PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071203

53. Politik - CADANG 18 TAHUN BOLEH MENGUNDI

Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) mencadangkan kelayakan umur pengundi dipinda daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun bertujuan menarik lebih ramai golongan muda keluar mengundi semasa pilihan raya umum.

Timbalan Pengerusinya, Dipendra Harshad Rai berkata, remaja yang mencecah umur 18 tahun harus diberikan kelayakan mengundi kerana usia sedemikian dikategorikan sebagai cukup matang membuat keputusan.

‘‘Jika remaja berusia 17 tahun boleh memiliki lesen memandu manakala yang berusia 18 tahun dibenarkan berkahwin, mengapa pula mereka (yang berusia 18 tahun) tidak diberi hak mengundi,’’ ujarnya ketika berucap pada Persidangan Perundingan Belia Kebangsaan di sini hari ini.

Persidangan bertemakan ‘Desakan Untuk Bersatu Ke Arah Perubahan: Peluang Dan Cabaran Untuk Golongan Muda’ itu dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Dipendra turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

Menurut beliau, pendekatan yang diamalkan kini bukan sahaja kurang berkesan malah menimbulkan banyak masalah terutama yang melibatkan masa.

Peguam tersebut menyatakan, berdasarkan pengalamannya ketika pilihan raya lalu, beliau terpaksa pulang ke Kajang untuk mengundi walaupun bertugas di Kuala Lumpur.

‘‘Bagaimana pula dengan mereka yang bertugas di Kuala Lumpur sedangkan alamat pada kad pengenalan di Kedah, tentu kurang praktikal kerana terpaksa pulang ke sana untuk mengundi,’’ ujarnya.

Menurut beliau, proses pendaftaran sedia ada banyak kelemahan dan sudah tiba masa kerajaan memanfaatkan sistem pengkomputeran supaya proses pengundian lebih efisien dapat dilaksanakan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye pernah menyuarakan cadangan yang sama kerana sistem pendaftaran kini hanya mampu mendaftar 10 peratus daripada 1.2 juta rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun setiap tahun.

Utusan Malaysia 3/12/07

KOMEN : APA PANDANGAN ANDA?

No comments: