PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071202

42. BANTAH ROTAN PELAJAR PEREMPUAN

Kementerian Pelajaran diminta tidak melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar perempuan kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Perkara 37 Konvensyen Mengenai Kanak-kanak.

Malah, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim juga meminta amalan merotan terhadap pelajar lelaki dikaji semula.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, langkah itu adalah untuk memelihara dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Akta Kanak-kanak 2001.

Selasa lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberitahu, cadangan Kementerian Pelajaran untuk menguatkuasakan hukuman rotan tersebut pada tahun depan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi supaya tidak bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 sebelum dikemukakan kepada Kabinet.

Kata Kay Kim, kementerian terbabit perlu menggunakan pendekatan alternatif yang lebih bersifat kemanusiaan dan tidak memberi kesan negatif dari aspek psikologi terhadap pelajar terbabit.

Utusan Malaysia 1/12/07

KOMEN : APA PENDAPAT ANDA?

1 comment:

Anonymous said...

Apa hukuman terbaik untuk pelajar wanita yang bermasalah jika hukuman rotan tidak boleh digunakan?