PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080721

Britain percaya Amerika seksa tahanan

LONDON: Kerajaan Britain seharusnya tidak lagi menerima jaminan Amerika Syarikat bahawa ia tidak lagi melakukan penderaan, kata anggota Jawatankuasa Pemantau Parlimen dalam laporan meluas mengenai dasar hak asasi manusia di sini, semalam.

Menteri Britain sebelum ini diberi kenyataan terus daripada rakan sejawatan Amerika mereka, termasuk Setiausaha Negara, Condolezza Rice dan Presiden George W Bush, bahawa Washington tidak melakukan amalan sedemikian.

Namun, jawatankuasa hal ehwal asing Parti Buruh dan Konservatif berkata, pendirian itu sepatutnya diabaikan berikutan pengakuan daripada Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika, Michael McConnell, bahawa teknik seksaan 'water-boarding' atau melemaskan tahanan, digunakan ke atas suspek pengganas.

Setiausaha Luar Britain, David Miliband, memberitahu Parlimen dalam dua kejadian tahun ini bahawa amalan itu, yang sama dengan kaedah melemaskan ketika soal siasat adalah sama dengan seksaan.

"Pendirian Miliband mempunyai kesan serius terhadap dasar kerajaan," kata jawatankuasa itu dalam Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia 2007-8 setebal 214 muka surat.

"Kami membuat kesimpulan, berdasarkan definisi perbezaan jelas, Britain tidak lagi boleh bergantung terhadap Amerika berhubung jaminan bahawa ia tidak melakukan kekejaman, dan kami mencadangkan kerajaan tidak sepatutnya bergantung kepada jaminan itu pada masa akan datang," tambahnya.

Britain turut menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mencegah ekstradisi suspek ke negara yang mana seksaan digunakan.

- AFP

No comments: