PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071209

76. EKONOMI - DAGANGAN MALAYSIA 2007 JANGKA MENINGKAT

Jumlah perdagangan Malaysia pada tahun ini dijangka melepasi angka yang dicatatkan pada tahun lalu berikutan keupayaan negara menarik lebih banyak pelabur asing sepanjang tahun ini.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Rafidah Aziz jumlah perdagangan Malaysia pada tahun lalu ialah RM1.069 trilion.

Katanya, jumlah pelaburan negara bagi sembilan bulan tahun ini yang berjumlah RM39.5 bilion, juga telah mengatasi sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga.

Pelaburan itu membabitkan 702 projek yang diluluskan termasuk projek elektrik dan elektronik sebanyak 29.1 peratus, petroleum dan petrokimia 25.8 peratus, kimia dan produk kimia 9.8 peratus, logam asas 9.6 peratus dan kertas 6.6 peratus, katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pameran 50 tahun transformasi perdagangan dan perindustrian Malaysia di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pameran itu berlangsung sehingga 23 Disember ini.

‘‘Dengan prestasi memberangsangkan yang dicatatkan setakat ini, kita yakin Malaysia mampu mengulangi kejayaan yang dibuat pada 2006 untuk mencatat jumlah dagangan melebihi RM1 trilion,’’ kata Rafidah.

Menurut beliau, sektor perkhidmatan dan pengilangan dijangka menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jumlah dagangan itu.

Mengulas prospek perdagangan pada tahun depan, Rafidah berkata, kementeriannya telah mengatur beberapa misi perdagangan untuk meningkatkan pasaran Malaysia di luar negara serta meneroka peluang pasaran baru.

Bagi tahun 2008, sejumlah sembilan misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara yang dirancang telah diluluskan oleh Kabinet pada Rabu lalu.

Negara-negara tersebut termasuk Asia Barat, Amerika Syarikat (AS), Eropah, China, Taiwan dan ASEAN, ujar Rafidah.

Selain mengadakan misi perdagangan, katanya, MITI juga akan menemui beberapa syarikat-syarikat multinasional seperti dari AS, Perancis dan Jerman yang berhasrat untuk meluaskan operasi mereka ke luar negara.


RIZAB BNM RM345.1 BILION

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM345.1 bilion (AS$101.1 bilion) setakat 30 Nov 2007.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, rizab itu lebih rendah sedikit dibandingkan dengan RM345.3 bilion yang dicatat setakat 15 November, 2007.

Utusan Malaysia 8/12/07

No comments: