PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081126

Tawar program pengajian ikut keperluan semasa

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, program-program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu mengambil kira keperluan semasa masyarakat dan negara, khususnya dalam konteks global.

Perdana Menteri berkata, selain asas- asas teori dan praktikal, setiap program yang ditawarkan perlu mengandungi komponen yang berfungsi memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran dan memperkasakan keyakinan diri agar pelajar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam kerjaya masa ini.

“Komponen-komponen yang saya maksudkan termasuk kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat, keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas-asas pengurusan dan sebagainya,” katanya semasa berucap merasmikan kampus tetap Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Menurut Abdullah, kerajaan juga menggalakkan IPT awam supaya memperkenalkan program-program berbentuk double-major atau major-minor bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian yang ditawarkan khususnya yang bersifat kurang kompetitif.

Beliau berkata, perubahan dan pengenalan seperti itu perlu dalam memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat menghasilkan modal insan yang juga berkualiti.

“Atas kesedaran tersebut, kerajaan telah mencetuskan satu pergerakan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara termasuk di peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai USIM, beliau berkata, penubuhan universiti itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada golongan yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana negara.

“Semenjak penubuhannya, USIM telah berjaya menawarkan lebih 4,000 tempat untuk para pelajar melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dan lebih penting lagi, kesemua daripada pelajar USIM adalah kalangan para pelajar sekolah aliran agama,” katanya.

Kata beliau, penubuhan IPT berkenaan membolehkan para pelajarnya mengikuti program-program moden secara serentak dengan program agama.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan khas yang dinamakan Dewan Hadhari bagi kegunaan USIM terutama untuk kemudahan konvokesyen.

No comments: