PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081121

75,000 salah guna visa ketibaan

Sebanyak 75,465 pelancong yang memegang Visa Waktu Ketibaan (VOA) atau 29.96 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan telah menyalahgunakan visa itu untuk tinggal lebih masa di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, pemegang VOA yang tinggal lebih masa terdiri daripada warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan, Hong Kong dan Taiwan.

“Kemudahan VOA telah berkuatkuasa sejak 1 September 2006 dan dari tarikh tersebut hingga 30 September 2008, sebanyak 251,908 VOA telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mohd. Hayati Othman (Pas-Pendang) mengenai jumlah pelancong yang diberi VOA dan jumlah yang menyalahgunakan kemudahan itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Chee Heung memberitahu, banyak masalah seperti tinggal lebih masa berbangkit dan oleh itu, kerajaan telah mengkaji semula untuk mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

Katanya, jika sebelum ini, tempoh sah laku VOA diberi sehingga 30 hari tetapi kini kerajaan memendekkan sehingga 14 hari.

‘‘Kerajaan juga telah menaikkan yuran proses permohonan daripada RM100 kepada RM330 dan semua pemegang VOA sebelum diluluskan harus mempunyai seorang penaja atau pun sebuah syarikat di sini yang boleh memberi jaminan bahawa selepas habis tempoh tinggal di negara ini, mereka akan balik ke negara asal,” jelas beliau.

Menurutnya, kerajaan juga telah memutuskan untuk tidak memberikan lagi kemudahan VOA kepada empat buah negara antaranya Afghanistan, India dan Pakistan berikutan terlalu ramai pemegang VOA dari negara itu tinggal lebih masa.

Jelas Chee Heung, pihak berkuasa turut menggandakan operasi di seluruh negara bagi mengesan warga asing yang tinggal tanpa permit.

Fakta

Sejak Visa Waktu Ketibaan (VOA) diperkenalkan pada 2006, jumlah yang dikeluarkan sehingga Jun 2008 ialah 208,451. Daripada jumlah itu, 68,238 disalahgunakan oleh pemegang untuk tinggal lebih lama daripada tempoh sepatutnya. Rakyat India paling ramai tinggal melebihi tempoh iaitu 35,912 orang diikuti Pakistan (13,014); Bangladesh (6,688), China (5,452) dan Sri Lanka (5,093).

No comments: