PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071202

41. SYOR WAJIB PENUMPANG BELAKANG PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR TAHUN DEPAN

Penumpang tempat duduk belakang mungkin diwajibkan memakai tali pinggang keledar mulai tahun depan sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata,

cadangan berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya untuk dipertimbangkan.

‘‘Kajian Miros mengenai keperluan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang sudah siap dan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet itu untuk kelulusan tidak lama lagi.

‘‘Pelaksanaannya tidak menjadi masalah kerana ia hanya perlu pindaan kecil kepada Peraturan Tali Pinggang Keledar yang berada di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan tidak perlu dibawa ke Parlimen kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Miros, Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, kementeriannya akan membentangkan kertas cadangan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang bagi meningkatkan keselamatan kenderaan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, penumpang yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan disaman seperti pemandu dan penumpang hadapan.

Suret memberitahu, pihaknya akan mempertingkatkan kempen pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.

‘‘Kami mahu mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang adalah perlu untuk keselamatan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Radin Umar memberitahu, kajian yang dijalankan oleh Miros menunjukkan 95 peratus kenderaan di negara ini sudah mempunyai tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.

‘‘Malah, kira-kira 91 peratus pemandu kenderaan di negara ini membawa penumpang kurang daripada tiga orang,” katanya.

Utusan Malaysia 1/12/07

No comments: