PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081130

Ekonomi : KDNK suku ketiga 4.7 peratus

Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada suku ketiga 2008 ketika ekonomi global dan persekitaran kewangan antarabangsa mengalami kemerosotan yang ketara.

Pada suku kedua, negara mencatatkan KDNK sebanyak 6.7 peratus.

Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, pertumbuhan itu disokong oleh permintaan dalam negeri yang meningkat sebanyak 6.5 peratus berikutan peningkatan penggunaan swasta dan awam secara berterusan.

Menurutnya, pertumbuhan penggunaan swasta mengembang 8.1 peratus manakala penggunaan awam meningkat sebanyak 6.9 peratus.

''Pertumbuhan Sektor perkhidmatan terus meningkat dengan kukuh sebanyak 7.1 peratus berikutan pertumbuhan subsektor perbankan dan insurans yang lebih tinggi serta aktiviti penggunaan yang menggalakkan bagi suku ketiga.

''Bagaimanapun, pertumbuhan sektor perkilangan jatuh kepada 1.8 peratus disebabkan kelemahan industri berasaskan eksport," katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi ekonomi Malaysia pada suku ketiga tahun ini, di sini hari ini.

Zeti berkata, sektor pertanian tumbuh pada kadar yang lebih sederhana iaitu tiga peratus ekoran penurunan pengeluaran minyak sawit berikutan keluaran buah kelapa sawit yang lebih rendah.

''Serentak dengan itu, sektor pembinaan turut menyusut sebanyak 1.2 peratus akibat aktiviti segmen kediaman dan kejuruteraan awam yang lebih lemah ketika harga bahan binaan melambung tinggi," katanya.

Mengenai sektor luaran, beliau berkata, imbangan perdagangan mencatat lebihan sebanyak RM41.6 bilion berbanding RM40.6 bilion yang dicatatkan pada suku kedua.

Katanya, walaupun pertumbuhan eksport sederhana sebanyak 16.9 peratus namun ia masih kukuh kerana disokong oleh keluaran komoditi dan keluaran perkilangan berasaskan sumber.

''Sementara itu, import kasar bertambah sebanyak 10.3 peratus berikutan barangan perantara dan penggunaan yang lebih tinggi," jelasnya.

Mengulas tentang akaun kewangan, Zeti memberitahu bahawa aliran masuk kasar pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM21.5 bilion daripada RM12.6 bilion, tempoh yang sama tahun lalu.

''Ini mencerminkan pinjaman jangka pendek antara syarikat untuk operasi perbendaharaan berpusat telah dibayar balik pada suku yang sama," katanya.

Pelaburan asing yang dilakukan oleh syarikat Malaysia, menurut beliau, mencatat aliran keluar bersih yang lebih besar sebanyak RM16.1 bilion terutama daripada sektor perkhidmatan dan perkilangan.

''Pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM38.4 bilion kerana proses pembayaran balik hutang global yang berterusan," tambahnya.

Menjawab soalan daripada pemberita, Gabenor bank pusat itu menjelaskan bahawa unjuran KDNK bagi tahun 2009 adalah 3.5 peratus.

''Angka itu akan dinilai semula dan ia bergantung kepada kesan daripada faktor luaran,'' katanya.
Menurutnya, sasaran pertumbuhan ekonomi untuk suku keempat dijangka berada pada kadar 3.5 peratus hingga 4.5 peratus, bergantung kepada perbelanjaan pengguna.

''Kami akan jadikan ia (unjuran 3.5 peratus hingga 4.5 peratus) sebagai penanda (aras) awal kerana negara kini berada dalam keadaan persekitaran (ekonomi) yang tidak menentu,'' jelasnya.

Mengenai kadar inflasi pada tahun depan, beliau menerangkan ia akan berada pada paras di bawah tiga peratus menjelang separuh kedua.

Kadar inflasi meningkat kepada 8.4 peratus pada suku ketiga dan ini adalah kesan daripada kenaikan harga runcit minyak dan diesel ekoran penstrukturan semula subsidi minyak dan kenaikan kadar tarif elektrik serta harga makanan.

No comments: