PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071202

48. PENYAKIT HIV

Seramai 5,373 wanita di negara ini hidup dengan HIV dan AIDS yang jumlah keseluruhannya termasuk kanak-kanak mencecah 67,234 orang.

Sejak kes pertama didiagnosis di negara ini pada 1986, sebanyak 9,155 kematian akibat penyakit berkaitan AIDS dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada 2006 sahaja, sebanyak 5,830 kes baru jangkitan HIV dilaporkan dengan 976 kematian.

Mengikut profil KKM, 73 peratus orang yang hidup dengan HIV (OHIV) di negara ini ialah pengguna dadah suntikan dengan 37 peratus berusia 29 tahun ke bawah.

Dengan 11, 780 kes baru dilaporkan di seluruh dunia setiap hari dan di Malaysia sahaja purata 16 kes, tidak ragu-ragu lagi HIV dan AIDS merupakan ancaman wabak yang utama bagi manusia.

Menurut Penasihat HIV dan AIDS Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik, Wing-Sie Cheng, dianggarkan sebanyak 45 juta kes baru akan dicatatkan menjelang 2010 sekiranya langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan tidak diambil.

Pada tahun lalu sahaja, katanya, 4.3 juta orang dijangkiti HIV dengan 530,000 daripadanya kanak-kanak.

Malaysia merupakan negara kelima terpantas dari segi pertumbuhan epidemik HIV di rantau Asia Pasifik dengan transmisi (pemindahan) virus melalui hubungan seks menunjukkan trend membimbangkan.

Sedutan Utusan Malaysia 1/12/07

No comments: