PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080717

Sarawak: Tambang bas naik 100 peratus

Cadangan sudah dikemuka kepada LPKP bagi kurangkan kos operasi

Tambang bas awam di Sarawak akan dinaikkan seratus peratus jika cadangan mengenainya diluluskan ibu pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Cadangan itu sudah pun dikemukakan kepada LPKP di Kuala Lumpur oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Bas Sarawak, bulan lalu. Naib Pengerusinya, John Ling Lai Seng, berkata pihaknya tidak ada pilihan jika mahu meneruskan operasi, kecuali menaikkan kadar tambang sehingga seratus peratus.

Katanya, kadar tambang perlu dinaikkan sekali ganda untuk mengurangkan impak kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan termasuk bateri dan tayar, yang turut mengalami kenaikan harga.

"Kenaikan tambang perlu untuk kami menampung kos operasi yang semakin meningkat atau kami terpaksa gulung tikar. Harga bateri naik daripada RM150 kepada RM400, manakala harga tayar bas naik daripada RM400 sebiji kepada RM800 sebiji.

“Kalau tambang bas tidak dinaikkan, kami terpaksa meneruskan operasi dengan menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menaikkan gaji kakitangan antara 20 hingga 30 peratus, selari dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan di pasaran, supaya kakitangan mereka tidak terlalu dibeban.

Ling berkata, pada masa sekarang ada kira-kira 5,000 bas awam beroperasi di seluruh negeri ini, dikendalikan oleh lebih 20 syarikat bas.

Persatuan itu turut meminta supaya kuota subsidi diesel dinaikkan kepada 100 peratus daripada keperluan pengusaha bas awam di negeri ini. Beliau berkata, setiap bas yang beroperasi di negeri ini memerlukan kira-kira 2,500 liter diesel sebulan, manakala bagi bas yang beroperasi jarak jauh memerlukan 9,680 liter diesel sebulan.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya hanya memperoleh 1,440 liter diesel subsidi (dengan harga RM1.43 seliter) untuk setiap bas beroperasi di bandar dan 2,880 liter diesel subsidi untuk bas jarak jauh.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membayar pada kadar harga biasa untuk baki keperluan diesel iaitu RM2.58 seliter.

Beliau juga mendakwa Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah bersetuju terhadap cadangan memberikan subsidi seratus peratus dalam perjumpaan dengan mereka sebelum ini, namun sudah sebulan berlalu ia belum lagi dilaksanakan.

No comments: