Setiap penghujung tahun, para pekerja akan berasa gembira dan lega kerana waktu ini lah mereka akan menerima wang lebih atau imbuhan dari majikan yang berbentuk bonus. Ini sebagai penghargaan keatas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tahun pekerja.
Ia juga antara faktor yang menjadi motivasi kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas seterusnya dengan baik dan setia kepada majikan dan syarikat.
Jumlah bonus mungkin minima atau berganda gaji bulanan mengikut prestasi keuntungan sesebuah syarikat. Walaupun bonus boleh dianggap sebagai rezeki tambahan atau ganjaran kepada penat-lelah bekerja selama ini, tidak bererti ia boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Bagi mereka yang mempunyai tanggungan besar, ini dapat meringankan bebanan terutama sekali perbelanjaan persiapan persekolahan anak pada permulaan tahun. Wang lebih ini juga amat membantu penerima dalam mengatasi kos saraan hidup harian yang sedang meningkat disebabkan kenaikan harga barang keperluan harian yang kian mendadak dan sukar dikawal.
No comments:
Post a Comment