PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071224

115. CUEPACS yakin diberi sagu hati RM2,000

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) percaya rayuannya untuk mendapatkan sagu hati sebanyak RM2,000 bagi menggantikan bonus dapat meringankan beban 850,000 kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, kesatuan sekerja itu akan membincangkan rayuan tersebut dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada awal bulan depan.

“Kita sedang menunggu kepulangan Ketua Setiausaha Negara yang kini berada di Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan haji,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omar berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini penghantaran memorandum oleh kongres itu kepada kerajaan pada 10 September lalu berhubung pembayaran honorarium menggantikan bonus.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberikan reaksi positif berhubung perkara itu dan meminta kesatuan sekerja itu berbincang mengenai rayuan berkenaan dengan Mohd. Sidek.

CUEPACS bagaimanapun menegaskan bahawa kesatuan sekerja induk kakitangan awam itu tidak berniat untuk mendesak kerajaan berhubung perkara tersebut.

Omar menjelaskan, beliau memahami kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kewangan negara sebelum meluluskan pemberian sagu hati itu.

Pihaknya berharap kerajaan dapat memberi honorarium antara RM1,000 hingga RM1,500 jika permohonan untuk pembayaran honorarium sebanyak RM2,000 ditolak.

“CUEPACS percaya honorarium ini amat penting terutama kepada kakitangan awam kerajaan yang berpendapat rendah.

“Daripada 1.2 juta anggota sektor awam, kira-kira 850,000 merupakan kakitangan berpendapatan rendah.

“Sekurang-kurangnya ia (bayaran sagu hati daripada kerajaan) dapat membantu mereka membeli pakaian sekolah dan keperluan anak-anak yang akan menempuh sesi baru persekolahan pada tahun depan,” katanya.

Komen : Tolak pakaian, buku latihan, yuran sekolah anak; tolak bayar 'repair motorkar' kenak banjir dan belanja raya, krismas atau tahun baru.....abiss...dah. Kalau tiada pun...along pula senyum.

No comments: