PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080709

498,800 isi rumah berpendapatan kurang RM1,000 sebulan

Sebanyak 498,800 atau 8.6 peratus daripada 5.8 juta isi rumah di negara ini memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Beliau berkata, perangkaan terkini itu berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah atau Kemudahan Asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lalu.

Amirsham berkata, bagi kategori isi rumah berpendapatan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan, terdapat 1,705,200 atau 29.4 peratus, RM2,001 hingga RM3,000 (1,148,400 atau 19.8 peratus) dan RM3,001 hingga RM4,000 (748,200 atau 12.9 peratus).

Katanya, sebanyak 731,000 atau 8.6 peratus isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan, RM5,001 hingga RM10,000 (916,400 atau 15.8 peratus), dan RM10,001 ke atas (284,200 atau 4.9 peratus).

Beliau berkata, antara dasar RMK-9 ialah untuk menaikkan lagi pendapatan penduduk di negara ini dan menambah peluang pekerjaan bagi kaum yang tercicir.

- Bernama

No comments: