PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071203

50. SSPN keluar pinjaman pendidikan RM2.5 bilion

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM2.5 bilion bagi membolehkan 145,000 pelajar menyambung pengajian peringkat tinggi sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengurus Kanan SSPN, Tuan Din Tuan Mat berkata, pembiayaan pinjaman itu hampir mencapai matlamat unjuran awal untuk memastikan 160,000 peminjam dapat meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

‘‘Selangor menduduki tempat pertama dengan jumlah pinjaman RM49 juta serta melibatkan seramai 120,000 pelajar,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Taklimat SSPN peringkat Jajahan Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini hari ini.

Tuan Din berkata, Kelantan menduduki tempat ketiga dari segi jumlah pencarum paling ramai melabur dalam SSPN demi masa depan anak masing-masing.

‘‘SSPN telah berjaya mengurangkan bebanan ibu bapa miskin untuk membiayai kemasukan anak-anak mereka ke IPT berbanding sebelum ini apabila ada yang terpaksa menggadai harta dan menjual ternakan untuk menampung kos,” ujarnya.

Tuan Din berkata, SSPN juga meluluskan wang pinjaman serta-merta sebanyak RM1,500 kepada setiap pelajar yang berjaya memasuki IPT bagi membolehkan mereka membeli pelbagai kelengkapan dan peralatan yang diperlukan.

Beliau bagaimanapun kesal kerana masih terdapat sesetengah pihak yang tidak memahami matlamat dan agenda SPPN dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Utusan Malaysia 3/12/07

No comments: