PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071215

94. KWSP: Ansuran rumah mulai Januari 2007

Mulai 1 Januari ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai simpanan minimum RM600 dalam Akaun 2 boleh mengeluarkannya secara bulanan untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.

Pengurus Besar Kanan KWSP, Hizwani Hassan berkata, jumlah minimum pengeluaran adalah RM100 manakala jumlah maksimum tidak melebihi nilai ansuran bulanan pinjaman bagi tempoh tidak kurang daripada enam bulan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, syarat lain ialah belum mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai tunggakan ansuran pinjaman perumahan.

Katanya, para pencarum juga mesti merupakan pembeli dan peminjam serta pemilik premis berkenaan dan mereka tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut untuk tujuan lain.

“Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mana-mana rumah yang dibelinya dan pengeluaran kali kedua hanya dibenarkan untuk rumah yang sama,” katanya.

Hizwani memberitahu, bagi permohonan kali pertama, pencarum perlu mengisi borang KWSP 9P (AHL) dan menyertakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

Skim yang berkuat kuasa 1 Januari itu membolehkan sebanyak RM9.6 bilion setahun dikeluarkan oleh pencarum.

Ia diperkenalkan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pembentangan Bajet 2008, September lalu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.kwsp.gov.my.

Utusan Malaysia 15/12/07

No comments: