PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071228

121. Benazir Bhutto terbunuh


Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam serangan bunuh diri ketika mengakhiri kempen pilihan raya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di sini, semalam. (27/12/07)

Benazir, 54, yang pulang ke Pakistan Oktober lalu selepas lapan tahun hidup dalam buangan, meninggal dunia di Hospital Besar Rawalpindi akibat cedera parah dalam serangan yang turut mengorbankan 20 yang lain.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan beberapa tembakan sebelum meletupkan bom.

Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober 2007 lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang.

Militan dipersalahkan atas serangan itu, tetapi Benazir menegaskan keazamannya meneruskan kempen demokrasi sekalipun menghadapi ancaman.

Bapa Benazir, Zulfikar Ali Bhutto, adalah Perdana Menteri pertama Pakistan yang dipilih menerusi pilihan raya. Beliau dihukum bunuh selepas digulingkan tentera pada 1979.

Benazir yang memenangi pilihan raya 1988 pada usia 35 tahun, menjadi pemimpin wanita dunia Islam pertama. Beliau digulingkan pada 1990 dan terpilih semula sebagai pemimpin pada 1993 sebelum digulingkan sekali lagi pada 1996 atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Keluarga Benazir juga tidak sunyi daripada kontroversi dan keganasan. Dua abangnya mati dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya, manakala beliau mendakwa pembunuh al-Qaeda cuba membunuhnya beberapa kali pada 1990-an.

No comments: