Kes jenayah keganasan yang membabitkan rogol meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Maximus J. Ongkili berkata, kerajaan bimbang dengan peningkatan kes itu apatah lagi lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah dan ia dilakukan oleh mereka yang dikenali termasuk bapa dan teman lelaki.
Menurut beliau, statistik menunjukkan dari Januari tahun ini hingga September lalu, terdapat sejumlah 2,432 kes rogol berbanding sebanyak 1,849 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.
‘‘Ini memberi gambaran yang sememangnya menyedihkan dan menunjukkan peranan institusi keluarga serta masyarakat sekeliling amat penting.
Utusan Malaysia 1/12/2007
No comments:
Post a Comment