PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080718

Sekat import ikan dari tiga negara

Myanmar, Indonesia dan Kemboja risiko tinggi hadapi pencemaran arsenik dalam air

Kementerian Kesihatan mengenakan sekatan terhadap semua import ikan dari Myanmar, Indonesia dan kemboja berikutan negara terbabit berisiko tinggi menghadapi pencemaran arsenik dalam air.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Noraini Mohd Othman, berkata sekatan itu dikenakan serta merta selepas menerima maklumat, Ahad lalu dan dilaksanakan di bawah Tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & Lepas) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

Katanya, kementerian melalui pemantauan berterusan di setiap pintu masuk negara akan memastikan bekalan itu hanya dilepaskan ke pasaran selepas memperoleh keputusan makmal yang membuktikan tahap pencemaran arsenik mematuhi Peraturan-Peratutan Makanan 1985.

"Sebelum ini, kita tidak pernah menerima laporan pencemaran bahan itu dari negara terbabit. Sejak 2001 hingga kini kementerian hanya merekodkan enam data waspada makanan (food alert) yang dikesan mengandungi arsenik melebihi tahap dibenarkan tetapi ia tidak termasuk ketiga-tiga negara itu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, kawasan yang dipercayai berisiko tinggi adalah bahagian timur Sumatera di Indonesia; Delta Irrawaddy di Myanmar dan Tasik Tonle Sap di Kemboja.

Mengikut data tahun lalu, Malaysia mengimport ikan dari Myanmar bernilai kira-kira RM104 juta, manakala import ikan dari Indonesia lebih RM310 juta. Ahad lalu, akhbar melaporkan Delta Irrawaddy yang musnah teruk di Myanmar akibat taufan kini berisiko tinggi pencemaran arsenik dalam aliran air bawah tanah yang boleh menyebabkan kanser serta penyakit lain kepada penduduk.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong dan Pembekal Ikan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor, Ariffin Zakaria, berkata berlaku kekurangan bekalan ikan yang teruk di pasaran sejak seminggu lalu.

No comments: