PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081124

Sarawak: Internet percuma dimansuh 2009

Penggunaan internet jalur lebar secara percuma yang diperkenalkan kepada penduduk Miri sejak dua tahun lalu akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin, berkata mulai tahun hadapan pengguna internet jalur lebar akan dikenakan bayaran seperti pengguna yang lain.

Katanya, individu yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan akan dikenakan bayaran yang akan ditentukan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC).

Kita tidak boleh berikan perkhidmatan berkenaan secara percuma untuk sekian lama. Lagipun, tempoh yang diberikan berkenaan sudah mencukupi.

"MCMC sedang membuat tinjuan dan mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai kadar bayaran yang sesuai dikenakan penguna mulai tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bandaraya Miri, sebelum ini dipilih kerajaan menjadi lokasi projek perintis internet jalur lebar kebangsaan.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin berkata, seramai 33,249 penduduk di negeri ini mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan itu sejak ia mula diperkenalkan sehingga sekarang.

Beliau yakin jumlah itu akan terus meningkat kepada 40,000 orang sehingga hujung tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, syarikat yang dipertanggungjawab bagi menyedia dan membekalkan kemudahan itu akan berusaha memperluaskan liputan pengunaan jalur lebar ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata, sebanyak 10.5 peratus kawasan kediaman di negeri ini sekarang sudahpun boleh mengekses kemudahan internet berkenaan.

Katanya, adalah menjadi matlamat kerajaan mahukan lebih banyak kawasan di negeri ini termasuk di luar bandar mampu menggunakan kemudahan itu.

"Kita mahu penduduk Sarawak dapat terus berhubung dan mendapatkan maklumat menerusi internet tanpa mengira lokasi," katanya.

Beliau berkata, dua syarikat yang dipertanggungjawab menyediakan kemudahan itu iaitu Danawa Sdn Bhd dan Sacofa Sdn Bhd.

Katanya, kedua-dua syarikat berkenaan akan bertanggungjawab membekalkan alat penerimaan jalur lebar untuk individu atau syarikat yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan.

No comments: