PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080713

Polis beri amaran kepada Anwar, penyokong

KUALA LUMPUR 13 Julai - Polis mengulangi amaran kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya supaya tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang di pekarangan bangunan Parlimen esok.

Ia berikutan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini bagi melarang Anwar dan mana-mana individu berkenaan hadir di lokasi terbabit, berkumpul mahupun mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Permohonan perintah mahkamah itu dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin hari ini.

Perintah larangan daripada mahkamah perlu dikeluarkan segera atas kesuntukan masa memandangkan ia dijadual diadakan esok.

- Utusan (13/07/2008 7:10pm)

No comments: