PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071202

43. Larangan urus niaga ringgit kekal

Malaysia tidak bercadang membenarkan ringgit diurus niaga semula di luar negara kerana tidak ada keperluan mendesak untuk berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia gembira dengan keadaan sekarang dan tidak mahu ringgit terdedah kepada spekulasi di pasaran tukaran asing.

Menurutnya, larangan terhadap urus niaga ringgit di luar negara yang dilaksanakan sekarang tidak menyekat kemasukan pelabur asing ke Malaysia.

‘‘Secara asasnya, kita berpendapat tidak ada keperluan untuk membenarkan ringgit diurus niaga di peringkat antarabangsa.

‘‘Tiada keperluan mendesak untuk melakukannya. Jika kita benarkan, kemungkinan besar ringgit menjadi mangsa spekulasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama media Malaysia dan asing sempena lawatan kerjanya ke Hong Kong.

Malaysia melaksanakan langkah kawalan modal termasuk dasar tambatan ringgit pada kadar RM3.80 bagi setiap AS$1 pada 1 September 1998 setelah berlaku krisis mata wang di Asia pada 1997-1999.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, dasar itu dimansuhkan.

Sementara itu, Najib berkata, pertemuannya dengan pengurus dana global di Hong Kong, hari ini berlangsung dengan baik dan mereka berminat dengan pelbagai pembangunan di Malaysia.

Katanya, sesi dengan pengurus dana amat berguna dan berlangsung secara interaktif apabila mereka berpeluang mendapatkan penjelasan mengenai usaha dan perubahan dasar Malaysia.

Pertemuan itu jelas beliau, memberi kesan positif apabila ia meningkatkan keyakinan pengurus dana termasuk pelabur dari Hong Kong terhadap kemampuan negara.

Selain itu, katanya, mereka juga mahukan maklumat tentang projek-projek pembangunan di Malaysia termasuk mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Dalam hubungan ini, jelas Timbalan Perdana Menteri, pihaknya memaklumkan kepada pengurus dana yang WPI bukan saingan kepada pembangunan di Shenzen, China kerana struktur dan penekanannya adalah berbeza sama sekali.

Mengenai perbankan Islam, Najib berkata, Malaysia yang berpengalaman luas dalam bidang itu sedia menawarkan kerjasama kepada mana-mana negara yang ingin melaksanakan sistem berkenaan termasuk Hong Kong dan China.

Tambah beliau, dalam pertemuannya dengan Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang hari ini, soal perbankan Islam turut dibangkitkan oleh pemimpin Hong Kong itu.

Utusan Malaysia 1/12/2007

No comments: