru, adalah perlu untuk semua pihak bekerjasama antara satu sama lain agar semua program murni yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

No comments: