PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071217

105. PLKN benar daftar lewat

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 5/2008 yang bermula 29 dan 30 Disember ini, akan diberikan kelonggaran mendaftar lebih lewat, jika kediaman keluarga mereka terbabit banjir.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terjejas banjir perlu memaklumkan masalah itu kepada JLKN bagi mendapatkan kelonggaran pendaftaran itu.

"Semua pelatih yang terjejas banjir akan diberi kelonggaran mendaftar lewat sedikit daripada tarikh sepatutnya, tetapi sebaik keadaan pulih, mereka perlu mendaftar di kem," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kem PLKN serta mengadakan pertemuan bersama Komandan Kem PLKN seluruh Kelantan dan Terengganu, di sini, semalam.

Bagi memudahkan pergerakan 37,000 pelatih siri itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di laluan yang ditenggelami banjir bagi membolehkan mereka dihantar ke kem latihan.

Katanya, setakat ini, 83 kem PLKN yang akan digunakan untuk penempatan pelatih siri akan datang tidak terjejas walaupun beberapa laluan menuju kem itu ditenggelami banjir.

UM17/12/07

No comments: