PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080726

Kadar OPR dikekalkan, spekulasi kenaikan tamat (25 Julai 2008)

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.50 peratus, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa kadar itu akan berubah.

BNM sebelum ini diramal akan menaikkan kadar berkenaan bagi mengekang kadar inflasi semasa yang meningkat.

Bank Pusat dalam kenyataannya di sini berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR di paras sedia ada yang ditetapkan sejak April 2006.

Katanya, pengekalan itu dibuat berdasarkan penilaian bahawa ekonomi Malaysia masih berpotensi untuk mengukuhkan landasan pertumbuhan jangka sederhana berikutan kekukuhan dasaran ekonomi dan ketahanan sektor perbankan.

BNM berkata: ''Dalam tempoh 12 bulan akan datang, risiko peningkatan inflasi tinggi dan pertumbuhan perlahan akan meningkat yang boleh menyebabkan ekonomi perlahan sehingga banyak penggangguran.

''Namun begitu, pertumbuhan yang rendah akan mengekang potensi kesan kali kedua inflasi sekali gus mengekang kenaikan harga yang seterusnya dalam setengah kedua 2009,'' kata Bank Pusat.

BNM berkata, pihaknya meramalkan inflasi akan terus tinggi dalam setengah kedua tahun ini dan dalam awal tahun depan sebelum menjadi sederhana menjelang pertengahan tahun 2009.

Purata kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada pada paras 5.5 hingga 6 peratus.

Sambil menyatakan peningkatan itu pada masa ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, BNM menambah, kadar inflasi dijangka menjadi sederhana dalam setengah kedua 2009 bersandarkan keadaan persekitaran pertumbuhan yang sama.

''Pada masa sekarang, kebimbangannya adalah terhadap peningkatan harga yang lebih besar dan akan memberi kesan kepada pusingan kali kedua yang boleh menyebabkan kadar tersebut terus meningkat.

''Sehubungan itu, respons terhadap polisi kewangan perlu diambil dengan teratur untuk mengekalkan kestabilan harga jangka sederhana dan dalam masa yang sama adalah untuk memastikan kadar kenaikan kadar inflasi itu tidak melemahkan prospek pertumbuhan ekonomi negara jangka panjang,'' jelasnya.

BNM berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada pertengahan pertama tahun ini telah didorongi oleh permintaan domestik yang ketara dan prestasi eksport.

Bagaimanapun, penyusunan semula harga komoditi tenaga secara besar-besar agar hampir menyamai harga antarabangsa adalah bertujuan untuk mengurangkan gangguan dasaran yang mungkin wujud dan memastikan pengekalan fiskal.

''Tetapi perubahan itu dijangka akan mempunyai kesan deflasi terhadap ekonomi dalam setengah kedua tahun ini dan juga awal tahun 2009,'' katanya.

No comments: