PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081120

Cuepacs desak rombak dasar perkhidmatan awam

Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak kerajaan merombak semula beberapa dasar perkhidmatan awam, termasuk mengkaji semula sistem penawaran kerja secara kontrak dalam usaha memberi sokongan moral kepada kakitangan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti kerja mereka.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihak kesatuan memohon supaya hampir 50,000 kakitangan awam yang kini berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan serta agensi kerajaan diberi status jawatan tetap.

Katanya, rata-rata kakitangan berkenaan berkhidmat melebihi 15 tahun dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar mengkaji balik perkara itu seterusnya menyerap mereka ke jawatan tetap.

“Hari ini kita bercakap soal integriti... soal sokongan moral kepada kakitangan awam... mengapa tidak kita serapkan kakitangan kontrak ini kepada jawatan tetap. Apabila keadaan ini berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian, itu yang menyebabkan mereka kecewa.

“Ini juga sedikit sebanyak menjejaskan mutu perkhidmatan awam kerana apabila kontrak mereka tamat dan diganti dengan orang lain... pihak berkenaan pula tidak memahami apakah kerja yang belum diselesaikan sebelum ini... perlu bermula dari awal... ini akan mengambil masa yang panjang,” katanya, semalam.

Omar berkata demikian ketika ditanya mengenai mutu perkhidmatan penjawat awam di negara ini menjadi tanda tanya apabila Biro Pengaduan Awam dan JPA terus menerima banyak aduan orang ramai mengenai hasil kerja mereka.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata paling membimbangkan jumlah aduan itu terus meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2005.

“Begitu juga dengan isu peperiksaan PTK... kita hanya minta kerajaan memansuhkannya bukan bertindak mengugut kerajaan... ini semua antara luahan kakitangan awam... ini kadang-kala menyebabkan mereka kecewa,” katanya.

Omar juga berkata, jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, anugerah khidmat cemerlang tidak perlu lagi diadakan kerana anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

1 comment:

ADAY said...

ada blog baru tok.....
kelab setia meradong......

http://kelabsetiasmkmeradong.blogspot.com/