PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080712

Harga baru gas diumum

Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan semula harga gas untuk sektor industri yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu secara purata dari RM12.87 per Million British Thermal Unit (MMMBtu) kepada RM22.06 MMMBtu membabitkan penggunaan kurang daripada 2 juta kaki padu sehari (mmscfd) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Bagaimanapun bagi industri yang tahap penggunaan gasnya melebihi 2 juta mmscfd pula menikmati pengurangan kadar tarif apabila berkuat kuasa 1 Julai lalu, sektor berkenaan dikenakan harga sebanyak RM23.88 per MMMBtu berbanding RM32.56 MMMBtu yang diumumkan kerajaan pada 4 Jun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz mengumumkan demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kadar harga baru itu bagi penggunaan di bawah 2 juta mmscfd melibatkan sebanyak lebih 8,000 pengguna domestik yang mengunakan gas melalui saluran paip dan lebih 10,000 bagi enam kategori pelanggan termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Bagi pelanggan yang melebihi 2 juta pula akan melibatkan kira-kira 1,500 pengusaha industri yang tidak membabitkan sektor elektrik.

``Struktur harga baru gas bagi sektor tersebut adalah membabitkan pemberian diskaun sebanyak 70 peratus daripada harga di pasaran yang kini bernilai RM79 per MMMBtu,'' katanya. –

-Utusan.

No comments: