PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071203

51. Ekonomi - Defisit pertanian turun ke RM14 bilion

Imbangan dagangan import dan eksport yang melibatkan produk pertanian berjaya dikurangkan kepada RM14 bilion tahun ini, berbanding RM17 bilion pada tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, pengurangan itu dicapai berikutan pelbagai langkah kerajaan meningkatkan hasil pertanian dan mengurangkan pergantungan terhadap pengimportan barangan makanan.

“Pengurangan defisit itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan jumlah eksport dan menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport produk makanan menjelang tahun 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar peringkat Parlimen Tasek Gelugor di Taman Rekreasi Padang Cempedak di sini, semalam.

Menurut Mohd. Shariff, walaupun angka itu masih jauh daripada sasaran untuk mengurangkan imbangan dagangan kepada RM1.2 bilion menjelang tahun 2010, namun kementeriannya yakin sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh dua tahun lagi.

Antara langkah yang diambil ialah melaksanakan lima projek pertanian berimpak tinggi, meningkatkan hasil padi kepada 10 tan sehektar dan melahirkan 10,000 usahawan tani bagi meningkatkan hasil pertanian.

Katanya, lima projek tersebut ialah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Ladang kontrak, Pusat Kebangsaan Feedlot serta Pembangunan Usahawan Tani yang berjalan lancar sejak diperkenalkan dua tahun lepas.

“Kesemua projek tersebut yang dilaksanakan di seluruh negara telah membuahkan hasil menggalakkan dan sekali gus menyumbang kepada hasil pertanian negara,” tambahnya.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Shariff, kerajaan masih memerlukan lebih banyak usahawan tani yang kini berjumlah kira-kira 4,000 orang berbanding sasaran sebanyak 10,000 orang dua tahun lagi.

Justeru, kerajaan terus memberi bantuan kepada usahawan yang layak iaitu sebanyak RM100,000 kepada kumpulan dan RM10,000 kepada individu yang berminat mengusahakan projek pertanian.

Menurutnya, produk-produk pertanian tempatan termasuk buah-buahan mempunyai pasaran eksport yang luas khususnya ke negara seperti Australia, Singapura, Arab Saudi dan Jepun.

Utusan Malaysia 3/12/07

No comments: