PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081123

Ekonomi : Kadar inflasi 7.6 peratus

21 Nov. 2008 - Kadar inflasi Malaysia menurun kepada 7.6 peratus pada Oktober dengan pengurangan dalam harga petrol dan diesel, adalah antara faktor penyumbang, kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini.

Harga petrol dan diesel telah dikurangkan buat kali ketiga oleh kerajaan pada 15 Oktober.

Pada September, kadar inflasi menurun kepada 8.2 peratus daripada tahap tertinggi untuk tempoh 26 tahun iaitu pada 8.5 peratus pada Ogos, dengan potongan harga bahan api juga menjadi penyumbang.

Berbanding bulan yang sama tahun lepas, Oktober menyaksikan indeks bagi makanan dan minuman tanpa alkohol meningkat sebanyak 12.1 peratus manakala indeks bagi item bukan makanan bertambah sebanyak 5.5 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan tinggi dicatatkan bagi pengangkutan yang menokok 13.9 peratus apabila dibandingkan dengan bulan yang sama pada 2007.

Apabila dibandingkan dengan September tahun ini, Indeks Harga Pengguna merosot sebanyak 0.4 peratus, kata Jabatan.

Bagi tempoh Januari - Oktober, katanya makanan dan minuman tanpa alkohol merekodkan peningkatan 8.5 peratus dan item bukan makanan naik 4.1 peratus.

- Bernama



Rizab BNM RM343.8 bilion


Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dicatatkan RM343.8 bilion (AS$99.7 bilion) sehingga 14 November lalu.

Rizab itu dicatatkan lebih rendah berbanding dengan RM345.5 bilion (AS$100.2 bilion) sehingga 31 Oktober, kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini.

BNM berkata, paras rizab itu turut mengambil kira penyelarasan suku tahunan pertambahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan mata wang utama berbanding ringgit semasa semakan semula pada akhir setiap suku tahun.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan merupakan 3.7 kali hutang luaran jangka pendek, katanya.

- Bernama

No comments: