PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20071217

103. Sarawak memerlukan tenaga kerja yang tinggi

Sarawak memerlukan sejumlah 2.5 juta tenaga kerja bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi menjelang 2020.

Jumlah itu meningkat berlipat ganda berbanding 912,623 tenaga kerja di negeri ini dicatatkan pada 2000.

Permintaan tinggi tenaga kerja di negeri ini dijangkakan berlaku dalam sektor perkhidmatan dan sektor pertanian. Jangkaan ini berdasarkan Kajian Pembangunan Tenaga Manusia Kedua 2000-2020, yang mendapati sektor perkhidmatan memerlukan 1 juta tenaga kerja pada 2020 berbanding sejumlah 393,594 pada 2000.

Ini diikuti sektor pertanian yang memerlukan 651,852 tenaga manusia pada 2020 berbanding 288,186 pada 2000. Sektor perindustrian turut memerlukan banyak tenaga kerja dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dalam kajian mereka menunjukkan Sarawak memerlukan 250,000 pekerja industri mahir pada 2020.

Antara tenaga mahir diperlukan negeri ini ialah saintis, jurutera, juruteknik dan profesional lain bagi memenuhi permintaan dalam bidang sumber biodiversiti selain keperluan perubahan ekonomi yang menjurus kepada sumber petrokimia, bioteknologi, elektronik, perhutanan dan perladangan.

Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap tenaga manusia ini, kerajaan menubuhkan 97 institut latihan kemahiran, daripada jumlah itu 44 institut dikendalikan kerajaan, manakala 53 pihak swasta. Dengan penubuhan institut institut ini, usaha memenuhi keperluan pembekalan dan permintaan tenaga manusia di negeri dan negara ini pada masa akan datang.

No comments: