Pendapatan eksport produk sawit negara dijangka mencecah RM40 bilion pada tahun ini, ekoran peningkatan pengeluaran dan harga minyak sawit mentah yang mencatat paras tertinggi RM3,000 setan, baru- baru ini.
Pengeluaran minyak sawit mentah negara meningkat kepada 16 juta tan setahun sejak tahun lepas, dengan pertambahan kawasan tanaman sawit yang matang.
Walaupun keluasan tanah pertanian negara adalah terhad iaitu kira-kira 4.4 juta hektar tetapi dengan amalan sistem pengurusan ladang agronomi yang sistematik ia dapat meningkatkan produktiviti tanaman.
Ini termasuklah pembajaan sempurna dan teknik kawalan serangga perosak dan tanaman sawit yang berkesan, penggunaan bahan tanaman bermutu dan jentera perladangan.
Petikan data - U.M. 12/12/07
No comments:
Post a Comment